Saturday, June 6, 2009

3.1 - Suatu Pagi Di Sebuah Seminar

(...sambungan post 3-Solat Subuh, Mustahilkah?)
Saya pernah menghadiri sebuah seminar kedoktoran di salah sebuah kota di Amerika. Saya terkejut mengetahui bahawa sesi pertama seminar tersebut bermula jam 6:00 pagi. Benar, jam 6:00 pagi!

Saat itu waktu solat Subuh agak lewat, dan saya selesai mengerjakan solat Subuh lebih kurang jam 6:15 pagi. Kemudian saya bergegas menuju ke tampat seminar saat itu juga. Dalam perjalanan saya membayangkan -dengan yakin- akan mendapati dewan kosong. Siapa yang mahu datang pagi-pagi buta seperti ini untuk menghadiri seminar?

Setiba di dewan seminar, saya terkejut. Apa yang saya temui jauh dari bayangan sebelumnya. Ternyata dewan sudah penuh sesak. Mungkin ada sekitar 3000 orang. Hampir-hampir saya duduk di paling belakang.

Sambil mendengar isi seminar, saya tidak habis-habis berfikir, bagaimana mereka bisa mengatur hidupnya sehingga bisa mendatangi pertemuan ilmiah -yang 'hukum'nya sekadar bersifat pilihan, bukan kewajiban- pada jam 6:00 pagi? Di saat yang sama, mengapa sebahagian umat Islam tidak bisa mengatur hidupnya untuk melaksanakan solat, yang mana hukumnya merupakan kewajiban, bukannya pilihan?

Saya yakin, jika umat Islam mampu memenuhi panggilan solat Subuh ini, nescaya Allah akan mengukuhkan agamanya di muka bumi ini.

Ketiga: Kita tinggalkan orang-orang Amerika, mari kita lihat diri kita.

Ketika anda pergi ke Iskandariah, atau ke Aswan atau barangkali ke London atau ke Paris dengan waktu keberangkatan keretapi atau pesawat jam 6:00 pagi, bisakah dengan potensi fizikal anda tiba di pesawat atau keretapi tepat pada waktunya? ataukah anda tidak mampu menjangkaunya?

Apakah ada kelonggaran bagi anda untuk datang terlambat ke stesen atau terminal? Atau, kelonggaran tidak berlaku pada masalah ini, sehingga anda pun mampu datang tepat waktu agar tidak tertinggal?!

Ketika anda bekerja di tempat yang jauh dan pekerjaan dimulai jam 7:00 pagi, apakah anda bisa bangun di waktu fajar atau sebelumnya untuk pergi ke tempat anda bekerja? atau anda akan selalu meminta izin daripada boss anda setiap hari kerana kondisi anda tidak memungkinkan untuk pergi pagi-pagi? Atau kerana kondisi fizikal anda merasa sangat penat/lemah?

Mengapa kita tidak bisa minta izin daripada boss kita, padahal dia cuma seorang manusia biasa. Namun di sisi lain, kita dengan begitu mudah setiap hari "meminta izin" daripada Allah SWT -yang telah menciptakan kita dan juga menciptakan boss kita- untuk terlambat mendirikan solat subuh?

Cuba renungkan. Kalau seandainya ada seorang kaya raya berjanji akan memberi anda wang setiap hari pada pukul 5:00 pagi sebanyak RM1 ribu jika anda datang tepat pada waktunya, apakah anda akan mendatanginya? Apakah anda akan beralasan bahawa anda tidur terlambat, atau kerana anda terikat dengan janji pada sebelah petang, sehingga anda tidak bisa datang?

Cuba bayangkan. Sekiranya anda benar-benar datang kepadanya dan mendapat RM10 ribu setiap hari, nescaya anda akan melakukan ini terus menerus satu tahun penuh, maka anda akan mendapat RM365 ribu, bukan?

Kemudian bayangkan, setelah setahun, datang ajal anda. Bayangkan anda dibawa dengan keranda menuju liang lahat.
Cuba fikirkan bila anda berada pada posisi ini. Silakan anda jawab pertanyaan ini dengan jujur:
"Apakah anda senang masuk liang lahat dengan membawa RM365 ribu dan anda tidak melaksanakan solat subuh walau sekalipun?
Ataukah lebih utama bila anda masuk ke liang lahat dengan membawa 365 solat Subuh, dan andatidak membawa wang satu sen pun?"

