Monday, June 29, 2009

Memahami Peranan Muslimah

Peranan Muslimah dalam dunia Islam adalah sesuatu yang sering dan hangat dibincangkan, dan sering kali menimbulkan pelbagai andaian. Malangnya, perbincangan lebih menjurus kepada kesimpulan yang negatif. Satu persepsi yang paling biasa adalah wanita perlu hidup di bawah penindasan ala diktator para suami dan bapa mereka, dipaksa berkahwin dan sudah tentu, wanita juga dianggap tersepit dan menderita di sebalik tudung mereka. Dari segi sumbangan dan peranan wanita Muslim di dalam masyarakat pula hanya dalam lingkungan sejauh lima meter dari singki dapur.

Perbincangan berkenaan wanita Muslim dan peranan mereka sebenarnya adalah sesuatu yang penting untuk setiap Muslim. Pertamanya kerana ia adalah perkara yang melibatkan banyak salah anggap di kalangan golongan Kuffar yang perlu diperbetulkan Keduanya kerana segelintir dari golongan Muslim sendiri melayan kaum wanita secara tidak adil dan kononnya berasaskan Islam padahal hakikatnya, tindakan dan layanan mereka itu sering kali adalah berlandaskan budaya dan adat resam bangsa yang sememangnya bukan dari Syariat Islam.

Salah faham yang membenarkan layanan sedemikian rupa terhadap Muslimah berpunca dari dua sumber; iaitu dari kaum Muslimin yang memberikan justifikasi bahawa penindasan dan salah laku mereka adalah bersumberkan (syariat) Islam. Juga dari segolongan kaum Kuffar yang mempunyai agenda untuk mempergunakan ajaran Islam dan menggambarkan peradaban Islam sebagai mundur dan menindas.

Kebelakangan ini, layanan wanita Muslim di Afghanistan telah digunakan untuk mempamerkan gambaran penindasan dan penderaan ke atas wanita Muslim dan seterusnya menyalahkan hukum syarak. Contoh lain yang lebih ketara adalah pembunuhan Banaz Mahmood di United Kingdom oleh bapa dan pakciknya sendiri demi ‘maruah’. Contoh lainnya pula ialah Mukhtar Mai di Pakistan yang telah diperkosa secara berkumpulan sebagai hukuman pembalasan ke atas abang beliau yang dikatakan mempunyai hubungan dengan anak gadis ketua kampung mereka. Walaupun jelas tingkah laku dan tindakan ini bukan berasaskan Islam, tetapi pihak media Barat telah menghubungkaitkan jenayah ini dengan ajaran Islam.

Peranan Muslimah telah ditakrif dan digariskan dengan amat jelas dalam Islam. Secara ringkasnya, peranan utama Muslimah adalah untuk mengasuh dan mendidik anak-anak dan menjadi isteri yang bertanggung jawab. Mereka dituntut untuk melaksanakan segala tugas dan tanggung jawab dengan penuh kesungguhan dan ketaatan. Hadis di bawah memperingatkan wanita Muslim akan kebaikan dan ganjaran dalam melaksanakan peranan utama mereka.

Seorang wanita telah datang kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berurusan tentang satu perkara, dan apabila telah selesai urusannya, Baginda bertanya kepada wanita itu, “Adakah kamu mempunyai suami?” Beliau menjawab, “Ya.” Baginda bertanya lagi, “Bagaimanakah hubungan kamu dengannya?” Beliau menjawab, “Aku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabku kecuali yang di luar kemampuan ku.” Baginda berkata, “Berilah sepenuh perhatian terhadap layanan kamu kepadanya kerana dia adalah Syurga dan Neraka mu.” [HR Ahmad]"

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Wanita yang terbaik dari golongan Quraish adalah mereka yang berbuat baik terhadap anak-anaknya dan menjaga harta-benda suami mereka.” Namun begitu, peranan wanita bukanlah hanya semata-mata sebagai seorang ibu dan isteri. Islam membenarkan wanita menunaikan ibadah Haji, melibatkan diri dalam memilih pemimpin, bergiat di dalam politik, bekerja mahupun menjalankan perniagaan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman bahawa lelaki dan perempuan adalah setara di hadapan Allah. Yang membezakan mereka adalah ketakwaan, beza dalam mengejar ganjaran kebaikan dan beza dalam mematuhi segala suruhanNya. Bukannya persamaan dari segi fizikal. Untuk menjelaskan lagi, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan lelaki dan wanita itu berbeza dari segi peranan serta cara untuk meraih ganjaran dari Allah. ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka" [TMQ Surah an Nisa (4):34]

Sesetengah perintah dalam Islam bersifat umum dan terkena ke atas semua Muslim sama ada lelaki mahupun wanita. Sebahagian taklif (beban hukum) pula ditujukan khusus untuk lelaki dan sebahagiannya pula hanya untuk wanita. Terdapat berbagai aktiviti yang dibolehkan untuk Muslimah terlibat di dalamnya yang mana sesetengahnya memang menjadi tanggung jawab mereka dan tidak boleh di kompromi. Tanggapan bahawa wanita Muslim tidak boleh berpendidikan atau bekerja adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Pengetahuan dan pemahaman asas kehidupan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan isteri-isteri baginda menjelaskan contoh wanita-wanita Muslim yang cemerlang di dalam bidang yang mereka ceburi. Isteri Rasullullah Sallallahu alaihi wa Sallam, Khadijah Radhiallahu anha bukan hanya seorang peniaga bahkan dia merupakan seorang usahawan yang berjaya. Saidatina Aisyah pula amatlah terkenal sebagai orang yang bertanggungjawab meriwayatkan sebahagian besar hadis-hadis.

Dalam Islam, Muslimah bukan sahaja dibenarkan untuk menerima pendidikan dan bekerja tetapi sepatutnya dan sememangnya akan diberi peluang di dalam Daulah Islam (Daulah Khilafah) untuk cemerlang di dalam kepakaran masing-masing. Kewajiban menuntut ilmu adalah terbeban di atas bahu setiap Muslimin dan Muslimah dan Daulah Khilafah bertanggungjawab memberi pendidikan sehingga ke tahap tertinggi kepada wanita, sebagaimana diberikan kepada lelaki. Wanita dilihat sebagai seorang warganegara yang amat bernilai yang bukan sahaja memberikan ilmu dan kepakaran tetapi juga mendidik, mengasuh, memupuk syakhsiyyah Islam kepada generasi Islam akan datang. Dalam pelbagai sudut, Muslimah memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang amat penting dan mulia di dalam masyarakat.

Dalam kebanyakan aktiviti yang dibolehkan untuk Muslimah melakukannya, salah satu yang paling penting adalah hak untuk menyeru kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran serta membincang dan mengambil berat tentang masalah umat Islam. Dengan meningkatnya kebangkitan dan kesedaran politik Muslim di serata dunia, suara politik Muslimah dalam menyumbang ke arah ini tidak boleh disisihkan. Sesungguhnya contoh-contoh aktiviti seperti ini telah wujud sejak zaman Rasulullahlah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam lagi hinggalah ke hari ini. Islam mendefinisikan politik sebagai ri’ayah asy-syu’un al-ummah (memelihara urusan umat). Wanita Muslim tidak terpisah atau terasing malahan berada di tengah-tengah umat dan hidup sebagai sebahagian dari umat ini. Mereka merasai permasalahan yang menyelimuti masyarakat dan sebahagian besar dunia Islam, mereka merasai ketiadaan Islam sebagai pembela terhadap penindasan dan kekejaman rejim Kuffar.

Penglibatan Muslimah dalam politik bukanlah suatu fenomena baru. Antara contoh awal ialah pada zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila pemimpin Yatsrib (Madinah) menghantar wakil Bani Khazraj untuk memberikan bai’ah kepada Baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kumpulan ini terdiri daripada 73 orang lelaki dan 2 orang wanita, yang berbaiah kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu Bai’atul Aqabah Kedua yang tersohor kerana ia membawa implikasi spiritual dan politik. Bai’at itu bukan hanya satu deklarasi menerima Islam tetapi ia juga adalah satu aku janji untuk memberi sokongan politik dan ketenteraan. Contoh lain tentang penglibatan wanita dalam politik adalah pada awal abad ke-14 Hijrah, Umm Muqtadir Billah, bonda kepada Khalifah Abbasiyyah, telah membentuk satu tribunal pengadilan bertujuan menyelesaikan rayuan dan tuntutan undang-undang serta meletakkan salah seorang dari pengiring perempuannya sebagai hakim.

Sebuah buku tulisan Zainab Ghazali yang diterbitkan baru-baru ini menunjukkan komitmen beliau dalam menjalankan tanggung jawab dakwah Islam dan usaha beliau dalam rangka untuk menegakkan sistem Islam. Akibatnya beliau telah diseksa dan dipenjarakan. Beliau menceritakan mengenai komitmennya ini di dalam bukunya untuk mengingatkan suami beliau tentang tanggung jawab mereka terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Apabila berlaku pertembungan antara kepentingan akad perkahwinan kita dan urusan dakwah, maka perkahwinan kita akan berakhir, akan tetapi dakwah akan sentiasa berakar umbi di dalam dadaku…Aku mengetahui akan hakmu untuk memerintahku dan adalah tanggungjawabku untuk mematuhimu, tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam jiwa kita adalah lebih besar dari nyawa kita, dan dakwahNya adalah lebih dekat dengan kita dari diri kita sendiri..

Beliau menerangkan lagi tentang fokus dakwahnya.
Bagi mereka yang sudah menjangka kepayahan jalan ini dan tahu - dengan izin Allah - rahsia di sebalik ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, mereka tidak akan sama sekali menyimpang dari kebenaran, mengajak kepada makruf dan berdakwah sehingga ummah kembali terbela dan semua umat manusia berada di bawah satu panji-panji Allah.”

Sejak sekian lama, wanita Muslim di katakan tidak berguna dan tidak berupaya untuk menjelaskan pendirian mereka di landasan politik. Namun kini keadaan sudah semakin berubah. Semakin ramai wanita di Pakistan, Indonesia, Mesir yang menyatakan pandangan dan keprihatinan mereka di khalayak umum, bermuhasabah kepada pemimpin, memberi pendapat di bidang pendidikan dan kesihatan, menyeru kepada Khilafah di dunia Islam. Wanita Muslim adalah sebahagian dari masyarakat, maka sudah semestinya mereka memainkan peranan yang penting dalam membangunkan masyarakat Islam yang sejati. Dalam Islam, wanita dilihat sebagai sebahagian anggota masyarakat yang bermartabat tinggi dan amat bernilai. Peranan wanita Muslim dalam mematuhi perintah Allah bukanlah mengagungkan lelaki tetapi mengagungkan satu-satuNya yang berhak untuk diagungkan (iaitu) Allah Yang Maha Esa.

Allah berfirman
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [TMQ At Taubah (9):71].

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan di atas bahu kita sebagai umat ini, tugas yang mulia iaitu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Muslimah wajiblah menunaikan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh semangat dan kesungguhan sebagaimana dia melaksanakan tanggungjawab dan ketaatan terhadap perintah Allah yang lainnya.

Masih adakah keamanan dan kesejahteraan buatmu wanita...??

Saban hari, masyarakat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai ‘genre’ kisah jenayah yang kejam dan menggerunkan. Kes-kes rogol, bunuh, samun, culik dan ragut yang tidak kunjung usai, menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen. Salah satu isu panas yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini ialah jenayah berkaitan isu ragut. Awal dekad ini, kes ragut dilaporkan masih terkawal. Walaubagaimanapun, menjelang tahun 2002 pernah dilaporkan bahawa jenayah ragut telah meningkat daripada 14,640 ke 15,798 kes pada 2003 . Perutusan Ketua Polis Negara sempena Peringatan Hari Polis ke 199 pada 25 Mac 2006 menyatakan bahawa jenayah ragut telah mengalami penurunan tertinggi pada tahun 2005 iaitu -16.63%. Ironinya, baru-baru ini, laporan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah pula mendedahkan bahawa jenayah ragut meningkat kepada 99 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu. Kes jenayah yang dulunya dianggap kurang ‘popular’ seperti ragut, samun berkumpulan dan perseorangan tanpa senjata tapi kini menyumbang hampir 31 peratus dari keseluruhan indeks jenayah di Kuala Lumpur sahaja. [UM 16/4/2009]

Hakikatnya, umum mengetahui angka-angka statistik yang dilaporkan belum cukup untuk melegakan kebimbangan masyarakat, apatahlagi meyakinkan kita bahawa negara ini adalah negara yang aman dan selamat didiami. Mana tidaknya, jika dulu, kes-kes jenayah ini masih dikategorikan sebagai terpencil dan hanya melibatkan kehilangan sejumlah kecil wang, tetapi kini peragut seolah-olah telah hilang sifat kemanusiaannya sehingga tergamak mencederakan malah membunuh mangsa!. Kes-kes ini bukanlah kes yang pertama, kedua atau ketiga pernah berlaku di dalam masyarakat. Malah kes-kes seumpama ini sebenarnya telah banyak kali berlaku. Seperti biasa, sikap hangat-hangat tahi ayam yang diamalkan oleh pihak berkuasa sering menjadikan isu seperti ini ‘dilupakan’ setelah sekian waktu. Sudah terhantuk, baru terngadah. Jika bukan kerana desakan dari masyarakat umum atas faktor keselamatan ahli keluarga mereka, isu ini tidak mustahil akan diabaikan begitu saja.

