Thursday, June 11, 2009

4.4 - Solat Sunat yang Lebih Mulia daripada Dunia dan Seisinya

Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarik perhatian.

Di antaranya, Rasulullah SAW bersabda -yang diriwayatkan dari Aisyah R.A.:
"Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya" (HR Muslim)

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:
"Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia semua"

Lalu...Apa yang menghalangi kita solat Subuh? Bukankah ia menjadi bagian yang begitu besar dibanding dunia?

Apakah kerana bergadang menyelesaikan urusan dunia atau hanya kerana sebuah keinginan untuk sedikit tidur agar dapat bangun jam tujuh atau jam lapan atau setelahnya?

Atau apakah kerana persiapan mengerjakan urusan dunia yang lain? Demikiankah alasan kita meninggalkan solat Subuh?

Dunia -seluruh dunia- segala isinya mulai dari bentuk harta benda, harta simpanan, kedudukan, usaha, segala yang menggiurkan dan menyenangkan, tidak akan sampai nilainya sebesar solat sunat Fajar dua rakaat!

Cuba anda renungkan. Ini semua baru keutamaan sunnah Fajar. Lalu bagaimana dengan dua rakaat Fajar yang wajib, iaitu solat Subuh?

Subhanallah! Nilai yang sangat besar ini bukan disebabkan lamanya berdiri atau panjangnya bacaan dalam dua rakaat ini. Bahkan Rasulullah SAW sering memendekkan bacaannya dalam solat dua rakaat sebelum Subuh ini.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.

An-Nasa'ie meriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A. Beliau berkata, "Sungguh, aku pernah menyaksikan Rasulullah SAW memendekkan bacaannya ketika solat dua rakaat Fajar, sehinggakan aku bertanya, 'Apakah baginda membaca Ummul Kitab (Al-Fatihah) atau tidak?"
KALAU BEGITU, BUKAN KERANA PANJANGNYA BACAAN YANG MENJADI SEBAB BERTAMBAHNYA KEUTAMAAN SAMPAI MELEBIHI DUNIA DAN SEGALA ISINYA. NAMUN KERANA KETENTUAN WAKTU PELAKSANAAN SOLAT YANG SANGAT MULIA ITU.

Maka, orang yang mampu meninggalkan dunia dan bangun sebelum waktu solat Subuh, kemudian dia menunaikan dua rakaat Fajar, dialah orang yang berjaya dalam ujian. Sebagaimana dia telah meninggalkan dunia dan segala isinya untuk menunaikan solat, maka Allah pun memberikan pahala yang lebih besar dari itu semua.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)


Dalam Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqalani menjelaskan bahawa ketika melakukan perjalanan, Rasulullah SAW tidak mengerjakan solat sunat -baik yang dikerjakan sebelum solat fardhu, mahupun sesudahnya, kecuali solat sunat Subuh.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah meninggalkan solat sunat Subuh walaupun kalian dikejar pasukan musuh."
(HR Abu Daud dan Ahmad)

Dalam segala kondisi, saat dikejar pasukan musuh atau bahkan saat perang sedang berkecamuk, janganlah anda meninggalkan dua rakaat sunat sebelum Subuh.

Disebabkan nilainya yang begitu tinggi, Rasulullah meng-qadha' (mengganti) solat sunat fajar bila telah lewat waktunya. Baginda menggantinya setelah solat Subuh atau setelag terbit matahari. Ini terjadi, baik saat baginda terlambat dalam mengerjakan solat sunat sebelum Subuh, atau solat Subuh itu sendiri. Hal yang demikian tidak dilakukan pada solat sunat yang lain, selain solat malam.

Itulah sebab penghormatan begitu besar pada dua rakaat solat sunat Subuh memberikan nilai tinggi dan kedudukan yang lebih pada solat Subuh yang wajib. Hal ini merupakan sesuatu yang sangat mahal, dan selayaknya untuk direnung.

Wahai pencari sedikit potongan dunia, bagaimana anda terlena dari sesuatu yang lebih baik dari dunia dan seisinya?

(Next post : 4.5 - Perlakuan Khusus terhadap Solat Subuh)
-Alhamdulillah-

3 comments:

  1. Ma'af. Shalat fajar adalah sama dengan shalat subuh. Di Makkah dan Madina, istilah untuk shalat subuh bagi kita orang Indonesia atau Malaysia, adalah Shalat Fajar. Lain hal saya setuju. Terima kasih yah posting nya.. :)

    ReplyDelete
  2. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua solat Fajar.

    Sedangkan Solat Fardhu Subuh biasanya Rasulullah S.a.w membaca surah yang agak panjang, seperti contohnya Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk. Wallahu a'lam :)

    ReplyDelete
  3. Dari Aisyah r.a bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah S.a.w menjaganya melebihi dua rakaat solat fajar.” [HR Muslim]

    ReplyDelete