Jawablah dengan sejujur-jujurnya! Manakah yang lebih kekal dan lebih bermanfaat?

Cuba anda bayangkan, betapa manusia begitu bersemangat bangun untuk mengumpulkan harta tetapi mereka tidak bangun untuk mengumpulkan kebaikan! Apakah anda ragu akan datangnya kematian? atau ragu akan hari kebangkitan di mahsyar? atau malah anda ragu akan wujudnya Allah SWT?

Cuba renungkan, kalau sekiranya isteri atau ibu anda membangunkan anda pada jam 4:00 pagi dan menjerit "Rumah jiran sebelah kita kebakaran!"

Jawablah dengan jujur: Apakah anda akan segera loncat dari tempat tidur dan mengenakan pakaian apa adanya -bahkan malah tidak sempat memakai baju- kemudian anda sekeluarga lari keluar rumah, ataukah anda akan berkata kepada isteri atau ibu anda, "Biarlah saya tidur, saya tengah penat, kerana saya tidur lambat, dan banyak kerja saya nak kena buat esok pagi. InsyaAllah, api tu akan mati dengan sendirinya."
Apakah seperti itu?

Jawablah kembali dengan jujur:
Mana yang lebih menakutkan: kebakaran di rumah tetangga atau api jahannam pada hari kiamat nanti?
Mana yang lebih menyakitkan: api dunia atau api akhirat?
Lantas mengapa kita selalu menganggap remeh/santai akan api neraka, sementara kita tahu bahawa api neraka benar-benar ada dan tidak akan padam? Justeru mengapa takut terhadap api dunia yang sebenarnya sangat lekeh sekali dibanding dengan api akhirat?

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Api kalian yang dinyalakan anak-anak Adam merupakan satu per tujuh puluh berbanding panasnya neraka jahannam"
Mereka (para sahabat) pun berkata, "Demi Allah, sungguh yang demikian (api dunia) sudah terasa panas wahai Rasulullah (SAW)"
Baginda bersabda, "Sesungguhnya bakinya masih ada enam puluh sembilan bahagian yang panasnya masing-masing serupa dengannya (api dunia)"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)


Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Pada hari itu, di neraka jahannam terdapat tujuh puluh ribu pengikat, yang pada setiap pengikat dikendalikan seribu malaikat yang mengekangnya"
(HR Muslim dan At-Tirmizi)

Dalam riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Api neraka dinyalakan selama 1000 tahun sampai berwarna merah. Kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga berwarna putih. Kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga berwarna hitam dan menjadi hitam pekat."

Dan dalam riwayat Ibnu Majah dikatakan "Dia bagaikan malam yang gelap gelita".

Orang yang menjaga solat Subuhnya, nescaya Allah akan memberikan jaminan padanya terbebas daripada seksa neraka jahannam.

Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah R.A., beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari"
(HR Muslim)

Maksudnya solat Subuh dan Asar.

Setelah membahas beberapa potensi manusia, kelonggarannya serta kemampuan yang dimiliki manusia, saya yakin, adalah mustahil bila ada orang yang mengatakan "Mustahil bagi saya untuk bangun solat subuh". Sesungguhnya permasalahannya kembali pada kemahuan.
Anda mahu atau tidak?

Berhati-hatilah, hari, bulan dan juga tahun, akan melewati anda begitu saja. Kemudian akan dipaparkan kepada anda hari-hari yang mahal tersebut sudah berlalu. Bahkan walau Allah memberikan umur kepada anda hingga anda bertaubat dan kembali. Lalu bagaimana anda akan mengembalikan hari-hari yang telah berlalu tersebut?

Waspadalah akan hari di mana anda menyukai pergi ke masjid, namun anda tidak mampu untuk pergi. Baik kerana sudah lemah, kerana sakit atau kerana sudah mati.

Ingatlah selalu hadis Rasul kita yang mulia SAW yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah SAW bersabda:
"Gunakan yang lima sebelum datang yang lima:
Masa mudamu sebelum datang masa tuamu,
Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu,
Masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu dan
Masa hidupmu sebelum datang kematianmu"
(HR Al-Hakim; sanadnya sahih)

(Next chapter : Mengukur Nilai Solat Subuh)

-Alhamdulillah-

No comments:

Post a Comment