Kita pernah dikejutkan dengan berita kematian Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut yang merampas beg tangan beliau di Brickfields. Begitu juga, kes kematian seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau, Chong See Cheng, 37 turut berlaku pada tahun yang sama (2004). Kes jenayah ragut yang berakhir dengan kematian turut menimpa mendiang Chang Shu Then, 18 yang ditemui orang awam terbaring kaku di tepi jalan Persisiran Perling Satu, Taman Perling, Johor Bahru pada Ogos 2006, dipercayai mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala. Seorang jurujual wanita yang mati akibat terjatuh dan koma 16 jam kerana diragut di Kompleks Berjaya Megamall menambahkan lagi ketakutan dalam kalangan masyarakat ketika itu.

Lebih tragis lagi, baru-baru ini negara dikejutkan dengan insiden dua ibu hamil yang terkorban setelah menjadi mangsa jenayah ragut ketika menunggang motosikal. Pada 5 Mei, Jamilah Selamat, 31, yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma dua hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Batu Pahat, Johor. Sehari selepas itu, Saripah Mohd. Noor, 34, yang hamil empat bulan meninggal dunia apabila dirempuh kereta setelah diragut ketika menunggang motosikal di Kota Bharu, Kelantan (9/5/2009). Di Pulau Pinang pula dua lelaki bermotosikal di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara telah menyebabkan kematian seorang nenek berusia 86 tahun yang ditumbuk ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 58 tahun dari diragut. Kes-kes terbaru ini mendapat liputan meluas dari pihak media serta menerima maklumbalas yang pelbagai dari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan turut didesak untuk mewujudkan akta khusus berkaitan jenayah ragut, dengan harapan dapat membendung masalah ini daripada berleluasa [UM 9/5/2009].

PENYELESAIAN AKAL
Umum sedia maklum, kes-kes seperti ini sering dikaitkan dengan wanita memandangkan lebih daripada 98 peratus kejadian menjadikan wanita sebagai kelompok sasaran. Akibatnya, wanita dihujani kebimbangan untuk keluar dari rumah bagi menunaikan aktiviti-aktiviti harian mereka, termasuklah bekerja. Masalah ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang cuba untuk mencadangkan pelbagai solusi jangka pendek kepada kelompok ini. Ironinya, ‘mangsa’ adalah pihak pertama yang disongsong ke ‘kandang pesalah’. Sama ada kerana keluar berseorangan, berpakaian kurang sesuai atau akibat tidak menjaga harta peribadi mereka sebaik mungkin.

Maka, timbullah saranan agar para wanita menggunapakai tips-tips keselamatan yang dicadangkan oleh pihak berkuasa seperti berpakaian sesuai agar mudah untuk menyelamatkan diri ketika berada dalam situasi berbahaya, tidak menggunakan beg tangan bertali nipis atau mengelakkan penggunaan beg tangan biasa yang memudahkan mangsa diragut, berjalan di lorong yang bertentangan dengan arus lalulintas, keluar secara berkumpulan atau jika menaiki motosikal, perlu memastikan beg tersebut diletakkan di tempat yang tersembunyi dan tidak mudah dicapai oleh peragut. Isu yang sama turut dibincangkan oleh pihak kerajaan, khasnya melalui Mesyuarat EXCO Puteri UMNO pada Mei lepas di mana salah satu program yang cuba dilaksanakan ialah dengan menggalakkan wanita untuk mendalami ilmu mempertahankan diri untuk memastikan mereka mampu berhadapan dengan situasi kecemasan seperti jenayah ragut ini. [http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=print&sid=2418]

Persoalannya kini, haruskah penyelesaian masalah yang kronik seperti jenayah ragut ini dibataskan pada skop individu semata-mata?. Memang benar, mencegah lebih baik dari mengubati. Tetapi, bagaimanakah kaedah pencegahan yang perlu dilakukan? Satu fakta yang sangat jelas jika diperhatikan secara mendalam adalah masyarakat kita saban hari ‘disuapkan’ dengan anggapan bahawa masalah-masalah jenayah berlaku kerana kesalahan individu (baca; mangsa), keluarga atau masyarakat semata-mata, sedangkan pihak kerajaan pula adalah pihak yang telah ‘sedaya upaya’ menjaga keselamatan masyarakat dengan mengeluarkan statistik-statistik terbaru bagi membuktikan keberkesanan dan kesungguhan pihak berkuasa membasmi masalah-masalah jenayah hari ini.

Maka, tidak hairanlah jika kes-kes jenayah yang membawa kepada kematian sering berakhir dengan adegan ‘tuding menuding jari’ sesama sendiri di kalangan manusia-manusia penggubal hukum di dewan parlimen sana. Akhirnya, penyelesaiannya dikembalikan kepada individu atau masyarakat dan mereka berlepas tangan begitu saja!.. Pandai-pandailah kalian (baca: rakyat) menjaga diri sendiri!. Formula yang sama turut digunakan ketika mereka (pihak berkuasa dan kerajaan) menyelesaikan masalah kes rogol, culik dan bunuh yang pernah menggegarkan negara beberapa tahun lepas. Perhatikan saja kes Nurin Jazlin, si cilik kecil yang menjadi mangsa kekejaman penjenayah yang masih gagal dikesan sehingga ke hari ini. Kesalahan akan dikembalikan kepada individu, ibubapa, keluarga atau guru sekolah. Di mana pula peranan pemimpin dan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini?

Dari segi perundangan pula, ternyata undang-undang yang dicipta, digubal dan diterapkan hasil dari akal manusia semata-mata tidak akan mampu menyelesaikan masalah yang berlaku selama ini. Undang-undang ini bukan saja gagal mencegah kes-kes jenayah dari terus berleluasa, malah sedikit pun tidak menggetarkan dan mengecutkan hati para penjenayah ini. Ini malah menyebabkan mereka tidak teragak-agak untuk bertindak nekad mencederakan dan membunuh mangsa sekiranya kehendak mereka tidak dituruti. Kenyataan ini diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang berkata, sudah sampai waktunya kerajaan menggunakan pendekatan perundangan yang serius bagi membendung jenayah ragut. Menurutnya, sebelum ini, peragut akan didakwa di bawah kesalahan merompak mengikut Seksyen 390 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya. ''Sekiranya melibatkan kematian mereka akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sekiranya bersalah akan dihukum mati''. Jadi, tiada pendekatan perundangan khusus untuk jenayah ragut dan ia perlu diwujudkan untuk memberikan penerangan jelas mengenai kesalahan dan bentuk hukuman akibat ragut,'' katanya. [UM 7 Mei 2009].

Inilah padah dari sistem Sekular Kapitalisme yang menjadikan akal sebagai satu-satunya timbangan dalam menentukan hukum yang patut diterapkan dalam masyarakat. Perlembagaan Kufur yang lahir dari rahim peradaban Barat yang ditinggalkan penjajah barat masih dipuja-puja. Realiti pula dijadikan ‘indikator’ untuk menilai sama ada undang-undang akal buatan manusia itu sesuai atau tidak untuk tetap diimplementasikan. Jika keadaan semakin meruncing, undang-undang baru pula akan digubal, akta dipinda, hukuman ditukar ganti. Hakikatnya, dewan parlimen yang bersidang saban tahun dan memperdebatkan isu ini tidak pernah mampu menyelesaikan permasalahan ini dengan sekadar retorik belaka. Hasilnya, pi mai, pi mai tang tu juga!

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita perlu kembali
Dari sini, kita perlu memahami bahawa setiap pihak ditaklifkan oleh Allah dengan kewajiban masing-masing. Walaupun ibu bapa, sekolah, jiran-jiran dan masyarakat berperanan untuk mencegah dan menghapuskan jenayah ini, tetapi kita perlu sedar setakat manakah taklif dan ‘kuasa’ yang ada pada mereka? Jadi soalnya sekarang ialah, apakah lagi daya seseorang itu jika ia telah melakukan sebaiknya, tetapi jenayah tetap berlaku dalam masyarakat? Jawabnya, kita hanya melakukan apa yang Allah taklifkan kepada kita dan kita telah lepas dari dosa jika berbuat demikian. Jadi, jika berlaku lagi maksiat, maka Negara (kerajaan)lah pula yang sewajibnya memainkan peranan untuk menghukum pelaku maksiat tersebut. Di sinilah tugas Negara. Peranan mereka adalah untuk mencegah maksiat dengan menerapkan sistem Islam (bukan sistem akal), dan jika maksiat tetap berlaku, maka mereka wajib pula menghukum mengikut hukum Islam (uqubat), bukan hukum akal. Malangnya, inilah apa yang tidak dilakukan oleh kerajaan.

Dan hendaklah engkau memutuskan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, bahawasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” [TMQ Al- Maidah:49].

Berdasarkan ayat di atas, kita sebagai hamba yang diciptakan olehNya wajib juga mengatur segala paksi hidup kita berlandaskan kepada aturan dan sistemNya. Sistem Islam yang telah disampaikan oleh insan mulia Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Salam melalui Al-Quran dan sunnahnya. Sistem ini telah dilegalisasikan selama lebih 14 abad; bermula sejak berdirinya Daulah Islam pertama di Madinah dan disambung oleh generasi sesudahnya melalui Daulah Khilafah. Sejarah menyaksikan sistem ini telah melalui satu fasa yang cemerlang dalam ‘menterjemahkan’ Islam bukan sekadar pengatur kepada hubungan manusia dengan Al-Khaliq (berkaitan dengan hal akidah dan ibadah), malah mengatur juga hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan dengan manusia sesamanya. Sistem kehidupan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan, termasuklah politik, sosial, pendidikan, uqubat, ekonomi, dan politik luar negeri.

Berbalik kepada kes jenayah ragut, sistem perundangan dan hukuman dalam Islam menawarkan kaedah penyelesaian yang bersifat penebus dan pencegah. Kes ragut tidak akan dihukum seperti pencuri ‘biasa’ yang dikenakan hukuman hudud (jika cukup syarat) atau hukuman ta’zir (jika tidak cukup syarmutuskanat). Ragut dikategorikan sebagai qutha’i ath-thurq (pencuri/perompak jalanan). Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang berkaitan dengan kes diatas adalah seperti berikut: “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan berbuat kerosakkan dimuka bumi, mereka hanya akan dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilangan, atau mereka akan dibuang negeri.” [TMQ Al Maidah:33].

Imam Syafi’ie rahimahullah meriwayatkan dalam musnadnya, dari Ibnu Abbas yang berkaitan dengan masalah qutha’i ath-thurq (pencuri/perompak jalanan) maksudnya: “Jika mereka membunuh dan merampas harta benda mereka akan dihukum bunuh dan disalib. Jika mereka membunuh tetapi tidak merampas harta, mereka akan dihukum bunuh tetapi tidak disalib. Jika mereka mengambil harta benda tanpa membunuh mereka akan dihukum potong tangan dan kaki secara bersilangan. Dan jika mereka sekadar menakut-nakutkan orang dijalanan tanpa merampas harta benda maka usirlah (hukuman buang negeri).

