Friday, July 24, 2009

KOMUNISME DITENTANG KAPITALISME DITATANG

SN Keluaran 23 Julai 2009
alt
KOMUNISME DITENTANG KAPITALISME DITATANG

[SN185] Seketika negara dihangatkan dengan isu cadangan untuk membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (PKM) Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa pulang ke Malaysia. Cadangan ini timbul apabila Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini di atas dasar perikemanusiaan dan juga dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan suatu ancaman terhadap keselamatan negara. Keadaan bertambah hangat apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula secara terbuka meminta kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tanpa berlengah, kerajaan UMNO/BN terus ‘menghentam’ Anwar habis-habisan dan menggunakan segala media yg dimilikinya untuk menyerang bekas Timbalan Perdana Menteri itu dari segenap sudut.

Tidak cukup dengan menteri-menteri yang membidas Anwar, demi menjayakan propaganda mereka, pelbagai pihak diambil pendapat mereka untuk mencurah petrol ke atas unggun yang dinyalakan Anwar. Bahkan hampir semua bekas perajurit, khususnya yang pernah bertempur dengan komunis suatu waktu dahulu, dikaut UMNO agar memberi komen masing-masing tentang kenyataan Anwar tersebut. Apabila api di dalam sekam sudah dikacau, apatah lagi dicurahkan petrol ke atasnya, maka kita semua tentu tahu apa akibatnya. Maka, berapi-apilah kemarahan bekas perajurit, yang, walaupun dituju kepada Chin Peng, telah diolah media sedemikian rupa untuk disasarkan (kemarahan itu) kepada Anwar Ibrahim. Berminggu-minggu hingga naik jemu masyarakat dihidangkan dengan segala berita penderitaan bekas perajurit yang pernah suatu ketika dahulu bertempur dengan pasukan komunis di bawah pimpinan Chin Peng. Sehingga ada segelintir dari kalangan mereka yang terang-terang berikrar untuk menyembelih Chin Peng sebaik sahaja bekas pemimpin PKM itu menjejakkan kaki di lapangan terbang Malaysia. Begitulah kemarahan membuak-buak bekas perajurit kita terhadap komunis, dan kemarahan yang sama dihambur kepada Anwar.

Apakah benar Komunisme merupakan satu ideologi yang bahaya? Bagaimana pula dengan Kapitalisme? Apabila kita mengkaji realiti dunia pada hari ini, kita akan mendapati akan adanya tiga mabda’ (ideologi) yang pernah wujud dan sedang wujud yakni Kapitalisme, Sosialisme (termasuk Komunisme) dan juga Islam. Dua mabda’ yang pertama yakni Kapitalisme dan Komunisme masing-masing dikembangkan oleh satu atau beberapa buah negara. Sedangkan mabda’ yang ketiga iaitu Islam, saat ini, tidak lagi dikembangkan oleh sebuah negara pun. Mabda’ Islam hanya dikembangkan oleh gerakan-gerakan Islam dan sesetengah individu di dalam masyarakat sahaja.

Mabda’ adalah aqidah aqliyah yang melahirkan peraturan. Yang dimaksud akidah adalah pemikiran menyeluruh tentang alam semesta, manusia dan kehidupan, serta tentang apa yang ada sebelum dan setelah kehidupan, di samping hubungannya dengan sebelum dan sesudah alam kehidupan. Mabda’ muncul di benak seseorang, baik melalui wahyu Allah yang diperintahkan untuk mendakwahkannya atau dari kejeniusan yang lahir pada diri orang itu. Mabda’ yang lahir dalam benak manusia melalui wahyu Allah adalah mabda’ yang benar, kerana bersumber dari Al-Khaliq, yaitu Pencipta alam, manusia, dan kehidupan. Mabda’ ini pasti (qath’i) kebenarannya. Sedangkan mabda’ yang muncul dalam benak manusia kerana kebijaksanaan yang nampak pada dirinya adalah mabda’ yang salah (bathil), kerana berasal dari akal manusia yang terbatas, yang tidak mampu menjangkau segala sesuatu. Peraturan dan undang-undang yang lahir dari mabda’ buatan manusia ini selalu menimbulkan perbezaan, perselisihan, dan pertentangan, sehingga membuahkan segala bentuk penderitaan dan kesengsaraan bagi manusia. Oleh kerana itu, mabda’ yang muncul dari benak seseorang adalah mabda’ yang salah, baik dilihat dari segi akidahnya mahupun peraturan yang lahir dari akidah tersebut [Nizamul Islam, Taqiyuddin an-Nabhani].

Sedikit Mengenai Komunisme dan Kapitalisme

altKomunisme adalah satu cabang dari ideologi Sosialisme yang pernah wujud sebagai sebuah kuasa besar dunia suatu ketika dahulu sebagai pesaing kepada ideologi Kapitalisme, setelah Islam diruntuhkan sebagai sebuah ideologi pada tahun 1924 di Turki, setelah runtuhnya Daulah Khilafah. Ideologi Komunisme menyatakan bahawa alam semesta, manusia dan juga kehidupan, semuanya adalah ‘material’. Mereka meyakini bahawa material adalah asal dari segala sesuatu. Melalui perkembangan dan evolusi material-lah, benda-benda lainnya (dari tidak ada) menjadi ada. Bagi golongan ini, di sebalik alam material ini, tidak ada lagi alam lain. Mereka berpegang bahawa material bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), qadim (terdahulu) dan tidak seorang pun yang mewujudkannya. Dengan kata lain, ia bersifat wajibul wujud (wajib adanya). Penganut ideologi ini mengingkari penciptaan alam ini oleh Zat Yang Maha Pencipta. Mereka mengingkari aspek kerohanian, dan beranggapan bahawa pengakuan adanya aspek rohani merupakan sesuatu yang merbahaya bagi kehidupan. Agama dianggap sebagai candu yang meracuni masyarakat dan menjadi penghalang kepada suatu pekerjaan/perbuatan. Bagi mereka, tidak ada sesuatu yang wujud kecuali hanyalah material. Ini berarti mereka mengingkari adanya Sang Pencipta dan mengingkari adanya sesuatu sebelum dan sesudah kehidupan dunia. Yang mereka akui hanyalah kehidupan dunia ini sahaja.

Kapitalisme pula merupakan sebuah ideologi yang tegak atas dasar pemisahan agama denganalt kehidupan (sekularisme). Idea ini menjadi akidahnya, sekaligus sebagai qiyadah fikriyah (kepemimpinan berfikir), serta qaidah fikriyah (kaedah berpikir)-nya. Berlandaskan qaidah fikriyah ini, mereka berpendapat bahawa manusia berhak membuat peraturan hidupnya sendiri. Mereka pertahankan kebebasan manusia yang terdiri dari kebebasan berakidah, berpendapat, berkepemilikan, dan kebebasan peribadi (bertingkah laku). Dari kebebasan hak milik inilah lahirnya sistem ekonomi Kapitalis, yang termasuk perkara yang paling menonjol dalam mabda’ (ideologi) ini atau yang dihasilkan oleh akidah mabda’ ini. Karena itu, mabda’ tersebut dinamakan mabda’ Kapitalisme, sebuah nama yang diambil dari aspek yang paling menonjol dalam mabda’ tersebut.

Kelahiran ideologi ini bermula pada saat Kaisar (Caesars) dan raja-raja di Eropah dan Rusia menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat. Para pemuka agama waktu itu dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbulah pergolakan sengit, yang kemudian membawa kebangkitan bagi ahli falsafah dan cendekiawan. Sebagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak. Sedangkan yang lainnya mengakui adanya agama, tetapi menyerukan agar dipisahkan dari kehidupan dunia. Sampai akhirnya pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan itu cenderung memilih idea yang memisahkan agama dari kehidupan, yang kemudian menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan negara. Disepakati pula pendapat untuk tidak ‘mempermasalahkan’ agama, dilihat dari segi apakah diakui atau ditolak. Yang pentingnya, bagi pendokong ideologi ini, agama itu harus dipisahkan dari kehidupan. Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang menghendaki segalanya harus tunduk kepada mereka (atas alasan agama) dengan ahli-ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari peranan agama dalam kehidupan.

Setelah berjaya menakluk negeri-negeri umat Islam, Barat telah menyuntik ideologi Kapitalisme ini ke dalam umat. Mereka melantik pemerintah dari kalangan kaum Muslimin sendiri sebagai talibarut mereka lalu mereka mengajar pemerintah yang jahat dan khianat ini dengan ideologi mereka. Dengan habuan dunia yang diberi, maka pemerintah ini pun memeluk erat ideologi kufur ini, lalu mereka pun mula memerintah dengan memisahkan agama dari kehidupan. Mereka mula membuat undang-undang sendiri dengan mengenepikan undang-undang Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan kekallah mereka seperti itu hinggalah ke hari ini.

Setelah dunia Timur melihat kebobrokan Kapitalisme yang dibawa oleh dunia Barat, maka muncullah pula ideologi Komunisme, dan ideologi baru ini mula merebak ke seluruh dunia, sehingga sampai ke Malaysia. Namun, kelestarian Komunisme tidak lama apabila negara kuasa besar penganutnya tumbang. Di Malaysia, hancurnya Komunisme dan PKM adalah setelah kedatangan British buat kali kedua. Malangnya kebanyakan rakyat Malaysia tidak sedar bahawa penjajah kuffar British adalah penganut dan pengembang ideologi Kapitalis, yang sememangnya musuh kepada Komunisme. Setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, Jepun terpaksa menyerah kalah dan British berjaya menguasai semula Tanah Melayu. Sepanjang penguasaannya ke atas Tanah Melayu, rakyat tidak sedar bahawa British bukan sekadar berjaya menjajah negara, malah mereka berjaya menjajah ‘hati dan pemikiran’ penduduk Tanah Melayu, khususnya umat Islam, agar membenci ideologi Komunisme dan mencintai serta mengamalkan ideologi Kapitalime yang mereka bawa.

