Friday, June 5, 2009

2 - Batas Waktu Solat Subuh

"Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya; hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit."

Saya pernah berbincang tentang masalah solat Subuh dengan teman-teman. Salah seorang di antara mereka berkata, "Alhamdulillah, saya selalu keluar rumah pada pagi hari setelah solat Subuh".
Dengan santai saya bertanya "Pukul berapa anda bangun tidur?"

"Kira-kira jam 7:30 pagi, pertama sekali yang saya lakukan adalah berwudhu dan solat Subuh"

Saya respon "SubhanAllah, itu sudah habis waktu Subuh"

Dia berkata "Apa maksud anda? bukankah waktu setiap solat itu dari awal waktu datangnya solat sehingga sampai datang waktu solat berikutnya? Jadi, waktu solat subuh itu ya sejak terbit fajar sampai datangnya waktu solat Zuhur"

Saya menjawab "Apa yang anda katakan memang berlaku untuk waktu semua solat, kecuali solat Subuh. Kerana solat Subuh itu dari terbit fajar sampai matahari terbit saja. Waktunya sangat terbatas, sempit dan sulit. Oleh sebab itu, solat Subuh merupakan ujian. Sekiranya waktunya panjang sampai Zuhur, di mana letak ujiannya?
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya; hanya sekadar dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran kerana waktunya sangat sempit."



Betapa menghairankan teman saya tadi. Dia tidak mengetahui sesuatu yang semestinya diketahui. Alangkah sedihnya saya dengan kenyataan betapa minimumnya pengetahuan orang-orang tentang Islam - sehinggakan ada orang Islam yang tidak mengetahui batas waktu-waktu solat wajib!
Dalam perbahasan ini, kita tidak berbicara tentang waktu solat Dhuha atau solat Tahajjud (solat malam), namun kita berbicara waktu solat subuh.

Saya teringat dengan satu kejadian yang melucukan -sekaligus menginsafkan- iaitu tentang sebuah acara perkhemahan bagi sebuah parti politik. Dalam jadual acara perkhemahan yang tertampal pada sejumlah dinding -lebih dari satu tempat- tertera pada baris pertama: "Bagun dan solat Subuh jam 8:00 pagi!"

Saya tergumam dalam hati "Demi Allah, ini adalah kejahatan yang terencana!" Ada tujuan tersembunyi, dengan target berusaha merendahkan dan menempelak kewajiban yang telah ditetapkan Allah SWT.

Waktu solat Subuh adalah bersifat tauqifiyyah (baku). Ertinya, ketentuan mengenai bila waktu solat bukanlah ijtihad manusia, tetapi telah ditentukan dengan jelas dan detail dalam hadis Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash R.A. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Waktu solat Subuh dari terbit fajar sampai terbit matahari"
(HR Muslim)

Dengan demikian, tidak ada lagi keraguan mengenai kapan batas waktu solat Subuh. Rasulullah SAW telah menegaskan pengertian ini dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah R.A., ketika baginda bersabda:
"Barangsiapa yang mendapatkan satu rakaat Subuh sebelum terbit matahari, maka ia telah melaksanakan solat Subuh"
(HR At-Tirmidzi)

Maknanya, barangsiapa telah melaksanakan satu rakaat solat Subuh secara sempurna sebelum terbit matahari, maka dia dianggap telah melaksanakan solat Subuh pada waktunya. Sedangkan orang yang belum melaksanakannya dengan batasan satu rakaat, maka wajib baginya untuk meng-qadha (mengganti/mengulang) solat Subuh. Hal ini -tidak diragukan lagi- merupakan permasalahan yang sangat penting.

Namun yang tak kurang pentingnya, ujian solat Subuh berfungsi untuk membezakan antara munafik dan orang beriman, antara orang yang jujur dengan orang yang dusta. Jadi, bukan sekadar mengerjakan solat sebelum terbit matahari. Mereka yang berjaya dalam ujian ini adalah mereka yang solat Subuh berjemaah di masjid, bagi lelaki.