Wahai Muslimat yang dirahmati Allah,
Bagi Negara (pemerintah), mereka adalah qiyan tanfizi (institusi pelaksana) yang wajib menerapkan hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Mereka wajib menjaga dan memelihara rakyat, sesuai dengan kehendak Allah Subhanahu wa Taala, bukan mengikut kehendak dan kepentingan sendiri. Jika berlaku apa jua kemaksiatan (pelanggaran hukum Allah) dalam Negara, maka Negara wajib menyelesaikannya mengikut hukum syara’. Ini adalah kerana taklif hukum yang Allah letakkan ke atas Negara adalah memerintah dengan hukum-hakam Allah, bukannya hukum British atau hukum akal sendiri! Jadi, usaha kerajaan dalam meletakkan bebanan kesalahan kepada pihak lain ternyata merupakan suatu ‘escapism’ dari taklif hukum yang Allah telah letakkan di bahu mereka. Setiap kali berlaku kekecohan, kerajaan tidak pernah mengaku salah, namun dalam masa yang sama cuba mencadangkan langkah-langkah penyelesaian. Jika adapun ‘cadangan’ (bukan pengakuan) oleh kerajaan, ia adalah pengulangan-pengulangan cadangan yang membosankan seperti, ‘perkasakan institusi keluarga, pulihkan Rukun Tetangga, pasang CCTV, tebas semak-samun, beratkan lagi hukuman’ dan pelbagai cadangan dangkal lainnya. Persoalannya, apakah ini semua merupakan penyelesaian Islam, penyelesaian yang datangnya dari al-Quran dan Sunnah? Adakah jika diberatkan lagi hukuman bermaksud kerajaan telah terlepas dari taklif yang telah Allah letakkan? Contohnya, jika hukuman maksima bagi penzina sekarang ialah denda RM5,000, 3 tahun penjara dan 6 kali sebatan, diberatkan kepada RM50,000, 10 tahun penjara dan 50 kali rotan? Adakah ini satu cadangan yang sesuai dan lebih baik? Yang lebih penting, adakah ini hukum Allah? Wahai para pemimpin! Ingatlah bahawa kekuasaan yang Allah letakkan atas bahu kalian adalah satu amanah. Amanah untuk apa? Amanah untuk menjalankan hukum Allah, bukan hukum sendiri

Kesimpulan
Sekiranya umat mahu keselamatan dan keamanan mereka terjamin dengan utuh dan berpanjangan sentosanya, umat perlu bangkit dari pemikiran dan sistem yang ketika ini umpama hidup dalam sistem dan zaman ‘jahilliyyah’ versi moden. Keamanan dan keselamatan kita tiada jaminan sepadu. Marilah umat.. kita bangunkan kembali satu era yang amat gemilang, terbilang dan cemerlang dengan mengembalikan serta melaksanakan Islam sebagai agama malah sebagai satu sistem yang mengatur segala aspek kehidupan melalui Sistem Khilafah yang agung, Sistem yang telah diwariskan oleh Junjungan Mulia kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Salam.
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Salam:
Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya...” [Muttafaqun Alaih]

Jadi, apa yang kita tunggu lagi wahai umat... Kembalilah.. Kembalilah kita kepada Islam yang mulia. Hanya itu satu-satunya penyelesaian ampuh yang kita miliki....

Awas! Feminisme & Kesetaraan Gender Musuh Umat Islam

Tak semena-mena nama Sisters In Islam (SIS), sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1990 hasil ilham Dr Amina Wadud berkumandang di media arus perdana tanahair. Segalanya bermula pada 7hb Jun 2009 dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam apabila usul PAS Shah Alam diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal, seterusnya mengharamkan SIS sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya. Laporan www.malaysiakini.com pada 12 Jun 2009 menyebut bahawa Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota MFK menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Akhbar Berita Harian pada tarikh yang sama memetik bahawa “usul itu mengundang pelbagai persepsi daripada masyarakat termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kelmarin menyertai kira-kira 322 NGO dan individu membantah gesaan PAS supaya SIS diharamkan” [Berita Harian, 12 Jun 2009].

Adalah penting bagi umat Islam melihat senario ini-bukan dari apa isu panas yang dimainkan oleh media serta respon ‘suam-suam kuku’ yang akan sejuk setelah isu tidak lagi diperkatakan. Sebaliknya melihat dengan jelas – apakah perjuangan SIS yang mesti dibongkar kebatilannya dan bukan kerana ia menjadi mainan politik pihak pro kerajaan dan parti pembangkang. Juga, adakah pengharaman NGO yang berdaftar atas nama SIS Forum Berhad, sekiranya dilaksanakan akan dapat membendung idea feminisme ke akar umbi?

Sepintas lalu, apabila dilihat tujuan penubuhan SIS, agenda mereka adalah menegakkan prinsip keadilan, kebebasan dan maruah manusia sama ada lelaki atau wanita, khususnya hak wanita Islam. NGO “Islam” yang dipelopori seorang aktivis feminis yang memeranjatkan dunia kerana mengimami solat Jumaat di sebuah gereja di New York pada 18hb Mac 2005 ini begitu komited dalam memperjuangkan Musawah (kesetaraan/kesaksamaan). Menurut Kerangka Kerja Tindakan Musawah di laman web rasminya iaitu www.musawah.org, Musawah adalah satu gerakan global bagi menuntut kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam. Ia mengisytiharkan bahawa kesaksamaan dalam keluarga sangat diperlukan memandangkan banyak aspek dan amalan dalam Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) masa kini tidak adil dan tidak berlandaskan realiti kehidupan individu serta pengalaman keluarga Islam. Secara ringkasnya, mereka beranggapan bahawa kezaliman dan ketidakadilan yang menimpa wanita Islam akan dapat diselesaikan jika wujud kesaksamaan atau kesetaraan (musawah/equality) antara gender. Jadi untuk mewujudkan kesetaraan gender ini, mereka memperjuangkan feminisme. Justeru, sebelum kita melihat dalam perspektif syarak tentang isu kesaksamaan atau kesetaraan yang diperjuangkan oleh SIS ini, marilah kita halusi dahulu apakah itu feminisme.

Apa itu Feminisme?
Menurut Wikipedia, feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang [http://ms.wikipedia.org/wiki/Feminisme]. Kamla Bashin dan Nighat Said Khan dalam “Persoalan Pokok Mengenai Feminisme dan Relevansinya” (1995) mengatakan bahawa feminisme adalah “Suatu kesedaran akan penindasan dan pemerasan terhadap perempuan dalam masyarakat, di tempat kerja, dan dalam keluarga, serta tindakan sedar oleh perempuan mahupun lelaki untuk mengubah keadaan tersebut.”

Apa itu Feminisme Islam?
Menurut Yunahar Ilyas dalam “Feminisme dalam Kajian Tafsir Al Qur’an Klasik dan Kontemporer” (1977), selain mesti memenuhi kriteria tersebut iaitu memiliki kesedaran akan ketidakadilan gender (gender inequalities), yang menjadi “benang merah” pengikat semua fahaman feminisme, dia mestilah beragama Islam dan mempersoalkan ajaran Islam. Menurut laman web www.sistersinislam.org.my, Sisters In Islam (SIS) yang mendakwa mereka sebagai pergerakan feminisme Islam berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keIslaman, khususnya prinsip keadilan (al-adala), kesetaraan (al-musawah), kebebasan (al-hurriya), kemartabatan (al-karama) dan kasih sayang antara insan (mu'asyarah bil'ruf). Ini adalah kerana di dalam masyarakat, lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab yang sama dan saling bertanggungjawab. Feminis Islam seperti SIS menganggap amat penting menegaskan bahawa perjuangan mereka adalah untuk meraih keadilan, kesetaraan, kebebasan, kemartabatan dan kasih sayang antara insan kerana berpendapat bahawa terjadinya ketidakadilan gender adalah hasil dari anggapan-anggapan bersifat teologi bahawa perempuan memang diciptakan lebih rendah darjatnya daripada lelaki kerana golongan Hawa itu tidak boleh terlibat dalam aspek pemerintahan dan kekuasaan dan hanya membatasi aktivitinya di rumah dan di dapur. Menurut Ali Asghar Engineer yang juga seorang feminis Muslim dalam “Hak-Hak Perempuan dalam Islam” (1994), tanggapan-tanggapan ini iaitu wanita diciptakan dengan darjat lebih rendah adalah hasil penafsiran kaum lelaki terhadap Al-Quran untuk mengekalkan dominasi kaum Adam ke atas kaum Hawa. Dia kemudiannya mengajukan konsep kesetaraan sebagai jawapan kepada masalah kesetaraan antara lelaki dan wanita dalam Al Quran yang mesti memenuhi dua syarat:
i) Dalam pengertian umum, konsep kesetaraan hendaklah ada penerimaan martabat kedua jenis kelamin dalam ukuran yang setara.
ii) Manusia mesti mengetahui bahawa laki-laki dan perempuan mempunyai hak-hak yang setara dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, seperti kesetaraan hak untuk mengadakan akad nikah atau memutuskannya, kesetaraan hak untuk memiliki atau mengatur harta miliknya tanpa campur tangan pihak lain, kesetaraan hak untuk memilih atau menjalani cara hidup, dan kesetaraan hak dalam tanggungjawab dan kebebasan.

Memetik kata-kata Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam buku Nizamul Ijtima’ie fil Islam (Sistem Sosial dalam Islam), dapat disimpulkan secara ringkasnya bahawa idea feminis Muslim ini adalah menjadikan kesetaraan (al-musawah/equality) sebagai batu loncatan untuk meraih hak-hak perempuan. Dengan kata lain, idea dasar feminisme itu adalah kesetaraan kedudukan laki-laki dan perempuan. Sementara idea cabang yang dibangun di atas dasar itu ialah kesetaraan hak-hak antara laki-laki dan perempuan.
Berdasarkan tanggapan bahawa prinsip keadilan dan kesaksamaan yang dipromosikan oleh Al-Quran tidak terlaksana disebabkan para mufassirin yang terdiri daripada lelaki telah menghasilkan tafsir al-Qur’an yang mendukung doktrin yang mengangkat martabat kaum lelaki dan menjustifikasi superiority kaum lelaki, feminis Muslim berusaha meraih kesetaraan yang diimpikan itu dengan membatalkan dan menggantikan idea dan hukum Islam yang mereka anggap tidak sesuai dengan konsep kesetaraan hak antara lelaki dan wanita. Akan tetapi mereka tidak menyebutnya sebagai ‘penggantian’ atau ‘pembatalan’ hukum Islam sebaliknya menggunakan perkataan ‘penafsiran semula’, ‘rekonstruksi syariah,’ ‘re-reading the sacred text’ dsb seolah-olah hukum-hakam Islam itu keliru atau ditafsirkan secara keliru sehingga perlu diluruskan oleh feminis Islam. Para mufassir atau mujtahid yang mengistinbath hukum-hukum yang didakwa mengekalkan ketidaksetaraan gender tersebut dianggap berniat untuk mengekalkan dominasi lelaki dan penindasan ke atas wanita. Bahkan, ada yang bertindak lebih jauh dari itu dengan membuat kesimpulan bahawa hukum-hukum dalam al-Qur’an memberi kelebihan kepada kaum lelaki, terutamanya dalam masalah harta pusaka dan perwarisan, pemerintahan dan kekeluargaan, semata-mata kerana ingin mengambil hati dan mendapatkan sokongan daripada masyarakat Arab ketika itu yang mengamalkan patriarki.

Kedudukan Wanita dan Lelaki di Hadapan Syariat
Islam datang dengan membawa taklif syarak yang dibebankan ke atas lelaki dan wanita berupa hak, tanggungjawab dan kewajipan yang boleh dibahagi kepada 3 domain utama:
i) Domain khas lelaki. Sang Pencipta telah menetapkan hukum-hakam yang khusus untuk lelaki. Antaranya lelaki adalah pemimpin dalam rumah tangga melalui Surah An-Nisa (4): 34 - “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita”. Para ulama dan mufassirin telah menafsirkan perkataan qawamah dengan tafsiran yang berbeza: al-Tabari menafsirkan kalimat tersebut sebagai pelaksana tugas (nafizi al-amr) dan pelindung (protectors).[Tafsir at-Tabari, 8:290] Ibn Kathir mengatakan qawamah bermakna lelaki adalah ketua dan penguasa rumah tangga kerana lelaki lebih baik dari wanita [Tafsir Ibn Kathir, 2:292]. Selain dari aspek qawamah, Islam juga menetapkan bahawa hanya kaum lelaki boleh terlibat dalam aspek pemerintahan (ruling) manakala wanita dilarang menjadi pemimpin tertinggi negara berdasarkan hadis Nabi “Tidak akan beruntung satu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada perempuan.” [HR Bukhari, An-Nasa’i, dan Ahmad melalui Abu Bakrah] termasuk menjadi Qadhi Mazalim iaitu qadhi dalam Mahkamah Mazalim yang merupakan satu-satunya mahkamah yang dapat bertindak untuk mengadili kesalahan dan penyalahgunaan kuasa. Lelaki juga boleh menikahi maksimum empat wanita dalam satu masa, menjadi imam dalam solat, menjadi wali dalam pernikahan, memiliki hak menjatuhkan talak dalam perceraian berdasarkan maksud firman Allah “..kerana Allah telah memberikan kelebihan kepada sebahagian mereka atas sebahagian yang lain" [TMQ an-Nisa (4):3]. Lelaki juga wajib memberi mahar dan nafkah dalam perkahwinan sebagaimana firmanNya “...kerana mereka telah memberikan nafkah dari harta-harta mereka [TMQ an-Nisa (4):3]

ii) Domain khas wanita. Allah menetapkan hukum-hakam yang spesifik kepada wanita seperti hukum-hakam tentang kelahiran, penyusuan, penjagaan anak (hadhanah). Kesaksian satu orang wanita juga diterima dalam urusan yang tiada penglibatan kaum lelaki seperti jenayah di tempat permandian wanita, isu keperawanan, janda atau persusuan. Allah juga menetapkan hak pewarisan harta separuh dari yang diterima oleh saudara lelaki dalam keadaan tertentu, manakala nafkah hidupnya disara oleh saudara lelaki sungguhpun saudara lelaki itu fakir dan wanita itu mampu bekerja. Wanita juga wajib mengenakan pakaian tertentu iaitu khimar (tudung), memakai jilbab di tempat umum serta dilarang bertabarruj.

iii) Domain umum. Hukum-hakam berbentuk umum ini dipertanggungjawabkan kepada lelaki dan wanita atas kapasiti mereka sebagai manusia. Dalam hal ini, kita tidak menemukan perbezaan taklif hukum. Sebagai contoh, tidak ada diskriminasi kepada lelaki dan wanita dalam menyeru manusia kepada keimanan, mengemban dakwah, menuntut ilmu dan mengajarkannya. Dalam aspek ibadah, Islam menetapkan bahawa solat, puasa, mengerjakan haji dan membayar zakat sebagai beban yang perlu dipikul oleh lelaki dan wanita. Begitu juga dengan aspek jual beli, pekerjaan (ijarah), perwakilan (wakalah), pertanggungjawaban (kafalah) dan hukuman (uqubat) seperti hudud, jinayah, takzir ke atas kedua jantina atas pelanggaran hukum Allah. “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang Muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut [nama] Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” [TMQ al-Ahzab (33):35].