Berbeza sedikit dengan idea asal komunisme, penganut ideologi ini (khususnya PKM) di Malaysia yang berketurunan Melayu masih tetap menganggap Islam sebagai ‘agama’. Sebab itulah kita sering mendengar bahawa mereka masih lagi percya kepada Tuhan, menjaga solat, berpuasa dan seumpamanya. Namun Islam hanyalah sebatas ‘agama’ bagi mereka, dan Islam langsung tidak menjadi ‘cara hidup’ (way of life) mereka. Hal ini sesungguhnya langsung tidak berbeza dengan ideologi Kapitalis yang dipegang oleh para pemimpin umat Islam dan juga sebahagian besar dari umat Islam itu sendiri. Para pemerintah berideologi Kapitalis ini, termasuklah di Malaysia, hanyalah menjadikan Islam sebatas ‘agama’ di mana Islam hanya dianut mereka sekadar untuk bersolat, berzakat, berpuasa dan menunaikan haji. Namun mereka tidak pernah menjadikan Islam sebagai way of life mereka. ‘Cara hidup’ mereka adalah Kapitalisme, yakni satu cara hidup yang memisahkan antara agama dan kehidupan (faslu deen ‘anil hayah - sekularisme). Malah mereka akan menentang habis-habisan jika ada usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam dalam konteks pemerintahan.

Sesungguhnya pegangan mereka saling tak tumpah dengan komunis dari segi mengingkari Islam sebagai ‘cara hidup’, malah pemerintah penganut Kapitalis ini jauh lebih berbahaya dari Komunis. Mereka menindas rakyat, memakan harta rakyat, mengaut segala kekayaan negara untuk membuncitkan perut-perut mereka yang durjana itu. Mereka berpakaian kemas dan segak, memiliki kekayaan yang tak ternilai, tinggal di istana-istana mewah jutaan ringgit, bijak dalam bermanis muka, pandai bermain kata-kata dan licik dalam melakukan pelbagai kemunafikan kepada rakyat. Semuanya demi kuasa, demi pangkat, demi mengaut habuan dunia sebanyak-banyaknya dan demi mengekalkan takhta. Inilah ‘jasa dan kebaikan’ pemerintah Kapitalis yang cuba menerangkan kepada rakyat bahawa Komunisme adalah satu ideologi yang bahaya dan mesti dihalang!

Islam -vs- Kapitalisme & Komunisme

Sejak Rasulullah SAW mula diutus, baginda telah mendakwahkan Islam sebagai sebuah ‘cara hidup’. Namun, oleh sebab Rasulullah dan umat Islam kala itu (semasa di Mekah) masih belum memiliki negara, maka Islam sebatas menjadi anutan secara individu dan secara berjemaah sahaja. Setelah tegaknya Daulah Islamiyyah di Madinah pada tanggal 1 Hijrah, maka deenul Islam telah muncul sebagai sebuah cara hidup dalam bentuk bernegara (pemerintahan). Bermula dari Madinah, Islam sebagai sebuah mabda’ (ideologi) yang datangnya dari wahyu telah berjaya menguasai dunia selama lebih 1400 tahun dan menebarkan qiyadahnya hingga hampir dua per tiga dunia. Para Khalifah menjadi penjaga ideologi suci ini berkurun-kurun lamanya hinggalah akhirnya ia berjaya diruntuhkan oleh Mustafa Kamal laknatullah pada 1924 yang justeru terus menggantikan ideologi negara Turki kepada Kapitalis-sekular. Sejak itu hingga sekarang, maka sirnalah Islam sebagai sebuah ideologi yang pernah menerangi dunia. Sebelumnya, Islam sebagai suatu mabda’ yang mengandungi fikrah dan thariqah yang diterapkan di tengah-tengah kehidupan umatnya mahupun manusia amnya, telah berjaya membawa suatu tamadun yang me‘manusia’kan manusia. Di sepanjang sejarah penerapan dan peradabannya, ideologi Islam membawa rahmat kepada seluruh alam - berbeza sama sekali dengan dua ideologi kufur (Kapitalis dan Komunis) buatan manusia yang kita saksikan pada hari ini.

Sejak runtuhnya Daulah Khilafah pada 1924, tidak ada lagi Negara Islam yang menerap dan mengembangkan ideologi Islam. Pemimpin umat Islam rata-ratanya memeluk ideologi Kapitalis, termasuklah Malaysia. Mereka menyeru agar kita menolak Komunisme, namun mereka merangkul erat ideologi Kapitalisme, dan dalam waktu yang sama mereka mengekang Islam habis-habisan. Jika ada gerakan Islam yang memuhasabah mereka untuk menegakkan agama Allah, maka para pemimpin Kapitalis ini tanpa peri kemanusiaan sedikit pun terus menghalang dan menangkap para pejuang Islam ini. Ideologi Kapitalisme seolah-olah menjadi sebuah ‘berhala’ sembahan mereka sehingga jika ada gerakan Islam yang membawa ideologi Islam untuk melawan kesesatan mereka itu, maka mereka akan menentangnya dengan sepenuh kekuatan. Mereka berkerja siang dan malam untuk mempertahankan ideologi kufur ini, walaupun realitinya kini Kapitalisme yang mereka ‘sembah’ itu semakin menyembah bumi dengan pelbagai krisis, kerosakan, kebatilan dan kezaliman yang dibawanya. Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa kedua-dua ideologi kufur Komunis dan Kapitalis telah gagal untuk mensejahterakan umat Islam khususnya dan dunia amnya, malah kita sentiasa menyaksikan bagaimana umat Islam dan sebahagian besar manusia semakin menderita dan sengsara akibat kedua-duanya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Chin Peng mengakui bahawa dia adalah seorang penganut ideologi Komunis, namun seluruh pemimpin kaum Muslimin, termasuklah pemimpin kalian hari ini tidak pernah menyebut secara jelas hakikat bahawa mereka adalah pemeluk ideologi Kapitalisme yang hina ini. Hal ini adalah jauh lebih berbahaya. Mereka menghisap darah kalian, merampas harta kalian dan mengaut segala kekayaan kalian. Hasil bumi yang kalian miliki dirampas mereka, cukai-cukai yang haram dikenakan ke atas kalian, pendidikan sekular diajar kepada anak-anak kalian dan kalian terpaksa membayar untuknya. Rawatan kesihatan mereka jadikan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan dari kalian. Keamanan untuk kita dan anak-anak kita banyak mereka abaikan, anak-anak kita diculik, dirogol dan dibunuh sedangkan mereka dan anak-anak mereka hidup mewah dikelilingi pengawal 24 jam. Ibu-ibu dan kakak-kakak kita menjadi mangsa ragut dan rogol, rumah kita dipecah dan dirompak, namun rumah mereka bak istana dan keluarga (kroni) mereka terjaga rapi. Saudaraku, inilah pemerintah berideologi Kapitalis yang berbicara kepada kita bahawa Komunisme adalah sebuah ideologi yang bahaya dan mesti ditolak!!!

Wahai kaum Muslimin! Bandingkanlah kejahatan dan kesesatan yang dibawa oleh Chin Peng dan kejahatan serta kesesatan yang dibawa oleh Lord Reid. Bayangkan selama lebih 50 tahun kalian diperintah dengan hukum kufur di bawah ‘kitab suci’ Lord Reid yang dipegang dan diterapkan oleh para pemimpin kalian sepenuh hati. Bagi para perajurit yang ingin membunuh Chin Peng, tidak terdetikkah di hati kalian untuk ‘membunuh’ ajaran Lord Reid, yang kerananyalah pemikiran kalian sudah terjajah selama 52 tahun, dan kerananyalah hukum Allah terhalang dari ditegakkan di bumi Malaysia ini? Tidakkah kalian sedar yang kuffar British memerintah bumi ini beratus tahun lamanya berbanding Komunisme yang hanya memerintah kalian dahulu selama 3 minggu, namun mereka (British) berjaya menjadikan kalian membenci ideologi Komunisme, namun sayangkan ideologi mereka, walhal ideologi mereka adalah lebih jahat dan lebih sesat dari Komunisme? Sesungguhnya Komunisme dan Kapitalisme adalah mabda’ kufur buatan manusia dan tidak layak untuk diambil, hanya Islamlah satu-satunya mabda’ yang datangnya dari Allah ‘Azza wa Jalla yang wajib dianuti oleh umat manusia dan dapat menyelamatkan manusia dari penderitaan hidup di dunia dan akhirat. Dan mabda’ Islam akan pasti kembali memerintah dunia apabila Daulah Khilafah tertegak tidak lama lagi. Wallahu a’lam.
Last Updated on Thursday, 23 July 2009 19:33

Thursday, July 23, 2009

Larangan Syara' Berkenaan Tabarruj (Berhias) Ke Atas Wanita


Soalan: Saya tahu bahawa Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka, adakah ia dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang kelihatan hanya sedikit dan tidak menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab biasanya berjalan dijalan-jalan dan mereka tidak menarik perhatian?

Jawapan:

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].

Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ

kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,

إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]

Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman;

جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.


Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta
Sumber: Islamic revival
Last Updated on Thursday, 23 July 2009 00:19

Saturday, July 18, 2009

8. Khilafah Kali Kedua 14??H/20??M

Khilafah Ala Minhaj An-Nubuwwah 14??H/20??M
1. Janji Rasulullah SAW tiba - kemunculan Daulah Khilafah atas minhaj Kenabian untuk kedua kalinya. (ALLAHU AKBAR)

2. Penyatuan negara-negara kaum Muslimin di bawah Daulah Khilafah. Runtuhnya negara-negara nasionalisme. (ALLAHU AKBAR)

3. Jihad dilancarkan. Islam memerintah dunia. Runtuhnya negara-negara kufur dan Ideologi Kapitalis. (ALLAHU AKBAR)

KHABAR GEMBIRA DARIPADA RASULULLAH SAW
Dari Nu'man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

"Telah datang masa Kenabian di tengah-tengah kalian, sesuai dengan kehendak Allah, kemudian masa kenabian itu akan diangkat oleh Allah hingga masa itupun berlalu, kemudian akan datang masa Kekhilafahan atas Manhaj Kenabian, yang akan tetap ada selama Allah berkehendak, lalu masa itupun berlalu. Kemudian akan datang masa Mulkan Adhan (kekuasaan yang represif), yang akan tetap ada selama Allah mengkehendaki, lalu masa ituoun berlalu. Kemudian akan datang masa Mulkan Jabariyyah (kekuasaan kuku besi) selama Allah mengkehendaki, lalu masa itupun berlalu atas kehendak Allah. Kemudian akan datang masa Kekhilafahan atas Manhaj Kenabian, kemudian (Baginda) diam."

