Sunday, June 7, 2009

4 - Mengukur Nilai Solat Subuh

"Dua rakat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya"
(HR Muslim)
Lalu...apa yang menghalangi kita solat Subuh? Bukankah ia menjadi bagian yang begitu besar dibanding dunia?

Membaca Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW, anda akan mengetahui dengan mudah dan jelas bahawa solat Subuh sangat mahal nilainya.

Solat yang agung ini benar-benar memiliki daya penarik, kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak sekali hadis yang mendorong untuk melaksanakan solat Subuh, dan menyanjung mereka yang menjaganya.

Rasulullah SAW -seorang pendidik yang menyedari serta memahami tabiat manusia dan dorongan jiwa- mengetahui bahawa waktu Subuh adalah waktu yang sulit. Seorang muslim bila dibiarkan begitu saja, akan memilih mengistirehatkan dirinya dan meninggalkan solat wajib.

"
Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Yusuf, 12:53)


Oleh kerana itu Rasulullah telah mengkhususkan solat mulia ini dengan keistimewaan tunggal dan sifat-sifat tertentu yang tidak terulang pada solat lainnya. Beberapa karakteristik ini akan mendorong seorang mukmin yang jujur untuk konsekuen melaksanakan solat ini secara berjemaah dengan sekuat tenaga. Seorang mukmin akan memberikan semangat tinggi untuk berkorban segala sesuatu yang dia miliki, agar tidak hilang darinya walau hanya satu kewajiban, walau bagaimanapun kondisinya atau apapun rintangannya.
....

Saya telah mengumpulkan keistimewaan-keistimewaan tersebut sebanyak sepuluh keistimewaan. Semoga Allah memberikan manfaat pada kita semua terhadap keistimewaan ini.

(bersambung...4.1 - Pahala Tanpa Batas.)

-Alhamdulillah-

No comments:

Post a Comment