Kesetaraan Gender menurut Islam

Hukum-hakam yang ditetapkan Allah Subhanahu wa Taala selaku As-Syari’ iaitu Sang Pembuat Hukum adalah untuk mengatur aktiviti manusia sama ada lelaki atau wanita sesuai dengan tujuan penciptaan keduanya iaitu untuk beribadat kepada Sang Pencipta Allah Azza wa Jalla.“Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, sama ada lelaki atau wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiaya walau sedikit pun" [TMQ an-Nisa (4):124]. Taklif syarak yang dibebankan di atas batu jemala manusia adalah dalam rangka untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku antara kedua jantina ini tanpa melihat sama ada ia masalah lelaki atau masalah wanita kerana penyelesaian masalah diusahakan oleh manusia untuk aktiviti atau peristiwa yang terjadi, bukan semata-mata demi kepentingan lelaki atau wanita sahaja. Oleh sebab itu, persoalan tentang wujud aspek kesetaraan gender antara lelaki dan wanita tidak pernah ditemukan dalam wacana syariat Islam.

Apa yang ada ialah hukum syarak tentang peristiwa yang terjadi yang dihadapi oleh manusia sama ada lelaki atau wanita. Justeru, isu kesetaraan gender yang menjadi salah satu ‘perjuangan’ golongan feminis bukanlah satu perkara yang perlu dibahas atau didiskusikan dan bukan topik pembahasan dalam wacana sistem interaksi atau sistem pergaulan antara lelaki dan wanita (an-nizam al-ijtimaie) kerana kedudukan lelaki atau wanita yang dianggap ‘sama’ atau ‘setara’ tidak mempengaruhi kehidupan sosial yang perlu diberi perhatian. Ia tidak pernah berlaku dalam kehidupan Islam sebaliknya ia muncul dan lahir di tengah masyarakat Barat. Ia muncul dalam kalangan Muslim yang telah ‘terbius’ dek pemikiran Barat yang secara de facto telah ‘merenggut’ hak-hak asasi wanita selaku manusia.

Hakikat ini menyebabkan masyarakat Barat menuntut ‘hak-hak’ ini dikembalikan sekali gus menjadikan tuntutan itu sebagai wacana kesetaraan gender untuk mendapatkan hak-hak mereka. Islam mempunyai sistemnya sendiri untuk menjamin keutuhan dan ketinggian komuniti dalam masyarakat dengan menetapkan kepada kaum wanita dan lelaki hak-hak serta kewajipan-kewajipannya. Perbezaan taklif tidak menjadi sesuatu jantina itu lebih ‘superior’ dari jantina yang lain.“Bagi kaum lelaki ada bahagian dari apa yang diusahakannya. Bagi kaum wanita pun ada bahagian dari apa yang diusahakannya [TMQ an-Nisa (4):32]. Wanita diberi tugas khas untuk membesarkan anak (child bearing) kerana keistimewaan dan keunikan kaum Hawa ini yang tidak dimiliki oleh kaum Adam dari segi biologi, mental dan emosi. Kualiti dan sifat penyayang dan penyabar ini sangat penting dalam membesarkan anak. Antara hikmah perbezaan antara dua jantina ini akan menghasilkan kerjasama, kesempurnaan dan keharmonian. Sekiranya kedua jantina ini memiliki keistimewaan yang sama, keadaan ini akan menghilangkan perasaan saling memerlukan menyebabkan kerjasama dan keharmonian sukar dijalinkan. Pada masa yang sama, ketika Islam menetapkan lelaki selaku pemimpin rumah tangga dan wanita sebagai rabbatul bayt iaitu pengurus rumah tangga, ia sama sekali tidak bertujuan untuk merendahkan martabat wanita. Falsafah kepimpinan dalam Islam tidak dikaitkan dengan kemuliaan atau kerendahan, sebaliknya kepimpinan adalah tanggungjawab berat yang bakal dihisab di Akhirat kelak. Menurut Sayid Qutb, kepimpinan dalam sebuah keluarga adalah sangat penting seperti dalam organisasi atau institusi demi meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Tanpa kepimpinan, tidak wujud bidang kuasa dan tidak ada tanggungjawab.

Dalam hal ini, ulama-ulama bersepakat bahawa seorang suami bertanggungjawab memastikan keluarga menjalankan seluruh perintah dan larangan-Nya. Seorang isteri juga bertanggungjawab mentaati suaminya selama tidak bercanggah dengan hukum syarak. Justeru, sangat penting ditegaskan bahawa kepimpinan lelaki hendaklah atas dasar kasih sayang dan kerjasama, bukan kuku besi, sebagaimana pesanan Rasululllah Sallalahu Alaihi Wa Salam sewaktu menunaikan Haji Wida’ pada tahun 10 Hijrah iaitu: “…Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia….”

Khatimah
Isu kesetaraan gender yang diperjuangkan oleh golongan feminis lahir disebabkan pejuangnya tidak memahami bahawa manusia lahir dengan ciri-ciri maskulin dan feminin kerana masing-masing lelaki dan wanita memiliki fungsi dan peranan yang berbeza. Perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita bukan bermakna ketidakadilan kerana ia diciptakan oleh Sang Pencipta semata-mata demi kemaslahatan, kelestarian dan kesucian hidup manusia dengan cara saling melengkapi dan bekerjasama sesuai dengan aturan-Nya. Munculnya cara berfikir sedemikian adalah pengaruh prinsip ‘individualistik’ yang amat sinonim dengan pemikiran demokrasi yang beranggapan bahawa masyarakat terdiri daripada individu-individu yang mana lelaki dan wanita di tempatkan di posisi yang berbeza. Ketika timbul permasalahan yang berkaitan dengan wanita seperti diskriminasi dan penindasan, ia dipandang secara sebahagian iaitu ia adalah masalah dalaman wanita yang mesti diselesaikan oleh wanita sahaja. Hakikatnya, kezaliman seperti penindasan, diskriminasi dan kekerasan turut dialami oleh kaum lelaki menjadikannya satu permasalahan dalam masyarakat, bukan permasalahan kaum wanita sahaja. Justeru penyelesaian apa jua permasalahan hendaklah diambil secara total iaitu dengan hukum-hukum syarak yang diturunkan Allah untuk mengatur aktiviti manusia. Selain dari itu, sebagai umat Islam, amatlah penting bagi kita untuk menghakimi suatu kelompok atau gerakan berdasarkan inti pati perjuangannya – adakah sesuai atau bertentangan dengan hukum syarak, bukan berdasarkan nama atau label semata-mata. Pada akhirnya, amat penting memahami bahawa isu kesetaraan gender yang diperjuangkan oleh feminis Islam di dalam dan di luar negara tidak pernah wujud dalam Islam kerana perbezaan taklif syarak antara kedua jantina tidak menjadikan suatu jantina atau ‘gender’ itu lebih baik atau lebih ‘superior’. “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal [TMQ al-Hujurat (49):13]. Wallahu’alam bisshawab.

Propaganda yang Dilancarkan Oleh Kapitalisme Ke Atas Wanita Muslimah (Bahagian 4)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta Pelbagai Organisasinya Berkhidmat Untuk Amerika Bagi Memerangi Wanita Muslimah...

Amerika Syarikat sebagai ketua Kafir Barat mendokong idea kebebasan wanita muslimah daripada segala ikatannya, persamaan haknya dengan lelaki dengan segenap kekuatan dan pengaruh, dan dengan semua cara berupa insentif dan intimidasi atas nama memelihara kebebasan dan demokrasi. Mereka menggunakan dua institusi yang mempunyai peranan masing-masing dalam urusan wanita Muslimah. Kedua-dua institusi ini adalah:
* Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) dengan berbagai-bagai organisasinya.
* Amerika Syarikat sendiri sebagai pembawa panji globalisasi dan demokrasi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB): Perhatiannya dalam isu-isu wanita muslimah zaman moden dan dewasa ini nampak jelas sejak pertengahan abad yang lalu. Perhimpunan Agung PBB telah menganjurkan beberapa seminar yang berkaitan dengan wanita dan mengeluarkan beberapa ketetapan dan deklarasi antarabangsa seperti (Ketetapan Khas Mengenai Hak-hak Politik Bagi Wanita Tahun 1952). (Dan Deklarasi Khas Tentang Penghapusan Diskriminisasi Terhadap Wanita Tahun 1967). (Deklarasi Tehran Mengenai Hak-hak Wanita Tahun 1968). Usaha berterusan telah dilakukan untuk mengadakan seminar antarabangsa bagi tujuan tersebut. Seminar pertama adalah pada tahun 1975 di Mexico yang dinamakan (Tahun Wanita Sedunia) merupakan seminar yang menyerukan persamaan hak, pembangunan dan perdamaian. Setelah itu seminar Copenhagen bagi wanita tahun 1980, seminar Nairobi pada tahun 1985, kemudian seminar keempat yang ditujukan untuk wanita, iaitu seminar Pekin yang diadakan pada tahun 1995. Ia diikuti oleh seminar Kaherah dan kemudiannya seminar Oman. Semua seminar ini telah bersepakat di dalam beberapa perkara utama berkaitan wanita iaitu:

Pertama: Kerana ia mengiktiraf agama sebagai salah satu bentuk sikap berat sebelah kepada lelaki berbanding wanita dan menyerukan penolakan kepada agama.

Kedua: Kerana ia melakarkan untuk wanita Muslimah gaya hidup wanita Barat yang sepatutnya ia lalui supaya ia bebas daripada berat sebelah agama dan menikmati kebebasan dan persamaan mutlak dengan kaum lelaki.

Salah satu cadangan adalah kepemimpinan daripada konferensi ini ditaja oleh isteri raja-raja dan presiden dari negara masing-masing. Ia bertujuan untuk menampakkan keseriusan kepada perkara yang sedang dikaji dan lebih jauh lagi melaksanakan keputusan-keputusannya kerana mereka ini dekat dengan para pembuat keputusan.

Daripada seminar-seminar ini muncul pula seminar peringkat nasional yang membincangkan topik-topik khusus mengenai wanita seperti: wanita dan media, wanita dan pendidikan, wanita dan pembangunan dan sebagainya. Semua itu adalah topik-topik yang dirancang untuk menyesatkan wanita, khususnya wanita Muslimah untuk mengambil tamadun barat yang menyerukan kepada persamaan mutlak antara kedua-dua jantina ini dan kepada kebebasan seksual dan menghalalkan pengguguran. Istilah “gender” yang dimunculkan dalam seminar Pekin tiada lain merupakan seruan yang jelas kepada hubungan sesama jenis. Banyak usaha telah dilakukan untuk menyebarkan pemikiran ini di negara umat Islam dengan pelbagai cara. Ia adalah untuk memaksa masyarakat untuk menerima hubungan sesama jenis dan tidak menganggap mereka bersalah. Inilah yang diterjemahkan ke dalam banyak undang-undang negara Barat.

Sementara organisasi di bawah payung PBB telah memainkan peranan penting dalam bidang ini. Tabung Pembangunan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFEM) telah bekerja sama dengan organisasi wanita di beberapa negara Arab dengan mengadakan bengkel untuk memperkenalkan kepada para peserta lelaki dan wanita dengan konsep “gender”, dan memasukkannya ke lembaga/yayasan kerajaan dan bukan kerajaan dengan pelbagai cara yang meningkatkan percampuran antara kedua-dua jantina ini dan mempamerkan kecantikan wanita serta menelanjangkannya dan menghinakannya dengan keterlibatannya dengan perbuatan keji. Apa yang dimaksudkan dengan “gender” adalah persamaan mutlak antara lelaki dan wanita dan mengenepikan semua perbezaan fizikal antara kedua-duanya sehingga ke aspek biologi yang ada pada wanita, seperti kehamilan dan penyusuan.