(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi)

-Alhamdulillah-

7.2 Umat Islam Tanpa Khilafah (Bahagian 2)

1424H/2003M
Amerika menjajah Iraq, atas tuduhan memiliki senjata pemusnah besar-besaran. Dilaporkan 120,000 umat Islam terbunuh sepanjang 2003-2005. 5 juta kehilangan nyawa akibat embargo (sekatan), 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat radiasi nuklear.
[Perang Iraq-AS, COMES:2003]

1425H/2004M
1. 9 Muharam/29 Feb - 20,000 umat Islam Indonesia berhimpun bagi mendesak pelaksanaan hukum syariah yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Indonesia.

2. 29 Syaaban/25 Oktober - Pembunuhan umat Islam Thailand secara tragis di pekan Tak Bai, wilayah Narathiwat oleh tentera kuffar Thailand - 78 daripada 1300 orang yang ditahan meninggal dunia akibat sesak nafas dan ditembak secara rambang oleh pihak tentera Thailand.

3. 24 Dzulkaedah/26 Disember - Bencana Tsunami yang mengorbankan 200,000 umat Islam.

1426H/2005M
1. 4 Jumadil Akhir/7 Julai - Serangan bom kota London - Strategi dan propaganda Barat untuk menyerang umat Islam.

2. 28 Syaaban/30 September - Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW oleh akhbar terbesar Denmark Morgenavisen Jyllands-Posten yang menyiarkan sebanyak 12 karikatur memburukkan Nabi Muhammad SAW.

1427H/2006M
1. 16 Jumadil Akhir/12 Julai - Serangan Israel ke atas negeri umat Islam Lubnan selama 34 hari - menelan korban lebih 1,300 umat Islam dengan 15,000 buah rumah musnah serta 900,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

2. 3 Rejab/28 Julai - Bantahan jalanan yang disertai ahli-ahli Hizbut Tahrir di Malaysia bersama-sama kaum Muslimin daripada pelbagai gerakan Islam bagi menentang kekejaman zionis Israel dan penyokongnya Amerika dan Britain semasa lawatan Condoleeza Rice untuk menghadiri mesyuarat menteri-menteri ASEAN.

3. 20 Rejab/14 Ogos - Kekalahan Israel oleh Pejuang Hizbullah - 119 anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh.

4. 19 Syaaban/12 September - Kata-kata biadap Pope Benedict XV di Jerman yang menyamakan Jihad sebagai suatu yang jahat dan tidak berperikemanusiaan di Regensburg, Jerman.

5. 9 Zulhijjah/30 Disember - Bekas Persiden Iraq, Saddam Hussein dihukum bunuh.

1428H/2007M
1. 20 Rejab/4 Ogos - Hizbut Tahrir, UK menganjurkan Konferen Khilafah sempena memperingati 86 tahun (Hijrah) runtuhnya Khilafah.

2. 24 Muharam/12 Februari - Hizbut Tahrir Palestin mengadakan demonstrasi membantah Zionis (Israel) yang ingin menguasai Masjid al-Aqsa.

3. 1 Rejab/15 Julai - Peristiwa menyedihkan dengan pembunuhan umat Islam di Masjid Merah oleh pemimpin boneka Amerika - Musharraf di Pakistan.

4. 29 Rejab/12 Ogos - Persidangan Khilafah anjuran Hizbut Tahrir di seluruh dunia menyerukan penegakan syariat dan Khilafah. Konferens Khilafah Internasional (KKI) yang terbesar di dunia telah diadakan di Indonesia dan turut diadakan di Malaysia, Palestin, Britain, Australia, Ukraine, Turki dan beberapa negara lain di seluruh pelusuk dunia di mana Hizbut Tahrir bergerak aktif.

5. 16 Ramadhan/28 September - Hizbut Tahrir Bangladesh bersama kaum Muslimin mengadakan masyirah membantah kebiadaban akhbar Protom Alo yang jelas-jelas menentang Islam.

6. 17 Zulhijjah/27 Disember - Pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto.

(next : Kekhilafahan mengikut Jalan Kenabian)

7.1 Umat Islam Tanpa Khilafah 1342-14??H/1924-20??M (Bahagian 1)

1342H/1924M
1. Daulah Khilafah dihancurkan dengan rasminya.

2. Khilafah dihapuskan secara mutlak oleh Mustafa Kamal (pengkhianat) dengan bantuan Penjajah barat, berakhirlah pemerintahan Islam yang berusia 1,300 tahun.

Nabi SAW bersabda (yang bermaksud):
"Sesiapa sahaja mati tanpa bai'at (kepada Khalifah) di pundaknya, maka matinya adalah mati Jahiliyyah"
(HR Muslim)

3. Sekularisme diumumkan di Turki.

4. Pergerakan Khilafah muncul di India.

1343H/1925M
1. Pakaian Islam untuk lelaki dan wanita digantikan dengan pakaian Barat dalam usaha "permodenan" di Turki. Hijab bagi wanita diharamkan.

2. Kalendar dan cuti Islam dihapuskan di Turki.

3. Undang-undang keluarga Islam digantikan dengan undang-undang Barat di Turki.

4. Mustafa Kamal (pengkhianat) mati akibat penyakit kelamin. Ketika saat kematiannya hampir tiba, dia menyarankan Duta British di Turki untuk menjadi Presiden Turki. Duta tersebut menolak.

1346H/1928M
1. Hassan al-Banna mendirikan al-Ikhwan al-Muslimin di Mesir.

2. Tulisan Arab digantikan dengan huruf Latin di Turki.

1358-1364H/1939-1945M
Perang Dunia Kedua.

1360H/1941M
Penubuhan Jamiat al-Islami oleh Maulana Abu 'Ala al-Maududi.

1367H/1947M
Resolusi 181-PBB mengiktiraf negara haram Israel. Membahagikan hak penempatan di Palestin, 56%-Yahudi, 42%-penduduk Arab.

1367H/1948M
Rejim Zionis laknatullah mengisythiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel.

1368H/1949M
Pengambil alihan kekuasaan Amerika yang pertama di Syria. Husni az-Zaim berkuasa.

1371H/1952M
Jamal Abdul Naser berkuasa di Mesir melalui pengambil alihan kekuasaan yang didalangi Amerika.

1372H/1953M
Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani mendirikan sebuah parti politik Hizbut Tahrir untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan mendirikan Negara Khilafah.

1375H/1956M
British, Perancis dan Israel menyerang Mesir. Sinai dan Gaza dikuasai oleh mereka. Mesir menerima resolusi PBB untuk menerima pasukan PBB berada di Sinai. Hal ini sebenarnya dirancang oleh Amerika.

1377H/1957M
Negara Malaysia muncul.

1379H/1960M
Jamal Abdul Naser menyesatkan umat Islam dengan menyerukan Nasionalisme Arab.

1386H/1967M
Al-Quds (Jerusalem), Tebing Barat, Gaza dan Sinai dijajah oleh Israel.

1387H/1968M
Pengambil alihan kekuasaan yang dirancang oleh British di Iraq, membawa Ahmad Hassan al-Bakar berkuasa. Awal kemunculan Saddam Hussein.

1388H/1969M
Muammar Qadafi berkuasa di Libya melalui rancangan pihak British.

1390H/1970M
Peristiwa September Hitam. Pembunuhan umat Islam di Jordan, ribuan telah terbunuh di tangan pihak bersenjata Raja Hussein Jordan dan Pasukan Bersenjata Arafat.

1397H/1977M
Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani (Pengasas Hizbut Tahrir) meninggal dunia.

1399H/1979M
Khomeini berkuasa di Iran melalui revolusi yang dirancang oleh Amerika.

1399H/1979M
1. Soviet Rusia menjajah Afghanistan.

2. Jutaan kaum Muslimin dibunuh. Setelah kaum Muslimin mengalahkan Soviet, pemimpin mereka mulai berperang sesama sendiri.

3. Saddam Hussein dari Iraq memulakan perang Iraq-Iran, ratusan ribu kaum Muslimin terbunuh.

1402H/1982M
1. Israel menyerang Lubnan. Mereka membantu militan Kristian untuk melakukan pembunuhan di Sabra dan Shatila.

2. Peperangan dan kelaparan mendominasi Afrika disebabkan peraturan yang dilaksanakan oleh Barat, Rusia, PBB, IMF dan Bank Dunia.

3. Ratusan ribu manusia terkorban.

1410H/1990M
Perang Teluk Kedua yang dirancang dengan rapi oleh Amerika. Ratusan ribu kaum Muslimin terkorban.

1411H/1991M
1. Persidangan Madrid: Israel, PLO, Jordan, Syria dan negara-negara lain bertemu melalui tekanan dari Amerika, bertujuan untuk membantu Israel melalui proses damai.

2. Kristian Serbia melakukan serangan pemerkosaan, penyeksaan dan pembunuhan ribuan kaum Muslimin di Bosnia.

1411H/1991M
Keruntuhan Soviet Union. Sebuah kepastian dari kegagalan Maxisme. Amerika telah berjaya dalam usahanya untuk memusnahkan Soviet Union.

1414H/1993M
Perjanjian Oslo telah ditandatangani antara Israel dengan PLO di Washington yang membelakangkan hak-hak umat Islam Palestin.

1415H/1994M
Pembunuhan di Masjid Hebron; seorang penduduk Yahudi telah membunuh kaum Muslimin ketika mereka sedang solat Subuh berjemaah. 60 terkorban, 300 cedera parah.

1417H/1996M
1. Israel menyerang Lubnan untuk menunda pelaksanaan perjanjiannya dengan PLO.

2. Israel membuka terowong al-Aqsa, sebagai satu lagi usaha untuk menunda perjanjiannya.

3. Taliban mengambil alih kekuasaan di Afghanistan.

1421H/2000M
Persidangan Khilafah Antarabangsa diadakan di Jakarta yang dihadiri oleh sekitar 5,000 peserta dari berbagai daerah di Indonesia.

1422H/2001M
1. Runtuhnya Menara WTC di New York, akibat remuhan oleh kapal terbang.