Demikian juga organisasi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah memilih untuk mengemukakan isu bahaya perkahwinan usia muda – yang merupakan antara pesanan seminar tersebut - untuk mendesak golongan muda supaya enggan berkahwin awal, mengehadkan kelahiran, memakan pil pencegah kehamilan, membolehkan pengguguran dan seterusnya, yang membawa kepada meningkatnya usia perkahwinan di kebanyakan negara. Banyak pusat yang ditaja oleh organisasi asing secara sukarela telah ditubuhkan dengan mengagihkan pil pencegah kehamilan untuk para remaja dan mereka yang telah berkahwin secara percuma. Kempen kesedaran mengenai kelahiran berfungsi untuk menyeru kepada pembatasan dan pengurangan kelahiran. Demikian juga Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia serta organisasi Amnesti antarabangsa mempunyai sumbangan masing-masing dalam hal-ehwal wanita untuk menggalakkan amalan tersebut. Merekalah yang mengelolakan pembiayaan kebanyakan seminar dan ketetapan serta pusat-pusat pemulihan para penzina dan memelihara anak-anak zina. Usaha-usaha yang digembelingkan dan bantuan kewangan yang diberikan untuk perkara ini amat banyak.

Amerika Syarikat: Telah mengeksploitasi peristiwa 11 September 2001, dan reaksi seterusnya sebagai alasan untuk melaksanakan perubahan-perubahan besar daripada aspek ketenteraan, politik serta ekonomi dalam negara Islam khususnya negara Arab dengan alasan memerangi keganasan. Tidak cukup hanya dengan bidang tersebut justeru ditambah dengan satu lagi bidang yang penting, iaitu yang berkaitan dengan wanita. Maka ditubuhkan pejabat khas dalam Kementerian Luar dan dilantik kepimpinan utamanya para koordinator bagi menangani isu-isu wanita sedunia. Aktivitinya dimulakan dengan lawatan ke negara-negara Islam untuk menyampaikan ucapan. Pertama sekali adalah ucapan yang disampaikan di Istanbul. Di sana mereka menetapkan tujuan-tujuan yang dilontarkan oleh Amerika Syarikat dan berusaha untuk merealisasikannya di negara kaum Muslimin, iaitu:

o Mengemukakan konsep utama mengenai hak wanita dan membolehkan wanita untuk menyertai aktiviti politik.
o Mendorong wanita untuk sentiasa menuntut kebebasan peribadinya yang diperakui oleh sistem kapitalis.
o Membentuk kerjasama dan perjanjian dengan kerajaan lain dan yayasan antarabangsa serta organisasi bukan kerajaan untuk mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita untuk mengambil manfaat daripadanya.

Di samping penjelasannya terhadap tujuan-tujuan tersebut program kerja juga telah ditetapkan, dan mengehadkan cara-cara untuk melaksanakan tujuan-tujuan ini dan menyebutkan bahawa kerajaannya telah melakukan pemantauan untuk tujuan ini dengan peruntukan sebanyak 29 juta dolar.

Antara “keprihatinan” Amerika mengenai wanita Muslimah menurut ucapan wakil penasihat keselamatan negara (dalam pentadbiran Bush): “Sesungguhnya presiden Bush menegaskan semula pendirian Amerika Syarikat di samping perkara yang dinamakannya sebagai ‘tuntutan martabat manusia’ yang tidak menerima adanya tawar-menawar, iaitu hukum undang-undang, persamaan di hadapan pengadilan, dan penghormatan terhadap wanita”, dia juga berkata: “Terdapat permulaan yang menjanjikan reformasi dan keterbukaan di kedua-dua dunia arab dan dunia Islam terutamanya di Bahrain, Jordan, Maghribi, Qatar dan Afghanistan.”

Semua usaha ini membawa kepada berlakunya beberapa perubahan dalam bidang-bidang yang dikhususkan untuk wanita, yang berkaitan dengan perkongsian politik, hal-ehwal peribadi dan sebagainya.

Dalam bidang perkongsian politik, wanita telah memperolehi hak pencalonan dan mengundi serta berkongsi pemerintahan di beberapa buah negara di samping mengikut sebahagian posisi yang penting.

Sementara itu, dalam bidang hal-ehwal peribadi, sebahagian negara dunia seperti Mesir dan Maghribi mula mengusahakan perubahan dan pindaan sebahagian hukum syarak yang berkaitan wanita. Di Mesir telah dibincangkan undang-undang hal-ehwal peribadi dalam majlis rakyat sejak tahun 2000 untuk mengadakan perubahan yang berkaitan dengan Khulu’, dan pertelingkahan berkaitan safar wanita, dan perceraian dan membentuk mahkamah sivil untuk keluarga di samping perkara-perkara lain yang ingin mereka pinda.

Sementara di Maghribi, yang paling jelas dapat dicapai secara khusus – apa yang diusahakan oleh Barat berupa tujuan-tujuan mengenai hal ehwal wanita Muslimah yang dinamakan (rancangan nasional untuk integrasi wanita dalam pembangunan), langkah ini sebahagian daripada rancangan antarabangsa dengan tujuan memaksakan keluarga Muslimah agar mencontohi Barat. Dalam langkah ini dilaksanakan perkara-perkara berikut:
• Meningkatkan tahap usia anak perempuan yang dibolehkan berkahwin iaitu dari usia 15 tahun kepada 18 tahun.
• Pembahagian hak milik/harta antara suami isteri selepas perceraian.
• Menghapuskan poligami secara terus terang.
• Kedua-dua suami dan isteri menafkahi keluarga secara berkongsi berdasarkan sumbangan masing-masing.
• Membolehkan kaum wanita hak menuntut cerai.
• Memberi hak kepada kaum wanita untuk berkahwin sendiri tanpa persetujuan wali.
• Persamaan hak dan kewajipan bagi suami isteri.

Sementara di Jordan: peraturan di sana, sejak dahulu lagi adalah melaksanakan keinginan Barat. Usaha yang berterusan sentiasa dilakukan terhadap persoalan wanita. Selain itu usaha juga dilakukan untuk mengiktiraf suara wanita dan penyertaan mereka dalam seluruh aspek kehidupan tanpa membezakannya dengan lelaki. Dalam erti kata lain ia adalah seruan kepada persamaan gender. Dalam kaitan ini untuk mencari keredaan Amerika dan kaum kufar, mereka melakukan tindakan-tindakan untuk melaksanakan politik pembatasan kelahiran. Antaranya adalah:

• Mewujudkan pengkhususan baru di Fakulti Perubatan, Universiti Hashimite, iaitu perubatan dan kesihatan reproduksi. Kesihatan reproduksi dan pengaturan keluarga adalah dua istilah yang diberikan untuk mempraktikkan pembatasan kelahiran.
• Menyediakan peluang di institusi-institusi, persatuan-persatuan serta organisasi antarabangsa untuk melaksanakan program yang berkaitan pencegahan kehamilan seperti yayasan (Hopkins) Amerika, yang mampu mempromosikan melalui pemberian berbentuk harta dari organisasi pemudi untuk tujuan-tujuannya. Yayasan ini telah mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk (asas teknologi sebagai cara untuk mencegah kehamilan – petunjuk bagi para pengamal perubatan di klinik-klinik), buku ini telah sempurna dikaji oleh para pengamal perubatan yang menggunakan semua maklumat wanita Jordan dan pengumpulan maklumat penduduk dengan kerjasama organisasi kesihatan sedunia dan perwakilan Amerika bagi pembangunan antarabangsa.
• Mewujudkan majlis tertinggi penduduk, tujuannya adalah untuk membataskan kelahiran dan pemandulan (dengan alasan membaiki taraf ekonomi penduduk).
• Mewujudkan mahkamah keganasan rumahtangga yang terdiri daripada qadhi, doktor dan pendakwa am.
• Pembentukan dan pelaksanaan seminar-seminar dan juga biro-biro wanita serta nadwah-nadwah khusus mengenai kesihatan dan reproduksi.
• Pembukaan klinik-klinik, pemantauan harta dan pembentukan delegasi wanita terlatih untuk melakukan lawatan berulang terhadap kaum wanita di rumah mereka dan menggalakkannya agar membataskan kelahiran dengan menggunakan pil-pil pencegah kehamilan dan dengan cara-cara yang lain (sebahagian besarnya dengan dana luar yang mempunyai objektif tertentu).
• Mengaitkan pertumbuhan ekonomi dengan pertambahan penduduk, dan mengaitkan kemiskinan dan pengangguran dengan pengembangan keluarga, untuk merealisasikan sesuatu yang mereka namakan sebagai keseimbangan antara kadar pendapatan dengan bilangan ahli keluarga. Sedangkan statistik rasmi menyangkal dakwaan ini. Keputusan rasmi pada tarikh 17 Mac 2004 yang telah dikeluarkan menyatakan bahawa kadar reproduksi pada tahun 1976 telah mencecah 7:4 dan baru-baru ini mencapai jumlah 2:1. Jika mereka menafikan kadar yang tinggi ini, adalah sewajarnya masalah ini telah diselesaikan, maka selesailah hal tersebut. Kemajuan yang pesat telah meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi namun pengangguran, kadar kemiskinan dan kelemahan anggaran tahunan pula kian bertambah.
• Menyertai seminar-seminar antarabangsa dan menjadi tuan rumah seminar-seminar khas untuk wanita. Daripada seminar tersebut dikeluarkan keputusan-keputusan yang membenarkan dan memberikan hak kepada kaum wanita dalam kebebasan berfikir, berperasaan, beragama, berakidah dan mengawal hal-hal berkaitan kesihatannya, khususnya yang berkaitan dengan kesuburannya dan juga memperbaiki kesihatan reproduksi dengan alasan bahawa wanita mempunyai hak untuk menikmati kebebasan peribadinya.

Bahawasanya propaganda kaum kafir terhadap wanita Muslimah di bawah pimpinan Amerika semuanya adalah untuk merealisasikan beberapa tujuan. Antaranya: menjauhkan wanita Muslimah daripada agamanya, mengeluarkannya dari rumahnya, menghapuskan keluarga Muslimah dan pendidikan anak-anak, kemudian menggalakkannya untuk melakukan pengguguran dan menelan pil pencegah kehamilan yang berakhir dengan kemandulan bertujuan untuk mengehadkan kelahiran di kalangan umat Islam.

Perkara-perkara inilah yang dikehendaki oleh Amerika untuk kita. Sementara para pemikir di negara mereka pula menginginkan yang lain. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Harvard (salah sebuah universiti terkemuka Amerika) menasihatkan para wanita di Amerika Syarikat agar ‘meniru wanita Muslimah dalam akhlak mereka dengan mengajak semua wanita Amerika supaya cuba meniru tingkahlaku wanita Muslimah sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan masyarakat Amerika daripada penyesalan dan kekecewaan yang tidak berpenghujung disebabkan oleh keruntuhan akhlak dan tersebarnya penyakit yang diakibatkan oleh hubungan tidak syarie antara lelaki dan wanita di sana’. Institusi nasional kajian kesihatan di Maryland yang melakukan kajian khas mengenai Islam dan syiarnya telah menegaskan bahawa jika umat Islam menjaga pelaksanaan syiar Islam, dia akan menjadi seorang yang berperibadi baik daripada sudut jiwa dan kesihatannya. Dia akan melalui kehidupannya dengan jiwa yang halus dan tidak akan berhadapan pula dengan sebarang masalah kejiwaan. Hal tersebut berlawanan dengan seorang Muslim yang tidak menjaga pelaksanaan syiar-syiar Islam ataupun jika dia seorang non-Muslim.

[bersambung]

Monday, June 15, 2009

4.7 - Berada di Bawah Lindungan Allah

Rasulullah SAW memberi janji, bahawa bila anda mengerjakan solat Subuh, maka Allah akan melindungi anda seharian penuh.

Diriwayatkan dari Jundab bin Sufyan R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menunaikan solat Subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Maka jangan cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barangsiapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka"
(HR Muslim, AT-Tirmidzi dan Ibnu Majah. Lafaz di atas adalah menurut riwayat Ibnu Majah)

Jaminan Allah bermaksud : dalam perlindungan Allah.

Inilah perlindungan Rabbani, bagi orang yang melaksanakan solat Subuh.

Anda akan merasakan percaya diri pada hari yang dimulai dengan solat Subuh. Anda akan merasa lebih tegar menghadapi ujian dan cubaan di hadapan para taghut dan diktator. Anda berada dalam lindungan Raja dari semua raja, yang mencipta segala kehidupan. Lalu apalagi yang anda inginkan? Semua ini hanya diperolehi hanya dengan dua rakaat!

Dua rakaat inilah yang menguatkan kebenaran hati dan mengukuhkan iman. Itulah sebab Allah SWT melindungi anda.
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. "
(Al-Hajj, 22:38)


(next post : 4.8 - Muara Ilmu dan Iman)
-Alhamdulillah-

Sunday, June 14, 2009

4.6 - Waktu yang Menjadi Saksi

Allah mengagungkan waktu Subuh di dalam Al-Quran, Dia tidak pernah bersumpah dalam kitab-Nya dengan waktu solat kecuali solat Subuh dan Asar. Allah SWT berfirman:
"Demi waktu fajar; (1) Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2)"
(Al-Fajr, 89:1-2)


Waktu ini adalah waktu yang menjadi saksi. Waktu yang disaksikan hamba Allah yang mulia, iaitu para malaikat! Semua malaikat yang ada di langit turun ke bumi untuk menyaksikan solat Subuh!

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Solat berjemaah lebih utama dari solat salah seorang kamu yang bersendirian, sebanyak dua puluh lima kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh"

Kemudian Abu Hurairah R.A. berkata, "Kalau anda mahu, bacalah : Inna qur'anal fajri ka'na masyhuda."
(HR Al-Bukhari)

Perhatikanlah, bagaimana Allah sampai meninggikan darjat solat ini dan menjadikannya sebagai waktu pertemuan para malaikat penjaga malam dan siang?

Pada hadis riwayat Abu Hurairah R.A. disebutkan bahawa Rasulullah SAW menjelaskan tentang malaikat penjaga malam. Para malaikat langsung naik ke langit setelah menyaksikan solat Subuh.
"Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka bertanya -padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka, 'Bagaimana hamba-hamba-Ku ketika kalian tinggalkan?' Mereka menjawab, 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga'. "
(HR Al-Bukhari)

Renungkan sejenak adanya perbezaan yang sangat besar, ketika malaikat mengatakan kepada Allah SWT:
"Kami menemukan si fulan sedang melaksanakan solat Subuh berjemaah. Sementara si fulan kami temukan ketika sedang lelap dalam tidurnya, Solat Subuh bukan menjadi keutamaannya, dan dia tidak mempedulikan waktu solat!"

Perbezaan yang sangat jauh! Di antara dua golongan di atas, mana yang anda inginkan? Silakan anda memilih.

(next post : 4.7 - Berada di Bawah Lindungan Allah)
-Alhamdulillah-

4.5 - Perlakuan Khusus Terhadap Solat Subuh

Rasulullah SAW menjadikan solat ini sesuatu yang begitu istimewa dan berbeza dengan solat-solat yang lain. Pada dasarnya semua solat sangat penting, dan solat mempunyai pahala besar. Namun ketika dicermati dengan saksama perbezaan solat ini dibanding solat lainnya, nampak sekali bila solat ini memiliki keutamaan khusus yang besar.

Di bawah ini adalah beberapa keutamaan itu:

Pertama: Solat Subuh merupakan salah satu solat yang pertama kali diwajibkan atas kaum muslimin, di samping solat Asar.

Terbukti, solat Subuh pelaksanaannya dilakukan seperti yang kita kerjakan sekarang ini, iaitu dua rakaat. Adapun solat Asar asalnya dua rakaat kemudian ditambah menjadi empat rakaat setelah peristiwa Isra' dan Mi'raj. Sedangkan solat Subuh masih tetap seperti ketika pertama kali disyariatkan.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, bahawa Aisyah berkata, "Pertama kali diwajibkan atas Rasulullah adalah solat dua rakaat-dua rakaat, kecuali Mabrib yang terdiri dari tiga rakaat. Kemudian Allah menyempurnakan Zuhur, Asar dan Isya' menjadi empat rakaat -bila dikerjakan di tempat tinggal- dan tetap menjadikan hitungan rakaat solat seperti semula. (Dua rakaat-dua rakaat) dalam keadaan bepergian (musafir))

Ertinya umat Islam melaksanakan solat Subuh dengan kondisi dan waktu yang sama sejak pertama kali Rasulullah SAW diutus. Perkara ini menarik sekali. Seakan-akan solat Subuh menjadi solat yang sangat penting dan sangat diperlukan muslim atau mukmin di muka bumi. Ia diwajibkan sejak diturunkan syariat yang pertama kali kepada Rasulullah SAW.

Kedua: Azan Subuh berbeza dengan azan pada solat-solat yang lain.

Diriwayatkan Abu Daud dari Abu Mahdzurah R.A. bahawa Rasulullah SAW mengajarinya supaya menambah lafaz As-Solatu khairum minan naum (2x) - Solat itu lebih baik daripada tidur- setelah lafaz Hayya 'alal Falah.

Apa yang sebenarnya menghalangimu mendapatkan solat Subuh tepat waktu? Bukankah kerana kenyamanan dan nikmatnya tidur?

Nah, sekarang anda sudah mengetahui apa yang dikatakan Rasulullah SAW bahawa solat Fajar itu lebih baik daripada tidur, walau sebesar manapun pentingnya tidur itu bagi anda!

Jika anda percaya Rasulullah SAW dan anda yakin apa yang dikatakannya benar, tanpa sedikit pun kebatilan, maka tidak ada alasan untuk tidak mengikutinya. Jika anda berpendapat, tidur lebih berguna, lebih utama, lebih sesuai bagi anda daripada bangun, persepsi ini sangat berbahaya dan harus direnungkan kembali.

Saudaraku, buktikan bahawa anda beriman pada Rasul SAW.

Ketiga: Rasulullah SAW memberikan doa khusus setelah solat Subuh, yang berbeza dengan solat yang lain.

Doa khusus ini sebagai tambahan wirid penutup solat yang sering diwasiatkan Rasulullah SAW setiap selesai solat; seperti Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, Astaghfirullah dan doa-doa yang lain. Rasulullah SAW menambahkan zikir-zikir khusus setelah solat Subuh, yang tidak dianjurkan pada waktu yang lain.

Seperti contoh hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa -setelah solat Subuh sebelum meninggalkan tempat duduknya dan belum berbicara sedikitpun- mengucapkan
["La Ilaha Illallah wahdahu la syarika lahu. Lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuha 'ala kulli syai'in qadir"
-Tidak ada Ilah yang berhak disembah selain Allah saja. Dia tidak memiliki sekutu. Milik-Nyalah kerajaan dan segala pujian. Dia Maha Menghidupkan dan Mematikan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu-]
sebanyak 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapus 10 kesalahan, diangkat baginya 10 darjat. Satu hari penuh dia dilindungi dari sesuatu yang tidak disukai, dilindungi dari syaitan, tidak ada dosa yang akan mencelakainya, kecuali syirik"
(HR At-Tirmidzi; hasan sahih)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan dari Muslim bin Al-Harits R.A. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berbicara mengatakan padanya,
"Jika kamu solat Subuh, sebelum kamu berbicara, bacalah:
["Allahumma ajirni minannari"
-Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka-]
Sebanyak 7 kali, Italicmaka jika kamu mati hari itu, Allah akan melindungimu dari api neraka."
(HR Abu Daud dan Imam An-Nasa'ie)

Keutamaan-keutamaan ini adalah sesuatu yang tidak bisa dinilai dengan harga dan tidak didapatkan kecuali di waktu itu.

Keempat: Rasulullah SAW selalu menyuruh kaum muslimin untuk memendekkan bacaan waktu solat, kecuali Subuh. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Barzah Al-Aslami R.A. bahawa:
"Rasulullah, pada saat solat Subuh, membaca 60 sampai 100 ayat, dan baginda pergi meninggalkan kami ketika kami sudah mengenali wajah sesama kami (maksudnya, sebentar lagi matahari terbit)"
(HR Muslim)

Jelas sekali, penekanan Rasulullah SAW terhadap bacaan yang panjang hanya pada solat ini. Solat yang dilaksanakan pada saat hati jauh dari perkara-perkara dunia dan permasalahannya. Sebagaimana seorang muslim memulai harinya dengan solat ini, alangkah indahnya seandainya dia memulai menapaki harinya dengan beberapa ayat yang agung.

Allah mengibaratkan solat Subuh itu dalam sebuah firman-Nya:
"...dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya, oleh malaikat). "
(Al-Isra', 17 :78)

Itu menunjukkan bahawa bacaan Al-Quran pada waktu Subuh lebih panjang daripada solat lain.

Kelima: Bacaan khusus Rasulullah SAW di hari jumaat pada waktu Subuh.

Sebagaimana terdapat dalam riwayat Al-Bukhari dan lainnya dari Abu Hurairah R.A, bahawa pada rakaat pertama, Rasulullah SAW membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Insan pada rakaat kedua. Keistimewaan ini tidak terjadi di solat wajib yang lain.

Keenam: Solat Subuh tidak bisa di qasar dan di jama'.

Solat Zuhur dan Asar boleh di qasar dan di jama'. Magrib bisa di jama' dengan Isya' namun tidak bisa di qasar. Isya' boleh di jama' dan di qasar. Baik pada waktu bepergian (musafir) atau pun di rumah, pada saat haji, jihad, kondisi kurang aman atau yang lain-lain.

Tidak diragukan lagi, ini menjadi sebuah keistimewaan yang memerlukan perhatian lebih serius. Kita memohon kepada Allah semoga Allah menjadikan kita dari golongan orang-orang yang memelihara solat Subuh dan merindukannya.

(next post : 4.6 - Waktu yang Menjadi Saksi)
-Alhamdulillah-

Thursday, June 11, 2009

4.4 - Solat Sunat yang Lebih Mulia daripada Dunia dan Seisinya

Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarik perhatian.

Di antaranya, Rasulullah SAW bersabda -yang diriwayatkan dari Aisyah R.A.:
"Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya" (HR Muslim)

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:
"Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia semua"

Lalu...Apa yang menghalangi kita solat Subuh? Bukankah ia menjadi bagian yang begitu besar dibanding dunia?

Apakah kerana bergadang menyelesaikan urusan dunia atau hanya kerana sebuah keinginan untuk sedikit tidur agar dapat bangun jam tujuh atau jam lapan atau setelahnya?

Atau apakah kerana persiapan mengerjakan urusan dunia yang lain? Demikiankah alasan kita meninggalkan solat Subuh?

Dunia -seluruh dunia- segala isinya mulai dari bentuk harta benda, harta simpanan, kedudukan, usaha, segala yang menggiurkan dan menyenangkan, tidak akan sampai nilainya sebesar solat sunat Fajar dua rakaat!

Cuba anda renungkan. Ini semua baru keutamaan sunnah Fajar. Lalu bagaimana dengan dua rakaat Fajar yang wajib, iaitu solat Subuh?

Subhanallah! Nilai yang sangat besar ini bukan disebabkan lamanya berdiri atau panjangnya bacaan dalam dua rakaat ini. Bahkan Rasulullah SAW sering memendekkan bacaannya dalam solat dua rakaat sebelum Subuh ini.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.

An-Nasa'ie meriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A. Beliau berkata, "Sungguh, aku pernah menyaksikan Rasulullah SAW memendekkan bacaannya ketika solat dua rakaat Fajar, sehinggakan aku bertanya, 'Apakah baginda membaca Ummul Kitab (Al-Fatihah) atau tidak?"
KALAU BEGITU, BUKAN KERANA PANJANGNYA BACAAN YANG MENJADI SEBAB BERTAMBAHNYA KEUTAMAAN SAMPAI MELEBIHI DUNIA DAN SEGALA ISINYA. NAMUN KERANA KETENTUAN WAKTU PELAKSANAAN SOLAT YANG SANGAT MULIA ITU.

Maka, orang yang mampu meninggalkan dunia dan bangun sebelum waktu solat Subuh, kemudian dia menunaikan dua rakaat Fajar, dialah orang yang berjaya dalam ujian. Sebagaimana dia telah meninggalkan dunia dan segala isinya untuk menunaikan solat, maka Allah pun memberikan pahala yang lebih besar dari itu semua.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)


Dalam Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Asqalani menjelaskan bahawa ketika melakukan perjalanan, Rasulullah SAW tidak mengerjakan solat sunat -baik yang dikerjakan sebelum solat fardhu, mahupun sesudahnya, kecuali solat sunat Subuh.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah meninggalkan solat sunat Subuh walaupun kalian dikejar pasukan musuh."
(HR Abu Daud dan Ahmad)

Dalam segala kondisi, saat dikejar pasukan musuh atau bahkan saat perang sedang berkecamuk, janganlah anda meninggalkan dua rakaat sunat sebelum Subuh.

Disebabkan nilainya yang begitu tinggi, Rasulullah meng-qadha' (mengganti) solat sunat fajar bila telah lewat waktunya. Baginda menggantinya setelah solat Subuh atau setelag terbit matahari. Ini terjadi, baik saat baginda terlambat dalam mengerjakan solat sunat sebelum Subuh, atau solat Subuh itu sendiri. Hal yang demikian tidak dilakukan pada solat sunat yang lain, selain solat malam.

Itulah sebab penghormatan begitu besar pada dua rakaat solat sunat Subuh memberikan nilai tinggi dan kedudukan yang lebih pada solat Subuh yang wajib. Hal ini merupakan sesuatu yang sangat mahal, dan selayaknya untuk direnung.

Wahai pencari sedikit potongan dunia, bagaimana anda terlena dari sesuatu yang lebih baik dari dunia dan seisinya?