2. Perang melawan terorisme (baca: Islam) dipropagandakan oleh Amerika Syarikat ke seluruh dunia untuk menghancurkan Islam dan menghalang kebangkitan kaum Muslimin.

1423H/2002M
1. Amerika menduduki Afghanistan dan meletakkan agennya Hamid Karzai sebagai Presiden.

2. Masyirah (tunjuk perasaan) "Selamatkan Indonesia dengan Syariah" di Jakarta, Indonesia, diikuti sekitar 15,000 peserta, "long march" dari Monas ke depan bangunan DPR/MPR.

(next post : 7.2 Umat Islam tanpa Khilafah (Bahagian 2))

6.2 Kekhilafahan Uthmaniyyah (Bahagian 2)

1142-1167H/1730-1754M
Khalifah Mahmud I.

1149H/1737M
Tentera Rusia dan tentera Austria dikalahkan oleh tentera Islam.

1151H/1739M
1. Perjanjian Belgrade dengan Rusia dan Austria.

2. Belgrade dan banyak kawasan-kawasan lain diserahkan kepada Negara Islam.

1167-1170H/1754-1757M
Khalifah Utsman III.

1170-1186H/1757-1773M
Khalifah Mustafa III.

1184H/1771M
Armada laut Rusia ditumpaskan oleh armada laut Islam.

1186-1203H/1773-1789M
Khalifah Abdul Hamid I.

1186H/1773M
Rusia kalah di darat oleh kaum Muslimin.

1187H/1774M
Rusia mengalahkan kaum Muslimin; perjanjian damai ditandatangani.

1198-1201H/1784-1787M
Rusia dan Austria merampas banyak kawasan dari wilayah kaum Muslimin.

1203-1221H/1789-1807M
Khalifah Salim III.

1203H/1789M
1. Austria menakluki Belgrade dan Serbia.

2. Rusia menakluki Bandar.

1212-1213H/1798-1799M
Nepoleon Bonapart mengambil alih Mesir dan membawa masuk kebudayaan Perancis.

1204H/1790M
1. Perjanjian damai dengan Austria.

2. Belgrade dan Serbia kembali ke pangkuan Negara Islam.

1215H/1801M
Nepoleon ditundukkan di 'Akka (Palestin).

1215H/1801M
1. Nepoleon dikalahkan di Iskandariah dalam Pertempuran Laut Abu Qir.

2. Perjanjian damai dengan Perancis.

1218H/1804M
Tentera Rasmi dibentuk, disamping pasukan Inkishari.

1220H/1806M
Rusia dan British menyerang Daulah Khilafah.

1221-1222H/1807-1808M
Khalifah Mustafa IV.

1221H/1807M
1. British dikalahkan setelah mengepung Bosporus.

2. Muhammad Ali mengalahkan British di Rashid. British meninggalkan Mesir sepenuhnya.

3. Perjanjian damai di antara Perancis dan Rusia dengan kaum Muslimin.

1222-1254H/1808-1839M
Khalifah Mahmud II.

1232H/1817M
Serbia memisahkan diri dari Negara Islam.

1241H/1826M
1. Revolusi Yunani gagal.

2. Athen dibebaskan.

3. Tentera Inkishari dibubarkan, digantikan dengan tentera rasmi.

1243H/1828M
1. Eropah membantu Yunani untuk memisahkan diri dari Negara Islam.

2. Tentera rasmi melawan Rusia.

3. Rusia mengembalikan banyak wilayah Islam yang ditakluki ke pangkuan kaum Muslimin, setelah perjanjian damai.

1245H/1830M
1. Perancis mengambil alih Algeria.

2. Khilafah mula menerima pakai peraturan dan perundangan dari Eropah.

1254-1277H/1839-1861M
Khalifah Abdul Majid I.

1269H/1853M
Perang al-Qim; Khilafah, Perancis dan British melawan Rusia.

1276H/1860M
Perancis mengambil alih Syria untuk menolong orang-orang Nasrani.

Imam as-Syaukani (wafat 1873M)

1277-1293H/1861-1876M
Khalifah Abdul Aziz I

1277H/1861M
Perancis berundur dari Syria.

1280H/1864M
Serbia merdeka; akan tetapi masih di bawah perlindungan Negara Islam.

1283H/1867M
Serbia merdeka; tentera kaum Muslimin berundur sepenuhnya.

1285-1296H/1869-1879M
Perancis menggali terusan Suez.

1293H/1876M
Khalifah Murad V.

1293-1327H/1876-1909M
Khalifah Abdul Hamid II.

1293H/1876M
1. Revolusi Bulgaria dengan bantuan Rusia gagal.

2. Serbia menyerang kaum Muslimin dengan bantuan Rusia, kaum Muslimin mengalahkan mereka dan mengambil alih Bulgaria dan seluruh Serbia.

1294H/1877M
1. Rusia dan Romania dikalahkan setelah menyerang kaum Muslimin.

2. Rusia dan Hungary mengambil alih Pleven (Bulgaria Utara).

3. Rusia dikalahkan dan Kaisar dibebaskan. Rusia telah kalah sebanyak enam kali.

1295H/1878M
1. Rusia mengambil alih Sofia, Pleven dan Edrine (Turki).

2. Perjanjian damai dengan Rusia.

3. Bulgaria dan Serbia merdeka.

4. Edrine dan kawasan lain kaum Muslimin kembali ke tangan kaum Muslimin.

1327-1336H/1909-1918M
Khalifah Muhammad V.

Khilafah dikawal oleh kaum Nasionalis Turki.

1329H/1911M
Umat Islam Libya melawan Itali di Tripoli.

1330H/1912M
Perang Balkan melawan Yunani, Bulgaria dan Serbia. Kaum Muslimin kalah.

1331H/1913M
Pergerakan Sanusiyah yang bermula di Libya melawan Itali.

1332-1336H/1914-1918M
Perang Dunia Pertama: KaumMuslimin kalah dalam perang tersebut dan Negara Islam semakin mengecil.

1334H/1916M
1. Syarif Husain di Mekah mengkhianati Khilafah dan bersekongkol dengan Perancis dan British untuk menentang Khilafah.

2. Persetujuan Sykes-Picol oleh beberapa kuasa besar Eropah untuk menguasai negeri-negeri kaum Muslimin.

1335H/1917M
Balfour, Perdana Menteri British, berjanji akan memberikan orang Yahudi sebuah tanah air di Palestin.

1336-1340H/1918-1922M
Khalifah Muhammad VI.

1338H/1920M
1. Mustafa Kamal Attarturk (Pengkhianat) menguasai pemerintahan di Turki.

2. Negara Islam dibahagi-bahagikan di antara pihak-pihak yang bersekutu untuk mewujudkan pemerintahan Nasionalisme Arab dan Turki di seluruh kawasan yang diduduki.

1340-1342H/1922-1924M
Khalifah Abdul Majid II

1340H/1922M
1. Kekuasaan Khilafah dihapuskan.

2. Khalifah Abdul Majid tidak memiliki kekuasaan.

1341H/1923M
Mustafa Kamal (Pengkhianat) mendeklarasikan penubuhan Republik Turki dan melarang azan dalam bahasa Arab.

(next post : 7.1 UMAT ISLAM TANPA KHILAFAH (Bahagian 1))

6.1 Kekhilafahan Uthmaniyyah 923-1342H/1517-1924M (Bahagian 1)

923-926H/1517-1520M
Khalifah Salim I.

923H/1517M
1. Al-Mutawakkil (Khalifah Abbasiyyah yang terakhir) turun dari jawatannya sebagai Khalifah untuk Salim I (Khalifah Uthmaniyyah).

2. Perang al-Ahram: Mesir dibebaskan oleh Uthmaniyyah.

926-973H/1520-1566M
Khalifah Sulaiman II.

927H/1521M
1. Belgrade (Yugoslavia) dibebaskan.

2. Gereja terbesar telah diubah menjadi masjid (Aya Sofia) di mana Khalifah Sulaiman mendirikan solat Jumaat.

928H/1522M
Rhodesia dibebaskan.

932H/1526M
Buda (separuh dan Budapest, Hungary) dibuka; Raja Louis dibunuh.

933H/1527M
Austria menguasai Buda.

935H/1529M
Buda kembali dibebaskan, Austria mundur.

938H/1532M
Algeria dibebaskan oleh Uthmaniyyah dari Sepanyol.

940H/1534M
1. Tabriz dibebaskan kembali.

2. Uthmaniyyah memerintah Baghdad.

941H/1535M
1. Tunisia dibebaskan oleh Uthmaniyyah dari Sepanyol.

2. Pulau Crete dibebaskan.

945H/1539M
Perdamaian dengan Austria yang setuju untuk membayar Jizyah.

947H/1541M
Pest (separuh Budapest, Hungary) dibebaskan Khilafah Islam. Raja Austria mundur.

949H/1543M
Niche (Selatan Perancis) dibebaskan untuk waktu yang singkat.

956H/1549M
Sulaiman meminta Ibrahim al-Halabi untuk menulis sebuah buku berkenaan Perundangan Islam yang bertajuk Multaqa al-Abhur. Sulaiman diberi gelaran sebagai Sulaiman al-Qanuni.

967H/1560M
Tentera laut Uthmaniyyah mengalahkan Sepanyol di Jerba.

972H/1565M
Pulau Malta dikepung.

973H/1566M
1. Szeged (Szigetva di Hungaria) dibebaskan.

2. Khalifah Sulaiman II sakit dan meninggal dunia ketika pasukan Islam diambang kemenangan.

973-982H/1566-1574M
Khalifah Salim II

976H/1568M
Austria setuju untuk meneruskan pembayaran Jizyah.

979H/1571M
1. Pulau Cyprus dibebaskan.

2. Paus menggabungkan Venice dan Sepanyol untuk mengambil alih kembali Cyprus.

980H/1572M
Sepanyol menguasai Tunisia.

981H/1573M
1. Perdamaian dengan Venice.

2. Cyprus kembali ke pangkuan Negara Islam. Venice membayar denda ketenteraan.

982-1003H/1574-1595M
Khalifah Murad III.

983H/1575M
Polonia memilih untuk tinggal di bawah Daulah Khilafah.