(Next post : 4.5 - Perlakuan Khusus terhadap Solat Subuh)
-Alhamdulillah-

Wednesday, June 10, 2009

4.3 - Seksa Pedih Bagi yang Meninggalkannya

Seringkali Allah SWT mengingatkan hamba-Nya supaya tidak tertipu, bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
"
...dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali."
(Ali-Imran, 3:28)

"
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. "
(Toha, 20:124)

"
..Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-'Araf, 7:167)

Begitu sulit untuk membatasi keduanya (antara sifat "Amat cepat seksa-Nya" dan sifat "Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"). Bahkan Allah SWT tidak akan menzalimi manusia sedikitpun, akan tetapi manusialah yang menzalimi dirinya sendiri. Allah SWT berfirman dalam hadis Qudsi -riwayat Abu Dzar R.A. dari Rasulullah SAW:
"Wahai hamba-Ku sesungguhnya itu adalah amal-amal kalian yang Aku hitung untuk kalian dan akan dikembalikan kepada kalian. Barangsiapa yang mendapat kebaikan maka bersyukurlah kepada Allah; dan barangsiapa yang mendapatkan selain itu, maka janganlah mencaci selain dirinya sendiri".
(HR Muslim)

Secara umum, meninggalkan solat merupakan dosa yang besar dan musibah yang tiada tara. Solat menjadi amalan manusia yang dihisab pada hari kiamat. Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalu jelek, maka jeleklah seluruh amalnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya,"
Baginda bersabda, "Allah berkata kepada para malaikat-Nya -dan Dia Maha Tahu, 'Lihatlah amal solat hamba-Ku, dia melengkapi atau menguranginya, kalau dia sempurna maka tulislah sempurna.' Kalau sedikit saja yang dikurangi, Allah berkata, 'Lihatlah apakah hamba-Ku melakukan solat sunat.' Kalau seorang hamba melakukan solat sunat maka Allah berkata, 'Sempurnakanlah solat wajib hamba-Ku dengan solat sunatnya, lalu hitungkanlah amalnya sesuai dengan solatnya.'"
(HR At-Tirmidzi, Abu Daud, An-Nasa'ie, Ibnu Majah, Ad-Darini dan Ahmad)

Jadi, bagaimana mungkin seorang mukmin mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada waktu?

Seorang muslim yang meninggalkan solat Subuh pada waktunya akan mendapatkan segala hukuman yang disebutkan Allah dan Rasul-Nya baginya. Lebih dari itu, ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah SAW telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib. Padahal sudah jelas bahawa rata-rata penyebab utama seorang muslim meninggal solat Subuh adalah tidur. Maka bila seseorang terbiasa tidur ketika tiba waktu solat, nescaya dia akan meninggalkan solatnya secara keseluruhan dan tidak akan melaksanakan solat kecuali telah lewat waktu.

Samurah bin Jundab R.A. meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bermimpi. Dalam mimpi ini Rasulullah SAW diperlihatkan azab orang-orang berdosa dari orang-orang muslim. Bisa jadi ini azab kubur atau bisa jadi pula dalam api neraka, bahkan mungkin kedua-duanya.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya telah datang kepadaku tadi malam dua tamu (Jibril dan Mikail). Keduanya diutus kepadaku, dan berkata 'Berangkatlah', lalu saya pergi bersama mereka. Kami mendatangi orang yang sedang tidur dan yang lainnya berdiri tegak di atasnya dengan membawa batu. Lalu tiba-tiba melepaskan batunya tepat pada kepalanya hingga hancur luluh kepalanya. Batu itu telah meleburkannya. Kemudian dia mengambilnya kembali, dan dia tidak mengulanginya hingga kepalanya pulih kembali, sebagaimana semula. Kemudian dia akan kembali, lalu dia akan melakukan sebagaimana yang telah dia lakukan pada pertama kalinya. Rasulullah berkata, 'Saya berkata kepada keduanya, 'Subhanallah! Apa ini?' Mereka berdua berkata: "Lanjutkan perjalanan...lanjutkan perjalanan..."
(HR Al-Bukhari)

Baginda melewati peristiwa berlainan yang jumlahnya sangat banyak. Namun tidak mungkin disebutkan secara keseluruhan di sini.

Kemudian kedua malaikat tadi mulai menjelaskan padanya peristiwa yang baginda saksikan tadi:
"Orang pertama yang telah anda datangi tadi, yang telah memecahkan kepalanya dengan batu, dia adalah orang yang membawa Al-Quran namun mencampakkannya dengan begitu sahaja, dan tidur di saat solat wajib."

Semua orang tahu bahawa tidur menjadi penghalang utama solat Subuh. Adapun gambaran orang memukul kepalanya, adalah kerana dia merupakan tempat akal, tempat paling mulia yang dimiliki manusia.

Perkara ini serius dan tidak main-main. Barangsiapa yang biasa melanggar, dikhuatirkan masuk dalam fitnah. Barangsiapa yang masuk dalam fitnah, maka akan masuk ke dalam azab yang menyakitkan.

"
Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintah-Nya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(An-Nur, 24:63)

(next post: 4.4 - Solat Sunat yang Lebih Mulia daripada Dunia dan Seisinya)
-Alhamdulillah-

Tuesday, June 9, 2009

4.2 Melihat ALLAH

Inilah keisitimewaan tertinggi di antara keistimewaan-keistimewaan sebelumnya. Dan, ni sangat mengcengangkan manusia. Apakah di sana ada sesuatu yang lebih tinggi daripada syurga?

Rasulullah SAW telah menggambarkan kepada kita dengan jawabannya. Ya, di sana ada yang lebih tinggi dari sekadar syurga, iaitu melihat Allah di syurga. Pemberian yang sangat besar. Hadiah yang bergitu agung, dan pahala yang berlipat ganda dengan pahala yang lain.

Siapakah yang mendapat kesempatan agung ini?

Merekalah orang-orang yang menjaga dua solat, iaitu solat Subuh dan Asar. Bacalah hadis Rasulullah SAW riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah R.A. berikut ini. Beliau berkata:
"Kami sedang duduk bersama Rasulullah, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, 'Sungguh, kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan yang tidak terhalang dalam melihatnya'."

Maksudnya, anda akan melihat-Nya dengan jelas dan sempurna sebagaimana anda melihat rembulan sekarang ini dengan jelas lagi sempurna. Kemudian baginda bersabda:
"Apabila kalian mampu, janganlah kalian menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Subhanallah! Kebaikan ini terdapat dalam solat Subuh. Bila anda tahu sebahagian orang Islam yang mendengar kebaikan itu, kemudian tetap tak tergerak untuk solat Subuh, apa yang anda katakan pada mereka?

Bukankah ini benar-benar suatu kebodohan?

Bukankah ini benar-benar suatu kelalaian?

Ya, ini sungguh merupakan kelalaian dan kebodohan!

Allah SWT berfirman:
"....dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
(An-Nur, 24:40)

(next post : 4.3 - Seksa Pedih bagi yang Meninggalkannya)

-Alhamdulillah-

Sunday, June 7, 2009

4.1 - Pahala Tanpa Batas

Orang yang melaksanakan solat Subuh dengan berjemaah mendapat keistimewaan yang diperolehi orang-orang yang melaksanakan solat selain solat Subuh dengan berjemaah. Bahkan dia akan mendapatkan lebih daripada semua itu.

Dia mendapat pahala seperti orang-orang yang solat berjemaah secara umumnya, iaitu 25 atau 27 darjat pahala. Diberikan padanya kebaikan yang baik, dihapus kejelekannya, ditinggikan beberapa darjat kedudukannya. Malaikat berdoa baginya, dan beberapa alasan lain yang didapatkan orang yang berjemaah pada umumnya. Namun solat Subuh memiliki kelebihan khusus yang tidak ada pada solat yang lain. Di antaranya adalah:

1. Pahala Solat Malam Satu Malam Penuh.


Diriwayatkan Muslim dari Usman bin Affan R.A. berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah maka seakan-akan dia telah solat setengah/separuh malam. Dan barangsiapa solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isya', seperti yang tertera dalam hadis Abu Daud dan At-Tirmidzi) maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh" (HR Muslim)
Mampukah anda melaksanakan solat malam satu malam penuh?

Dengan kurnia dan kemuliaan-Nya, Allah SWT telah memberi anda pahala ini, jika anda melaksanakan solat Subuh dan solat Isya' berjemaah. Dan telah diketahui bahawa pahala solat malam sangat besar dan agung. Tetapi pahala Subuh berjamaah jauh lebih mulia darinya.

Jika anda telah mengetahui keutamaan dalam solat Subuh berjemaah, maka saya memohon kepada anda, bantulah saya untuk menjawab soal-soal yang tertuju kepada mereka yang berbondong-bondong melaksanakan solat Tahajjud pada malam 27 Ramadhan. Mereka yang berdiri tegak menghadap pada Allah berjam-jam, dan telah mengeluarkan tenaga yang berlipat ganda dengan harapan bisa solat pada malam penuh barakah ini.

Saya bertanya pada mereka:

Menurut pendapat anda, yang lebih afdal; menghidupkan malam Qadar secara sempurna dengan ibadah, atau solat Subuh berjemaah pada bulan Syawal, Safar atau Rejab -atau bulan-bulan lain selain bulan Ramadhan?

Mana yang paling berat timbangannya di sisi Allah?

Mana yang paling anda sedihkan ketika anda tidak bisa melaksanakannya?

Mana yang paling hina di sisi Allah bila anda tidak bisa melaksanakannya?

Saudaraku...Bukankah kita solat kerana Allah SWT?

Bukankah kita berdiri tegak beberapa jam di malam Qadar hanya mengharapkan keredhaan Allah?

Kalau kita telah mengetahui bahawa keredhaan Allah tidak akan didapat kecuali dengan melaksanakan kewajiban-Nya sesuai dengan waktu yang telah ditentukan, dengan cara yang diperintahkan-Nya, mengapa kita harus mendahulukan sesuatu yang tidak diutamakan Allah SWT? Mengapa mengakhirkan sesuatu, sementara sesuatu itu justeru diutamakan Allah SWT?

Kalimat ini bukan bermaksud untuk meremehkan nilai malam Qadar. Saya memohon perlindungan pada Allah SWT untuk hal ini. Malam Qadar merupakan malam yang paling mulia dalam satu tahun, dan juga lebih baik dari seribu bulan. Kendatipun demikian, tetap kedudukannya sebagai solat sunat, dan tidak lebih utama daripada solat wajib.

Apakah iman anda dianggap benar, bila meninggalkan solat Magrib atau Isya' pada malam Qadar, untuk kemudian mengerjakan solat malam secara sempurna? Jelas, yang seperti ini tidak benar.

Apakah anda sanggup melaksanakan solat sunat Zuhur 20 rakaat, kemudian meninggalkan solat Zuhur yang wajib?

Apakah bermanfaat, bila anda berpuasa Isnin dan Khamis sepanjang tahun, lalu dengan sengaja meninggalkan puasa Ramadhan tanpa sebab?

Kalau seandainya jawaban dari semua pertanyaan ini adalah "tidak", lalu mengapa kaum muslimin masih sering meninggalkan solat Subuh? Apakah ia bukan wajib seperti halnya solat Zuhur dan Asar, juga seperti puasa Ramadhan dan zakat wajib?

Allah telah menjelaskan, wajib itu secara umum lebih utama daripada yang sunat. Allah SWT menjelaskan dalam hadis qudsi-Nya yang diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman:
"Tidak ada amal yang dikerjakan hamba-Ku -dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada-Ku -yang lebih Aku cintai, selain ibadah wajib yang aku perintahkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus mendekatkan diri padaku dengan amalan sunnah sehingga Aku mencintainya." (HR Al-Bukhari)
Dengan demikian -sebagaimana ia merupakan sisi agama yang wajib diketahui- solat tahajjud pada malam Qadar adalah sunnah dan solat Subuh pada hari apa pun dalam hitungan tahun adalah wajib.

Jika anda telah memahami itu semua, maka ceritakan pada saya: Mengapa manusia berbondong-bondong solat malam Qadar di masjid hingga penuh dari depan hingga belakang -bahkan kadang menutupi jalan-jalan di sekitar masjid; kemudian setelah bulan Ramadhan pergi, jemaah yang sedemikian banyak jumlahnya itu tiba-tiba meninggalkan solat Subuh di Masjid... Mengapa?

Bukankah ini benar-benar isyarat hilangnya pemahaman agama yang lurus?

Manusia -dengan kondisi yang begitu menyedihkan- terpedaya dengan sesuatu yang baru dan bersifat bermusim, dan menghindari sesuatu yang sudah biasa dilakukan. Solat di malam Qadar sekali dalam satu tahun, namun solat Subuh dilakukan setiap hari. Maka manusia kehilangan kepekaan nilai solat Subuh dan mencurahkan seluruh perhatiannya pada solat malam Qadar.

Malam Qadar tidak dapat diraih seseorang dengan cara kebetulan. Malam Qadar merupakan hadiah Allah untuk mereka yang menjaga solat wajib. Malam Qadar diberikan kepada mereka yang bersungguh-sungguh dalam beribadah sepanjang tahun.

Ibadah bukan didasarkan pada bulan. Apakah masuk akal, seseorang yan beribadah kepada Allah sepuluh hari atau sehari dalam satu tahun sama nilainya dengan seseorang yang beribadah sepanjang tahun?

Apakah masuk akal, bila Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka bagi mereka yang solat malamnya hanya sepuluh hari, sama dengan mereka yang bangun setiap hari waktu solat Subuh?