985H/1577M
Kirgistan dibebaskan.

986H/1578M
1. Portugis menyerang Maghribi (Moroko).

2. Maghribi dibebaskan dari Portugis.

991H/1583M
Tajikistan dibebaskan.

998H/1590M
Sharwan, Luristan dan Azerbaijan dibebaskan secara damai.

1003-1012H/1595-1603M
Khalifah Muhammad III.

1004H/1596M
Orlo (Hungary) dibebaskan; Austria kalah.

1012-1026H/1603-1617M
Khalifah Ahmad I

1015H/1606M
Perdamaian dengan Austria, Austria berhenti membayar Jizyah.

1026-1027H/1617-1618M
Khalifah Mustafa I (Pengangkatan Pertama)

1027-1031H/1618-1622M
Khalifah Usman II

1031H/1622M
Golongan Inkishari (tentera khas) menjadi terlalu kuat dan berpengaruh sekaligus mula berperanan menukar Khalifah sekehendak mereka.

1031-1032H/1622-1623M
Khalifah Mustafa I (Pengangkatan Kedua)

1032H/1623M
Shah Abbas menakluki Baghdad.

1034H/1625M
1. Missionaris pertama berada di Lebanon dan mula meracuni pemahaman umat Islam terhadap Islam.

2. Serangan Missionaris bermula.

1032-1050H/1623-1640M
Khalifah Murad IV.

1045H/1635M
Tabriz dibebaskan kembali oleh Khilafah.

1048H/1638M
Baghdad dibebaskan kembali oleh Daulah Khilafah.

1050-1058H/1640-1648M
Khalifah Ibrahim I.

1055H/1645M
Pulau Crete dibebaskan kembali.

1058-1098H/1648-1687M
Khalifah Muhammad IV

1073H/1663M
Kota Neohazel (Austria) dibebaskan.

1083H/1672M
1. Limburg dibebaskan untuk jangka waktu yang singkat.

2. Poland dikalahkan dan setuju untuk membayar Jizyah.

1094H/1683M
Vienna dikepung untuk kali terakhir. Banyak kawasannya berjaya dibuka, tetapi Paus memanggil negeri-negeri Eropah untuk membantu Austria bagi mengalahkan kaum Muslimin.

1097H/1686M
Austria, Polan, Venice, Malta, Rusia dan Paus telah membuat perjanjian suci dan berhasil merampas kembali Budapest dan Neohazel.

1098-1102H/1687-1691M
Khalifah Sulaiman II

1099H/1688M
1. Samadriah, Qlumbaz dan Belgrade terlepas ke tangan musuh.

2. Kaum Muslimin kehilangan kawalan ke atas kota Udine dan Niche di Eropah.

1101H/1690M
Samandriah, Belgrade, Udine dan Niche dirampas kembali.

1102-1106H/1691-1695M
Khalifah Ahmad II.

1106-1114H/1695-1703M
Khalifah Mustafa II.

1106-1114H/1695-1703M
1. Khalifah Mustafa menyerang Rusia.

2. Seluruh negara Eropah menyerang Negara Islam.

1114-1142H/1703-1730M
Khalifah Ahmad III.

1123H/1711M
Khalifah Ahmad mengepung Tzar Rusia tetapi panglima pasukan Muslimin melakukan pengkhiatan kepada Khalifah kerana rasuah dan membebaskan Tzar dengan satu perjanjian.

(next post : 6.2 Kekhilafahan Uthmaniyyah Bahagian 2)

5.2 Kekhilafahan Abbasiyyah (Bahagian 2)

656H/1258M
1. Hulagu Khan menakluki Baghdad dan membunuh Khalifah: Kaum Tatar membunuh 1.6 juta orang Islam. Dua pengkhianat iaitu Ibn al-Alqami dan Nasiruddin at-Tusi membantu kaum Tatar.

2. Titik ke arah perubahan yang lebih parah terhadap intelektual kaum Muslimin yang memang telah merosot.

3. Ketiadaan Khalifah selama 3.5 tahun.

4. Malik al-Muzafar Qutuz (dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Ayn Jalut. (Palestin)

Imam an-Nawawi (620-676H/1223-1277M)

659-660H/1261-1262M
Al-Mustanshir Billah II
Khalifah terakhir di Baghdad.

660-700H/1262-1301M
Khalifah al-Hakim Bi-Amrillah I

660H/1262M
Banyak kelompok-kelompok Tatar memeluk Islam.

663H/1265M
1. Ibn al-Ahmar mengalihkan kembali 32 kota di Andalus (Sepanyol).

2. Hulagu Khan, Raja Tatar meninggal dunia.

680H/1281M
1. Al-Malik Al-Mansur Qalawun (dari MEsir) mengalahkan kaum Tatar di Syria.

2. Sultan Qalawun membebaskan Tripoli (Syria) dari kaum Salib setelah 150 tahun.

692H/1293M
Islam tersebar di kalangan tentera Tatar.

698-726H/1299-1326M
Usman I, Sultan Uthmaniyyah yang pertama. Beliau berperang melawan kerajaan Rom.

Ibnu Taimiyah (661-728H/1263-1328M)

700-739H/1301-1339M
Khalifah al-Mustakfi Billah I.

726-729H/1326-1329M
Qurkhan I, Sultan Uthmaniyyah yang kedua. Beliau menaklukkan Asia Kecil (Turki).

Ibnu Katsir (699-775H/1300-1373M)
Ibnu al-Qayyim al-Jawziyah (wafat 1350M)

739-741H/1339-1341M
Khalifah al-Watsiq Billah I.

741-763H/1341-1352M
Khalifah al-Hakim Bi Amrillah II.

729-763H/1329-1362M
Murad I, Sultan Uthmaniyyah yang ketiga.

753-763H/1352-1362M
Khalifah al-Mu'tadhid Billah I.

762H/1361M
Murad membebaskan Adranah.

763-785H/1362-1383M
Khalifah al-Mutawakkil 'Alallah I.
(Pengangkatan pertama)

766-808H/1365-1405M
Timurlenk memulai perang terhadap kaum muslimin.

785-685H/1383-1386M
Khalifah al0Watsiq Billah II.

788-790H/1386-1388M
Khalifah al-Mu'tasim.

790-808H/1388-1405M
Khalifah al-Mutawakkil 'Alallah I.
(Pengangkatan kedua)

785H/1383M
Murad membebaskan Sofia.

791H/1389M
Perang Kosovo: Murad mengalahkan Serbia (Yugoslavia).

791-803H/1389-1401M
Bayazid I, Sultan Uthmaniyyah keempat.

795H/1393M
1. Bulgaria dibebaskan Bayazid.

2. Perancis dan German dikalahkan.

3. Timurlenk menakluki Baghdad, pertama kali.

803H/1401M
1. Timurlenk menakluki Baghdad, yang kedua kali.

2. Timurlenk menakluki sebahagian Syria.

804H/1402M
1. Timurlenk menakluki Ankara, Bayazid ditawan.

2. Bayazid dibebaskan, banyak kawasan kaum Muslimin dibebaskan.

805-824H/1403-1421M
Muhammad Halabi, Sultan Uthmaniyyah kelima.

807-815H/1405-1412M
Khalifah al-Musta'in Billah.

815-845H/1412-1441M
Khalifah al-Mu'tadhid Billah II.

824-855H/1421-1451M
Murad II, Sultan Uthmaniyyah keenam.

825-831H/1422-1428M
Murad menakluki kembali kawasan yang ditakluki Timurlenk.

Ibn Hajar (wafat 879H/1474M)

834H/1431M
Albania ditakluki oleh Murad II.

845-854H/1441-1450M
Khalifah al-Mustakfi Billah II.

854-858H/1450-1454M
Khalifah al-Qaim Bi Amrillah.

855-886H/1451-1481M
Muhammad II, Sultan Uthmaniyyah ketujuh.

857H/1453M
Konstantinopel (Istanbul) dibebaskan oleh Muhammad II, yang kemudian mendapat gelaran Al-Fateh yang bererti "Pembuka".

858-884H/1454-1479M
Khalifah al-Mustanjid Billah.

862-864H/1458-1460M
Serbia (Yugoslavia) dibebaskan.

884-892H/1479-1487M
Khalifah al-Mutawakkil Alallah II.

885H/1480M
Sebahagian kepulauanYunani ditakluki oleh Muhammad al-Fateh.

886-918H/1481-1512M
Bayazid II, Sultan Uthamniyyah kelapan.

892-914H/1487-1508M
Khalifah al-Mutamsik Billah.

897H/1492M
1. Jatuhnya Granada.

2. Inkuisisi Sepanyol. Pemerintahan Islam di Sepanyol berakhir.

Imam as-Suyuti (876-939H/1471-1533M)

914-923H/1508-1517M
Khalifah al-Mutawakkil 'Alallah III.

918-926H/1512-1520M
Salim I, Sultan Uthmaniyyah kesembilan.

920H/1514M
Tabriz (Iran) ditakluki, Shah Ismail dikalahkan.

922H/1516M
Perang Mari Dabigi, Syria ditakluki oleh Bani Uthamniyyah.

(next, 6.1 Kekhilafahan Uthmaniyyah Bahagian 1)

Sunday, July 12, 2009

5.1 Kekhilafahan Abbasiyyah (132-923H/750-1517M) - Bahagian 1

132-136H/750-754M
Khalifah Abu al-Abbas as-Saffah

Pemerintahan yang berpusat di Kuffah, Iraq.

136-158H/754-775M

Khalifah Abu Jafar al-Manshur

138-148H/756-766M
Pembangunan kota Baghdad

Imam Syafi'e (150-205H/767-820M)

158-168H/776-786M
Khalifah al-Mahdi


Al-Khawarizmi (163-235H/780-850M)

168-169H/785-786M
Khalifah al-Hadi

169-193H/786-809M

Khalifah Harun ar-Rasyid
Pembebasan banyak kawasan Rom

Imam Ahmad bin Hanbal (164-242H/781-856M)
Imam Muslim (wafat 218H/833M)
Al-Kindi (185-255H/801-859M)

193-197H/809-813M
Khalifah al-Amin


197-218H/813-833M

Khalifah al-Ma'mun

Imam al-Bukhari (200-254/816-878M)


218-227H/833-842M
Khalifah al-Mu'tasim Billah


222H/837M

Khalifah menyahut seruan seorang muslimah yang meminta pertolongan kerana ditawan oleh pihak Romawi dan Khalifah melancarkan jihad untuk menyelamatkannya.
'Ammuriah dibuka.
30,000 tentera Romterbunuh dan 30,000 yang lain ditawan.

Imam Abu Dawwud (209-284H/824-897M)

227-232H/842-847M
Khalifah al-Watsiq Billah

Imam Ibnu Majah (216-282H/831-895M)


232-247H/847-861M
Khalifah al-Mutawakkil Alallah

Al-Fargani (wafat 247H/861M)

Imam an-Nasa'i (222-313H/837-925M)


247-248H/861-862M
Khalifah al-Muntashir Billah

248-252H/862-866M
Khalifah al-Munta'in Billah

252-255H/866-869M
Khalifah al-Mu'tazz Billah

Zakaria ar-Razi (250-318H/864-930M)

255-256H/869-870M
Khalifah al-Muhtadi Billah

255-279H/870-892M
Khalifah al-Mu'tamid 'Alallah

Di abad ke-4 Hijrah, pintu ijtihad ditutup setelah al-Qalfal mengeluarkan fatwa melarang ijtihad. Bagaimanapun, faktanya masih terdapat banyak mujtahid dalam Negara Islam.

Imam at-Tirmidzi (wafat 306H/918M)
Al-Farabi (256-339H/870-950M)

279-289H/892-902M
Khalifah al-Mu'tadid Billah

286H/899M
Kemunculan golongan Qaramita.
Kemudian, golongan ini dihancurkan pada 458H.

Imam at-Tabrani (wafat 320H/932M)

289-295H/902-908M
Khalifah al-Muktafi Billah

295-321H/908-933M
Khalifah al-Muqtadir Billah

300H/913M
Al-Hambra Qasr (Istana al-Hambra) dibina di Seville, Andalusia.

318H/930M
Qaramita menyerang Makkah ketika musim haji dan mencuri Hajar al-Aswad.

321-322H/933-934M
Khalifah al-Qahir Billah

322-328H/940-944M
Khalifah ar-Radhi Billah

328-332H/944-945M
Khalifah al-Muttaqi Lillah

332-333H/944-945M
Khalifah al-Mustakfi Billah

333-363H/945-974M
Khalifah al-Muti Lillah

325H/947M
Sayf ad-Dawiah mendirikan pemerintahan Hamadiyin di Allepo.

358H/969M
Kota Kaherah (Cairo) dibangun.

359-361H/970-972M
1. Al-Muiz membina Universiti al-Azhar untuk menyebarkan fahaman fatimiyyah.
2. Salahuddin al-Ayyubi kemudian membersihkan al-Azhar dari fahaman fatimiyyah.

Al-Biruni (362-440H/973-1048M)

363-381H/974-991M
Khalifah at-Tha'i lillah

Ibnu Sina (369-428H/980-1037M)

377H/987M
Masjid Agung Cordova dibina.

381-422H/991-1031M
Khalifah al-Qadir Billah

286-412H/996-1021M
Al-Hakim Bi-Amri as-Syaitan (bukan Bi-Amrillah) memerintah Mesir.

Imam Ibn Hazm (384-346H/994-1064M)

422-466H/1031-1074M
Khalifah al-Qaim Bi-Amrillah.

428H/1037M
Kaum saljuk dipimpin oleh Tughril menakluki Khurasan.

437H/1046M
Paus (Pope) Urban II memulai Perang Salib Pertama.

Imam al-Ghazali (450-504H/1058-1111M)

452H/1060M
Kepulauan Sisili dibebaskan.

462H/1070M
Alb Arsalan mengalahkan tentera Rom. Rajanya ditawan dan dibebaskan setelah membayar tebusan.

466-487H/1074-1094M
Khalifah al-Muqtadi Bi Amrillah

483H/1090M
Permulaan kelompok al-Batiniyyah, dihapuskan pada 1256M.

487-512H/1094-1118M
Khalifah al-Mustazhir Billah.

492H/1099M
1. Kelompok Batiniyyah muncul di Asfahan.
2. Kaum Salib menguasai Jerusalem dengan pertolongan golongan Fatimiyyah.

500-501H/1107-1108M
Kaum Salib menakluki Tripoli dan sebagian Syria.

502H/1109M
Yusuf ibn Tasfin al-Barbar mengalahkan kaum Salib di Andalusia.

Imam Sarkasyi (wafat 506H/1112M)

512-529H/1118-1135M
Khalifah al-Mustarsyid Billah

Ibnu Rusyd (520-594H/1126-1198M)

529-530H/1135-1136M
Khalifah ar-Rasyid Billah

530-555H/1136-1160M
Khalifah al-Muqtafi Li Amrillah

543H/1148M
Khayruddin Zinki mengalahkan kaum Salib di dekat Damsyik (Damaskus)

555-565H/1160-1170M
Khalifah al-Mustanjid Billah

554-589H/1169-1193M
1. Salahuddin memerintah Mesir.
2. Kaum Fatimiyyah dikalahkan.
3. Pembersihan Universiti al-Azhar dari fahaman fatimiyyah.

565-574H/1170-1179M
Khalifah al-Mustadhi Bi Amrillah.

566H/1171M
Salahuddin membina tembok Kaherah (Cairo)

Ibn 'Asakir (wafat 589H/1193M)

575-622H/1179-1225M
Khalifah an-Nasir Li Dinillah

583H/1187M
Salahuddin mengalahkan kaum Salib di Hittin (Palestin), al-Quds (Jerusalem) dan Syria dibebaskan.

589H/1193M
Salahuddin meninggal dunia.

616H/1219M
Kaum Salib menguasai Dumiat (di Mesir)

617H/1219M
Genghis Khan (Tatar) menakluki Turkistan, Bukhara, Samarkhan dan Khurasan.

618H/1221M
Al-Malik Al-Kamil membebaskan Dumiat.

622-623H/1225-1226M
Khalifah Zahir Bi Amrillah

Imam Ar-Razi (wafat 1228M)

623-640H/1226-1242M
Khalifah al-Mustanshir Billah

626H/1229M
Kaum Salib menguasai Jerusalem buat kali kedua.

Ibnu Qudamah (wafat 640H/1242M)

640-656H/1242-1258M
Khalifah al-Mu'tasim Billah

642H/1244M
Jerusalem dibebaskan kembali.

647H/1249M
Kaum Salib melancarkan serangan ketujuh dan yang terakhir terhadap kaum muslimin, dipimpinoleh Louis IX, juga menemui kegagalan. Kemenangan di pihak kaum muslimin.

654H/1256M
Kekalahan mutlak kaum Batiniyyah di tangan kaum Tatar. (Mongul)

UMAT ISLAM HIDUP TANPA KHALIFAH SELAMA 3.5 TAHUN
(656-659H/1258-1261M)

(bersambung 5.2 Kekhilafahan Abbasiyyah - Bahagian 2)

Saturday, July 11, 2009

4. Kekhilafahan Bani Umayyah (41-132H/661-750H)

41-60H/661-680M
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan

41H/661M
Muawiyah menjadi Khalifah selepas Hasan memberikan bai'atnya.

43H/663M
Burqaha (Libya) dan Kuwar (Sudan) dibebaskan.

43-51H/663-671M
Banyak negeri di Asia dibebaskan.

60-63H/680-683M
Khalifah Yazid bin Muawiyah.

63H/683M
Khalifah Muawiyah bin Yazid.

64-73H/683-692M
Abdullah bin Zubayr menjadi Khalifah. Dia dibunuh oleh golongan Umawiyyun.

63-73H/683-692M
Khalifah Marwan bin al-Hakam.

65H/684M
Perang Karbala, Husain terbunuh.

72H/691M
Kubah Batu (Dome of the Rock) dibina di Jerusalem.

72-86H/692-705M
Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

77-86H/696-705M
Banyak kota-kota Rom dibebaskan.

79-84H/698-703M
Keseluruhan Afrika Utara dibebaskan.

85H/705M
Turkistan dibebaskan.

86-96H/705-715M
Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.

87H/706M
1. Pembesaran Masjid an-Nabawi.

2. Pembesaran Bukhara dan tempat-tempat lain.

92H/711M
Andalusia dan sebahagian Perancis dibebaskan.

93H/712M
1. Sind dan Punjab (India) dibebaskan.

2. Khawarizm dan Samarqand dibebaskan.

94H/713M
Kabul (Afghanistan) dibebaskan.

96H/715M
Tus dibebaskan.

96-98H/715-717M
Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.

1) Imam Zayd bin Ali (81-124H/700-742M)
2) Imam Abu Hanifah (81-151H/700-768M)
3) Imam Ja'afar (81-151H/700-768M)
4) Ibnu Ishaq (89-157H/708-774M)
5) Imam Malik (94-181H/713-797M)

98-101H/717-720M
Khalifah Umar bin Abdul Aziz

1. Tiada kemiskinan dalam Daulah Khilafah.
2. Tiada orang yang layak menerima zakat.
3. Dana dari zakat digunakan untuk membebaskan hamba abdi di Eropah.

101-105H/720-724M
Khalifah Yazid bin Abdul Malik

Jabir ibn Hayyan (721-815M)

105-125H/724-743M
Khalifah Hisham bin Abdul Malik

114H/732M
Pertempuran Balat as-Syuhada di tengah Perancis.

125-126H/743-744M
Khalifah al-Walid binYazid ibnu Abdul Malik.

126H/744M
Khalifah Yazid bin al-Walid.

126H/744M
Khalifah Ibrahim bin al-Walid.

Penterjemahan buku-buku Hellenistik (falsafah Yunani) ke bahasa Arab. Ini mengakibatkan lahirnya golongan Mutakallimin, seperti Muktazilah, Jabariah, Ahlussunnah dan lain-lain.

126-132H/744-750M
Khalfah Marwan bin Muhammad

137H/755M
Abdurrahman ad-Dakhil memulakan pemerintahan di Andalusia.

Friday, July 10, 2009

3. Khulafa' Ar-Rasyidun (11-41H/632-661M)

11-13H/632-634M
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ra.