Sesungguhnya Allah menghitung amalan sebesar biji sawi dan sehalus kulit ari.

"
Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf."
(Mukmin/Al-Ghafir, 40:58)

Agama kita adalah agama yang tertata rapi dan jelas. Seharusnya manusia lebih berbondong-bondong dan berlumba-lumba melaksanakan solat wajib berjemaah, daripada solat sunat, walaupun solat malam Qadar!

Ini bukan perkataan saya, namun perkataan Rasulullah SAW. Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Kalau sekiranya manusia mengetahui apa yang tersembunyi dalam azan dan saf pertama, maka mereka tidak akan mendapatkan bagian kecuali dengan jalan diundi di dalamnya, nescaya mereka akan ikut serta dalam undian (banyaknya yang berbondong-bondong mahu mendapatkan saf pertama). Dan jika mereka mengetahui apa yang didapatkan dalam awal kedatangan (solat jemaah), nescaya akan berlumba-lumba. Dan jika mereka mengetahui apa yang tersimpan dalam solat Subuh dan Isya' maka mereka akan mendatanginya walau dengan merangkak."
(HR Al-Bukhari)

Ada sebahagian orang mengatakan bahawa doa di dalam Qadar akan dikabulkan. Itulah sebab orang-orang giat beribadah. Saya katakan kepadanya: Betul, bahawa doa di malam Qadar itu akan dikabulkan. Sebagaimana yang telah kita sebutkan, malam Qadar merupakan malam yang paling agung dalam satu tahun. Kita memohon kepada Allah, semoga kita marihnya. Namun apakah ini satu-satunya waktu yang dikabulkan dalam satu tahun?

Sesungguhnya Allah memberikan kesempatan yang sama pada setiap saat dalam kehidupan anda! Sungguh Allah Yang Maha Suci mengatakan:

"
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina."
(Mukmin/Al-Ghafir 40:60)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(Al-Baqarah, 2:186)

Kewajipan anda hanya berdoa, nescaya Allah yang akan mengabulkan permintaan anda. Bila, dan di manapun anda berada sepanjang hidup anda.

Bila anda beralasan, "Di sana ada waktu-waktu yang mulia yang lebih dikabulkan." Maka saya katakan kepada anda, "Benar. Namun anda pun memiliki waktu yang mulia ini. Setiap malam sepanjang tahun, akan tetapi anda sering melupakannya."

Di setiap malam, terdapat saat-saat terkabulnya doa. Kesempatan ini hanya diketahui orang-orang yang bangun sebelum Subuh, walau hanya sebentar. Saat-saat yang mulia. Bahkan ia merupakan kesempatan paling mulia sepanjang masa!

Perhatikan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. :
"Allah akan turun ke langit bumi pada setiapmalam, ketika malam tinggal sepertiga yang terakhir. Dia berkata, 'Mana hamba-Ku yang berdoa, untuk Aku kabulkan (doanya)? Mana hamba-Ku yang meminta kepada-Ku, untuk Aku penuhi (permintaannya)? Mana hamba-Ku yang beristigfar, untuk Aku ampuni (dosanya)?"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Apa yang lebih anda inginkan dari itu semua?

Allah turun ke langit bumi, menyuruh anda supaya berdoa pada-Nya agar Dia mengabulkan doa anda.

Ya Allah betapa banyak kasih sayang-Mu. Alangkah mulianya Engkau. Betapa Agungnya diri-Mu. Alangkah dekatnya Engkau. Demikian ini terjadi setiap malam. Subhanallah.

Kemudian, jika anda melaksanakan solat Subuh setelah itu, maka anda lebih dekat kepada Allah SWT dan Dia lebih mendengarkan doa-doa anda.

Mari kita semak hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A.:
"Saat yang paling dekat antara Allah dan hamba-Nya adalah di saat sujud, maka perbanyakkanlah doa pada waktu itu."
(HR Muslim)

Pahala solat Subuh lebih tinggi, kewajiban melaksanakan solat Subuh lebih penting, dan doa lebih cepat dikabulkan ketika solat Subuh. Namun, mengapa manusia tidur pada saat azan solat Subuh? Mengapa mereka meninggalkan kebaikan ini? Sebuah pertanyaan yang perlu segera kita jawab!

2. Sumber Cahaya di Hari Kiamat

Solat Subuh merupakan sumber dari segala sumber cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia, akan padam. Matahari akan digulung dan bintang-bintang pun berjatuhan, sebagaimana firman Allah:
"Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). (1) Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. (2)"
(At-Takwir, 81:1-2)

Manusia dibangkitkan dalam keadaan gelap gulita. Gelap yang berlipat ganda. Saat itu, manusia sangat memerlukan cahaya supaya bisa meraba jalannya, agar bisa melewati kumpulan orang-orang yang begitu banyak jumlahnya. Tatkala melewati Sirat (jambatan di akhirat), cahaya sangat diperlukan. Sirat ini mengerikan kondisinya. Tidak akan ada yang bisa melewati, kecuali orang-orang yang dikehendaki-Nya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW menggambarkan manusia pada saat melewati Sirat dengan sabdanya:
"Yang pertama kali lewat di antara kalian bagaikan kilat".

Aku (Abu Hurairah) bertanya,
"Demi bapa dan ibuku sebagai tebusannya, apa maksud "berjalan seperti kilat?" Baginda melanjutkan, "Tahukah kamu bagaimana kilat datang dan pergi dalam sekejap?
Kemudian (ada yang) berjalan seperti angin, seperti burung, dan ada juga sepertiberlari. Perjalanan mereka sesuai dengan amalan mereka. Sedangkan Nabi kalian ini (Muhammad SAW) berdiri menunggu di atas Sirat seraya berdoa, 'Ya Allah, selamatkan...selamatkanlah...'.

Sampai ada yang amalannya (kerana sedikit) tidak sanggup (membawa si hamba tadi) sehingga ada yang tidak bisa lewat melainkan merayap.

Pada kedua sisi Sirat terdapat pengait-pengait cangkuk dari besi yang akan menyambar siapa saja yang Allah perintahkan untuk disambar. Ada yang tersambar hingga bahagian tubuhnya robek/terputus namun dia selamat, dan ada juga yang terkait lalu terhempas ke neraka."

Abu Hurairah R.A. berkata,
"Demi zat yang jiwa Abu Hurairah di tangan-Nya, sesungguhnya dasar neraka jahannam dalamnya sejauh tujuh puluh musim (tahun)"
(HR Muslim)

Pada hari yang sangat berat dan gelap itu, Allah hanya memberikan cahaya kepada semua orang Islam. Maksudnya pada awalnya diberikan kepada semua orang yang menyatakan Islam ketika di dunia. Namun sebahagian dari mereka menjadi munafik, yang hanya berbicara dengan lisannya, tetapi hatinya mengingkari. Sehingga apabila semua sudah mendekati Sirat, Allah hanya akan memberikan cahaya itu kepada orang-orang mukmin, yang jujur saja.

Lenyaplah cahaya bagi orang-orang munafik. Ketakutan dan kebingungan pun menyelimuti mereka. Walhasil mereka bersandar pada orang-orang mukmin, meminta sedikit cahaya yang ada pada mereka. Orang mukmin mengisyaratkan agar mereka kembali ke tampat di mana Allah telah memberikan cahaya-Nya. Lalu orang-orang munafik tadi kembali ke tempat itu semula. Namun mereka tidak mendapatkan apa-apa. Hancurlah seluruh harapan mereka. Selanjutnya mereka meminta tolong, padahal (waktu itu), tidak ada kesempatan untuk lari menyelamatkan diri.

Rincian peristiwa ini terdapat lebih dari satu hadis dalam Sahih Muslim, dan Allah menggambarkan hal itu di dalam Kitab-Nya yang mulia:
"(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): Berita yang menggembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. (12)
(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa. (13)

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)? Orang-orang yang beriman menjawab: Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu) dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya). (14)
Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah Neraka, Nerakalah sahaja penolong kamu dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu! (15)"
(Al-Hadid, 57:12-15)

Dari mana orang-orang mukmin mendapatkan cahaya agung pada hari yang sangat gelap itu? Cahaya itu amal perbuatan mereka yang banyak ketika di dunia. Cahaya itu adalah janji Allah sebagai balasan bagi amal-amal mereka. Di antara amalan ini adalah: Solat Subuh Berjemaah.

Bacalah Hadis yang diriwayatkan dengan sanad sahih dari Buraidah Al-Aslami R.A. Dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat"
(HR Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

'Orang yang banyak berjalan' maksudnya adalah mereka yang membiasakan diri melaksanakan keutamaan yang besar ini.

'Dalam kegelapan' maksudnya: solat Isya' dan solat Subuh.

Ungkapan 'menuju masjid' merupakan dalil yang jelas bahawa cahaya itu diberikan kepada orang yang membiasakan diri solat Subuh dan Isya' berjemaah di masjid. Solat yang dimaksud di sini tidak hanya sekadar solat berjemaah saja, namun solat ini harus dilaksanakan di rumah Allah SWT, iaitu masjid.

Ini merupakan bantahan bagi sebagian orang Islam yang melaksanakan solat di rumah bersama isteri dan anak mereka. Mereka berkeyakinan bahawa apa yang mereka lakukan suatu keutamaan. Kerana melatih keluarga untuk solat, dan untuk mengangkat darjat mereka (anak dan isteri) agar memperoleh pahala jemaah.

Namun Allah -yang membuat syariat dan undang-undang- memerintahkan pada muslim laki-laki untuk solat di masjid, dan memberikan pahala yang sama pada perempuan yang melaksanakan solat di rumah. Sedangkan pembiasaan anak untuk melaksanakan solat jemaah adalah dengan membawa mereka ke masjid, atau solat bersama mereka di rumah. Solat di rumah pun hanya solat sunat, bukan solat wajib.

Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga solat Subuh berjemaah. Ertinya Dia tidak akan mencabut cahaya tersebut di mana saja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirat Al-Mustaqim. Dia akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Insya Allah.

Tidak diragukan lagi, cahaya bagi orang yang beriman di hari kiamat berbeza-beza. Tidak semua mukmin mendapat cahaya seperti mukmin yang lain. Kadar cahaya tersebut disesuaikan dengan amalan mereka. Di sinilah solat Subuh berperanan. Allah SWT akan memberikan cahaya sempurna bagi orang beriman kerana solat Subuh di hari kiamat kelak.

Bahkan Rasulullah SAW yang begitu memperhatikan umatnya dan mencintai pengikutnya, mengajarkan zikir khusus pada saat berjalan menuju masjid tatkala kegelapan masih menyelimuti bumi.

Rasulullah SAW mengajarkan doa yang berisi permohonan agar Allah memberikan cahaya yang menyinari hidup mereka. Agar Allah memberi cahaya di dalam kubur mereka, dan agar cahaya tersebut tetap bersama mereka hingga hari kiamat.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas R.A, bahawa ketika Rasulullah SAW keluar untuk melaksanakan solat Subuh, baginda berdoa (maksudnya):
"Ya Allah berikanlah cahaya pada hati, lisan, telinga dan mata hamba. Jadikanlah cahaya dari belakang, depan dan di bawah hamba. Ya Allah berikanlah pada hamba cahaya."

Lafaz doa di atas diriwayatkan oleh Muslim dan di dalam riwayat Bukhari ada tambahan lafaz:
"Dan dari sebelah kanan dan sebelah kiri hamba berikanlah cahaya".

Cahaya ini tidak hanya menyinari alam kubur dan akhirat saja, tapi juga memberikan cahaya di dunia. Kadangkala manusia terlilit permasalahan dunia, hingga tak mampu lagi membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang benar dan salah. Apalagi di zaman yang penuh dengan cubaan seperti sekarang ini.

Rasulullah SAW menggambarkannya dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. Baginda bersabda:
"Segeralah beramal soleh untuk menghadapi fitnah yang menyerupai gelapnya malam"
(HR Muslim)

Pada masa fitnah yang gelap ini, bila seorang mukmin mampu menapaki jalannya, dia tidak akan tersesat dan sengsara. Allah akan menunjukkan hikmah, dan kemaslahatan dunia dan di akhirat.
"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)."
(Al-An'am, 6:122)

Kita memohon semoga Allah SWT memberikan cahaya di dunia, di dalam kubur, dan di akhirat. Sesungguhnya Dia yang memiliki kekuasaan untuk melakukan itu semua.


3. Syurga yang Dijanjikan.

Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari R.A., dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang solat dua waktu yang dingin maka akan masuk syurga"
(HR Al-Bukhari)

Dua waktu yang dingin adalah solat Subuh dan Asar.

Inilah janji Allah SAW yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Akan masuk syurga, mereka yang menjaga dua solat iaitu solat Subuh dan Asar. Inilah puncak keinginan orang-orang mukmin. Inilah kejayaan hakiki dan kemenangan yang besar. Allah SWT berfirman:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(Ali-Imran, 3:185)

(next post bertajuk: "4.2 Melihat Allah" under ganjaran/nilaian Solat Subuh)

-Alhamdulillah-