11H/632M
1. Para sahabat melantik (membai'at) Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra sebagai khalifah yang pertama.

2. Meneruskan misi Usamah bin Zaid.

3. Khalifah Abu Bakar ra memerangai golongan murtad dan suku-suku Arab yang enggan membayar zakat.

11H/633M
1. Perang Yamamah: Islam berjaya membebaskan selatan Syria.

2. Penaklukan al-Hirah di Iraq.

3. Pengumpulan al-Quran: al-Quran dikumpulkan dalambentuk buku diketuai oleh Zaid bin Tsabit.

13H/634M
1. Peperangan Ajnadin di Palestin.

2. Saidina Abu Bakar ra meninggal dunia.


13-23H/634-644M
Khalifah Umar bin al-Khattab ra.

13H/634M
Perang Yarmuk di bawah pimpinan Khalid al-Walid: Islam menang.

14H/635M
1. Damaskus dibebaskan.

2. Perang di Hieromaks, Syria: Islam dan kaum Muslimin menang.

15H/636M
Pembebasan bandar Sur, bandar Akka dan bandar Haifa di Palestin.

16H/637M
1. Pasukan kaum Muslimin yang dipimpin oleh panglima Amru al-Ash membebaskan Kota Hebron di Palestin.

2. Perang Jalula': Parsi dikalahkan.

3. Ibu kota Imperium Parsi, Ctesifon dibebaskan.

17H/638M
1. Perang al-Qadisiyyah.

2. Jerusalem dibebaskan secara damai.

18H/639M
1. Penyusunan Kalendar Hijrah.

2. Para sahabat menetapkan permulaan tarikh Hijrah berdasarkan kepada peristiwa paling penting dalam sejarah Islam, iaitu hijrahnya Nabi SAW dari Mekah ke Madinah untuk mendirikan Negara Islam.

20H/641M
Kota Babylon dan Alexanderia dibebaskan.

21H/642M
1. Seluruh kawasan Mesir dan Tripolo dibebaskan.

2. Perang Nahawand: Islam menang.

3. Keruntuhan Empayar Parsi.

22H/643M
1. Armenia dibebaskan dengan damai.

2. Azerbaijan, Hamazan dan Asfahan dibebaskan.

23H/644M
1. Khurasan dibebaskan.

2. Khalifah Umar rs dibunuh oleh seorang Majusi.

23-35H/644-656M
Khalifah Uthman bin Affan ra.

28H/648M
Pulau Cyprus dibebaskan.

29H/649M
Pulau Rhodes dibebaskan.

31H/652M
1. Naisapur dibebaskan.

2. Pembukuan al-Quran diketuai Zaib bin Tsabit, dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

35H/656M
Khalifah Uthman ra dibunuh di Madinah.

35-41H/656-661M
Khalifah Ali bin Abi Thalib ra.

38H/658M
Perang Jamal: Peperangan di antara Khalifah Ali ra dengan penentangnya yang diketuai oleh Aisyah ra.

39H/659M
Perang Siffin: Perang antara Khalifah Ali ra dengan penentangnya yang diketuai oleh Muawiyah.

Hasan al-Basri (643-732M)

40H/660M
Perang Nahrawan: Perang melawan golongan Khawarij.

41H/661M
Khalirah Ali ra dibunuh di Kufah.

41H/661M
Khalifah Hassan bin Ali

41H/661M
Hasan mengundurkan diri setelah 6 bulan.

2. Rasulullah Muhammad SAW (1-11H/622-632M)

Hijrah

1H/622M

1. Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat berhijrah ke Madinah.

2. Pihak Quraisy merancang untuk membunuh Rasulullah SAW namun gagal atas pertolongan Allah SWT dan baginda pun berhijrah ke Madinah ditemani oleh sahabat baginda, Saidina Abu Bakar as-Sidiq.

1H/622M

Fasa Dakwah Ketiga

Tahapan Penerapan Syariat Islam
(marhalah Tahtbiq Ahkamul Islam):
4 langkah utama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam tahapan ini:

1. Mendirikan Masjid sebagai tempat solat, berkumpul, bermusyawarah dan mengatur pelbagai urusan kaum Muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka.

2. Membina Ukhuwwah Islamiyyah -
Rasulullah SAW menjalin persaudaraan di antara kaum Muhajirin dan Ansar.

3. Membuat piagam (perlembagaan) Madinah yang mengatur hubungan di antara kaum Muslimin dan juga kaumYahudi.

4. Menyusun strategu politik dan ketenteraan

2H/624M

Perang Badar: Pihak kaum Muslimin menang. 313 tentera Muslimin berhadapan dengan 1000 orang Musyrikin Mekah. Ini merupakan peperangan pertama dan penting dalam sejarah Islam.

3H/625M
Perang Uhud: Pihak kaum Muslimin terpukul. Beberapa orang dari pasukan Muslimin mengabaikan perintah Nabi Muhammad SAW dengan meninggalkan posisi penting di medan perang. Nasbi SAW sendiri terluka.

5H/627M
1. Perang Khandaq (Ahzab): Islam dan kaum Muslimin menang. Selepas peperangan ini pihak Quraisy tidak mampu lagi untuk melancarkan serangan terhadap kaum Muslimin.

2. Perang Bani Quraizah: Islam menang.

3. Perjanjian Hudaybiyah: Perjanjian damai dengan jangka waktu maksimum 10 tahun antara kaum Muslimin dengan kaum Quraisy. Langkah politik Nabi SAW yang bijak ini antara lain untuk menghancurkan kesepakatan antara pihak Quraisy dan Yahudi Khaibar sehingga kekuatan pihak Quraisy semakin melemah.

4. Masa damai ini digunakan sepenuhnya oleh Rasulullah dan para sahabat untuk berdakwah menyebarkan Islam ke seluruh Jazirah Arab.

5. Rasulullah SAW mengutus surat kepada para pemimpin dunia untuk mengajak mereka kepada Islam.

6. Perang Khaibar: Islam menang.

8H/629M
1. Perang Mu'tah: Perang antara pihak Islam dan pihak Rom. 3,000 orang Islam berhadapan dengan 200,000 tentera kuffar.

2. Pembukaan Mekah: Setelah pihak Quraisy melanggar Perjanjian Hudaybiyah, Mekah akhirnya dibebaskan oleh Nabi SAW.

3. Perang Hunayn: Islam menang.

9H/631M
1.Perang Taif: Islam menang.

2. Perang Tabuk: Pasukan Rom berundur.

3. Tahun Perutusan.

4. Suku-suku Arab yang lain di Semenanjung Arab memberikan bai'at mereka kepada Nabi SAW.

11H/632M
1. Haji Wada: 100,000 kaum Muslimin menghadirinya.

2. Nabi Muhammad SAW mempersiapkan bala tentera Usamah bin Zaid untuk menyerang kerajaan Rom.

3. Ayat terakhir turun
"Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan atas kamu nikmat-Ku dan telah Aku redha Islam sebagai agama kamu"
(TMQ. Al-Maidah [4]:3)
4. Rasulullah SAW wafat.

1. Sebelum Wujudnya Negara Islam

570M
1. Kekalahan Abrahah di dalam usahanya untuk memusnahkan Ka'bah.
2. Kelahiran Muhammad SAW. Ayah baginda, Abdullah meninggal dunia sebelum baginda lahir.

576M
Ibu Muhammad SAW, Aminah meninggal dunia ketika baginda berumur 6 tahun.

594M
Muhammad SAW berkahwin dengan Khadijah.

610M
Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul (Utusan) Allah semasa baginda berada di Gua Hira'.
Bermulanya dakwah Rasulullah SAW.
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan"
(TMQ. al-Mudatsir [74]: 1-2)


Mulanya Fasa Dakwah Pertama:
Tahapan Pembinaan dan Pengkaderan
(marhalah Tatsqif wat Taqwin):

3 langkah utama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
1. Pemantapan Aqidah.
Sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang memeluk Islam dibina oleh Rasulullah SAW di rumah Arqam bin Abi Arqam.

2. Pembentukan Syaksiyyah Islamiyyah.
Rasulullah SAW membentuk syaksiyyah Islamiyyah (aqliyah dan nafisyah Islamiyyah) kepada para sahabat.

3. Pembentukan kutlah (kelompok) dakwah.
Rasulullah SAW membentuk sebuah kutlah (kelompok) yang dianggotai oleh para sahabat yang telah memeluk Islam.

613-620M
"Maka sampaikanlah secara terang-terangan apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik"
(TMQ. al-Hijr [15]:94)

Rasulullah SAW menzahirkan kewujudan kutlah dengan keluar dalam dua kelompok mengelilingi Ka'bah. Masing-masing dipimpin oleh Hamzah bin Abd al-Mutalib dan Umar bin al-Khattab.


Fasa Dakwah Kedua:
Tahapan Interaksi dan Perjuangan
(marhalah Tafa'ul wal Kiffah):

3 langkah utama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW:
1. Syira'ul Fikri (Pertarungan pemikiran)
Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW menyerang orang-orang kafir dan segala bentuk kekufuran.
"Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah bahan bakar neraka jahannam"
(TMQ. al-Anbiya' [21]:98)

2. Kifahus siyasi (Perjuangan Politik):
Al-Quran dengan tegas menyerang para pembesar dan para pemimpin masyarakat kerana kesombongan mereka dalam menerima kebenaran dan sikap buruk mereka dalam mempertahankan kekufuran. Al-Quran juga menentang cara hidup mereka yang sesat, serta tindakan mereka yang menghalangi manusia dari jalan Allah (Islam). Al-Quran juga membongkar tipu daya mereka serta mengungkap persekongkolan mereka. Kesan daripada perjuangan politik ini, berlakunya penindasan, penganiayaan, penyeksaan, pembunuhan dan pemulauan ke atas umat Islam. Bilal bin Rabah diseksa manakala keluarga Yasir dibunuh.

3. Tholabun nusrah (mendapatkan pertolongan daripada ahlul quwwah [orang-orang yang memiliki kekuasaan] bagi tujuan perlindungan politik untuk mendirikan Negara Islam):
Rasulullah SAW mendatangi beberapa kabilah bagi mendapatkan nusrah tanpa bersyarat seperti Bani Hanifah, Bani Amir bin Sha'sha'ah, Bani Thaqif, Bani Kindah, Bani Kilab dan lain-lain namun tidak berjaya.

621M
1. Bai'at Aqabah Pertama:
12 orang penduduk Yatsrib (Aus dan Khazraj) membai'at (janji setia) kepada Nabi SAW.

2. Rasulullah SAW mengutus Mush'ab bin 'Umair bersama mereka (rombongan Yatsrib) untuk menyeru dan mengajarkan Islam kepada mereka di Yatsrib.

3. Sebahagian besar penduduk Yatsrib (Madinah) memeluk Islam.

622M
1. Suku Aus dan Khazraj datang ke Mekah dan memberikan nusrah kepada Rasulullah SAW tanpa bersyarat.

2. Bai'at Aqabah kedua: 75 orang dari suku Aus dan Khazraj termasuk 2 wanita membai'at Rasulullah SAW untuk taat setia kepada baginda dan menyerahkan kepimpinan Yatsrib (Madinah) kepada Rasulullah SAW.

Menyaksikan kerja-kerja "Jabatan Cuaca" Kerajaan Allah

Sabtu, 11 Julai 2009. (antara 6.55 pagi - 7.10 pagi)

1. Pagi ini, aku tak tidur semula selepas solat Subuh sebab nak basuh pakaian.

2. Masa tengah mengisi baju-baju kemeja dalam mesin basuh, aku perasan ada awan mendung kat sebahagian besar langit (area kiri langit), kecuali kat bahagian matahari terbit (area kanan langit) sahaja nampak sedikit cahaya kemerahan. Sambil berfikir, 'nak hujan agaknya'...aku teruskan kerja-kerja isi baju dalam mesin, tekan butang start, air pun masuk, taruk sabun dan tutup penutup mesin.
Habis kat situ dulu cerita nampak awan mendung.

3. (mesin basuh terletak kat luar rumah, bahagian belakang dapur) Aku masuk semula dalam rumah, ON laptop sebab nak baca berita, taruk makanan ikan dalam 2 akuarium. Teringat pula ikan kat luar (ada fountain/pool/kolam kecik aku bela ikan kat depan rumah aku) belum makan, aku cari kunci rumah dan buka pintu, buka mangga kat grill dan buka kunci grill.

Masa pintu dibuka, aku rasa sejuk kat muka sebab angin kencang bertiup dari arah kiri (kiri area yg ada byk awan mendung) ke arah kanan (kanan pula bahagian matahari terbit) sampai bergerak-gerak sakan pokok buluh aku. (aku tanam pokok buluh hiasan kat area peti surat).

4. Terseronok sekejap dengan fenomena angin kuat tu, aku pun sedut nafas dalam-dalam dan terkedu sambil senyum sendirian, aku keluar sikit dari area pintu dan terus tengok sekeliling (dongak tgk langit) untuk menyaksikan kesan awan ditiup angin. Nampak awan seperti dihancur-hancurkan dek tiupan angin tu. (best)
Teringat semula agenda sebenar nak bagi ikan makan. aku pun pergi kat fountain ikan.
Notice air ikan dah kurang sikit, (sebab burung gembala kerbau suka mai mandi dalam kolam ikan tu sambil kelepiaq-kelepiaq sayap menyebabkan air kolam terpercik keluar, hasilnya air berkurangan) aku pun tarik paip air, buka pili, on da way nak ke kolam ikan, aku siram pokok-pokok dalam pasu sekitar laman rumah, dan akhirnya, start tambah air dalam pool ikan tu. (ikan guppy je)

5. Air pool pun dah penuh, dan aku perasan dah tak rasa sejuk, dah takde angin rupanya, langit pun dah cerah. "aik, mana pegi awan mendung yg sebahagian besar memenuhi ruang langit tadi? kejap ja dah cerah ni..."
aku pun teringat angin kencang yg tiup dari arah kiri ke kanan tadi.
maka automatik kepala aku toleh kanan dan dongak ke langit.

Subhanallah...awan medung yg tadinya penuh di langit bahagian kiri langit, kini dah berkumpul di sebelah kanan langit dan nampak kelihatan seperti terus bergerak laju dan seperti tersebar dipecah-pecahkan oleh angin.

Teringat terjemahan kata-kata Allah (yg banyak) dalam Quran berkenaan awan/angin/hujan:
"...demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. "
(Surah Al-Baqarah, sebahagian ayat 164)

Alhamdulillah (terima kasih Allah), dengan keluasan rahmat-Mu, aku boleh sidai kain sbb langit dah tak mendung lagi. Terima kasih kerana mengizinkan aku menyaksikan tanda-tanda keEsaan-Mu.

hmm...
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(Surah Ar-Rahman)

Thursday, July 2, 2009

Presiden Perancis, Sarkozy Melabel Burqa sebagai Simbol Perhambaan


Presiden Sarkozy melabel burqa sebagai simbol perhambaan tetapi tidak menghiraukan penindasan ke atas wanita di Negara sekular liberal Perancis

London, UK, 26 Jun 2009- Di dalam satu ucapan kepada Parlimen Perancis hari Isnin yang lepas, Presiden Nicolas Sarkozy menyatakan dengan jelas tentang pandangan beliau keatas pemakaian burqa dengan mengatakan bahawa ianya adalah satu simbol perhambaan ke atas wanita. Beliau berkata,” Burqa itu bukanlah satu tanda mahupun simbol agama,malahan ianya hanyalah satu lambang penindasan dan penghinaan ke atas wanita. Saya secara serius ingin menyatakan bahawa perbuatan memakai burqa ini adalah sesuatu yang tidak dialu-alukan di wilayah kita.

Adalah sesuatu yang melucukan apabila kita mendengar Tuan Presiden Sarkozy bercakap tentang perhambaan ke atas wanita, sedangkan beliau sendiri telah berkahwin dengan seorang bekas model bogel bernama Carla Bruni- satu profesion yang mana majoriti dari wanita merasakan ianya adalah sesuatu yang amat jelas menunjukkan wanita dijadikan hamba seks para lelaki.


Pada ketika beliau mengecam pemakaian burqa, dengan tanpa segan silu beliau sengaja tidak menghiraukan perhambaan dan penindasan wanita di Negara sekular liberal Perancis di mana :
* 2 juta wanita mengalami penderaan rumahtangga
* 400 wanita dibunuh setiap tahun oleh pasangan mereka
* Dianggarkan 38,000 orang wanita diperkosa setiap tahun

Sarkozy meneruskan kecaman dan penghinaannya ke atas burqa dengan menyatakan bahawa para wanita yang memakai burqa adalah seperti “banduan yang dikurung dibelakang jeriji besi, diasing dari kehidupan, dinafikan hak membentuk dan mengenali identiti diri mereka.

Akan tetapi,ironiknya kita sebenarnya melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Jika diperhatikan, ramai golongan wanita Muslimah yang mengatakan bahawa pengharaman pemakaian tudung kepala di Perancis pada saat ini telah sebenarnya menyebabkan mereka merasa tertindas.

Beliau membuat kesimpulan di atas komentarnya dengan mengatakan “Segala pandangan mestilah dinyatakan....saya ingin menegaskan, kita tidak perlu malu dengan nilai-nilai sebenar kita, dan kita tidak perlu takut dalam mempertahankan pandangan-pandangan kita.”

Merujuk kepada komen-komen ini, jurucakap media muslimah Hizbut Tahrir Britain, Sultanah Parvin berkata,” Sarkozy sepatutnya berasa malu dengan nilai-nilai sekular-liberalyang didokongnya. Beliau dengan megah mempamerkan penafian hak secara terbuka,merendahkan martabat dan memandang golongan yang mahu mengamalkan dan berpegang pada ajaran asas agama mereka yang tidak selari dengan prinsip kehidupannya sebagai warganegara kelas dua.

Beliau sepatutnya merasa hina apabila mempertahankan nilai-nilai yang membenarkan para lelaki mengeksploitasi tubuh badan wanita untuk mengaut keuntungan dan sebuah masyarakat yang menghidang tubuh badan wanita untuk tatapan dan keseronokan umum. Adalah satu pembohongan yang amat besar dan hipokrit apabila beliau melaungkan kebebasan dan pada masa yang sama bercakap tentang pengharaman ke atas wanita Muslimah dari berpakaian menurut ajaran agama mereka. Sememangnya terdapat lebih banyak lagi perkara yang perlu dimalukan oleh Sarkozy dan para pengikutnya jika didedahkan.

”Pendedahan ini jelas menunjukkan bahawa pada ketika masyarakat umum di UK terus menunjukkan kemarahan keatas golongan yang mendokong perkauman seperti ketika British National Party(BNP) memperolehi kerusi di Pilihanraya Eropah, pendokong Liberalisasi telah dengan selesanya menjumpai sebuah rumah yang aman di dalam halaman penuh kekuasaan, iaitu Perancis. “

”Sememangnya,wanita muslimah tidak memerlukan pendidikan tentang hak-hak wanita dari seorang lelaki yang mempergunakan wanita untuk kepentingan dirinya dan seorang penzina yang meraih kemahsyuran kerana berkahwin dengan seorang model bogel.”

”Kesungguhan dan usaha yang tidak berhasil oleh Presiden Sarkozy dan kerajaan Perancis dalam menghalang wanita muslimah dan bukan muslim menentang sekular liberalisasi di Perancis dan diseluruh dunia dan mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian yang satu bagi segala permasalahan kehidupan baik kerohanian, sosial mahupun politik, adalah amat jelas dan nyata. Pemikiran busuk dan rosak sekular liberal kapitalis telah mewujudkan phenomena kebiadaban terhadap wanita didalam sesebuah masyarakat sebagai satu kebiasaan dan harus diterima."

”Sebaliknya, nilai-nilai dan sistem perundangan Islam menawarkan sebuah masyarakat yang memartabatkan dan mengangkat maruah wanita, mengukuhkan institusi kekeluargaan, dan menjamin kerjasama yang sihat dan menurut syarak antara lelaki dan wanita didalam kehidupan umum sementara pada masa yang sama menjaga maruah kedua-duanya."
Wallahu alam
Last Updated on Wednesday, 01 July 2009 22:28