Sedangkan bagi perempuan -walau solat di masjid diperbolehkan- solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya. Hal ini terdapat dalam hadis sahih dari Ibnu Umar R.A. Dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian solat di masjid. Sedangkan solat mereka di dalam rumah adalah lebih baik"
(HR Abu Daud)

Demikian juga dalam hadis Ummu Hamid As-Sa'idiyyah R.A.
Ummu Hamid R.A. mendatangi Rasulullah SAW dan berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya sangat menyukai solat bersama anda"
Rasulullah SAW pun bersabda "Engkau telah mengetahui. Solatmu di bilikmu lebih baik daripada solatmu di kamarmu. Solatmu di kamarmu lebih baik daripada solatmu di (ruang yang lebih luas) di rumahmu. Solatmu di rumahmu itu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu. Solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjid raya. Dan besarnya pahala solat seorang wanita di rumahnya merupakan rahmat Allah baginya dan bagi masyarakat"
(HR Ahmad-dengan sanad hasan- dan at-Tabrani)

Besarnya pahala solat di rumah merupakan rahmat Allah SWT bagi kaum wanita sekaligus bagi masyarakat. Tujuannya untuk menghindari fitnah (kerosakan), lebih menjaga wanita, dan lebih melindunginya. Selain itu, juga untuk menjaga anak-anak di rumah, para lanjut usia, serta manfaat lainnya. Maha Suci Allah yang telah menurunkan syariat yang penuh hikmah ini!

Berkaitan dengan persoalan yang tengah kita bicarakan, maka ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu. Wanita mukminah -yang lulus ujian- adalah mereka yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Sedangkan wanita yang belum kukuh keimanannya, dia baru mengerjakan solat Subuh sesaat menjelang terbit matahari. Atau, dia adalah susuk wanita yang -kerana kesibukkannya- baru sempat melaksanakan solat Subuh setelah terbit matahari! Na'uzubillah.

Saya sama sekali tidak bermaksud menambah berat beban hidup anda, atau membebani anda dengan sesuatu yang tidak mampu dikerjakan. Demi Allah, saya hanya berbicara tentang hakikat syariat Allah. Saya pun hanya menyampaikan kepada anda, hukum yang sudah pasti, yang tidak ada keraguannya lagi. Dan saya hanya menyampaikan persoalan yang sudah menjadi kesepakatan ulama, yang tidak ada lagi perbezaan dan perselisihan tentangnya.

Orang yang melaksanakan solat Subuh setelah terbit matahari dengan sengaja, bererti dia telah meninggalkan kewajiban yang telah ditetapkan Allah dengan sengaja. Ini sangat berbahaya!

Diriwayatkan dari Ummu Aiman R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kalian meninggalkan solat secara sengaja. Barangsiapa yang telah meninggalkan solat secara sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya telah lepas tanggungan darinya."
(HR Ahmad)

Begitulah, barangsiapa yang mengunci jam locengnya pada pukul 7:00 atau 7:30 pagi -atau setelah terbit matahari- sungguh dia telah meninggalkan solat dengan sengaja. Selanjutnya, dia harus memikul tanggungjawab yang sangat berat akibat perbuatannya itu.

Di sisi lain, amal-amal apakah yang paling dicintai Allah SWT?
Pertanyaan seperti ini pernah dilontarkan oleh Abdullah bin Mas'ud R.A. kepada Rasulullah SAW. Baginda pun menjawab sebagaimana disebutkan dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim :
"Amal yang paling dicintai Allah Ta'ala adalah solat (tepat) pada waktunya."

Abdullah bertanya "Kemudian apa lagi?"
Baginda menjawab "Berbuat baik kepada kedua orang tua"
Abdullah bertanya lagi "Lalu apa lagi?"
Baginda menjawab "Jihad fi sabilillah"

Selanjutnya,marilah bersama-sama kita renungi, bagaimana Rasulullah SAW mendahulukan solat pada waktunya daripada berbuat baik kepada orang tua yang begitu besar pahalanya. Dan, bagaimana baginda lebih mendahulukannya atas jihad fi sabilillah yang merupakan puncaknya Islam.

Subhanallah, saya tidak tahu, bagaimana bisa solat Subuh diperlekehkan oleh sebahagian besar kaum muslimin?! Banyak kita dapati orang-orang Islam yang memelihara solat-solat yang lain -mereka mengerjakan solat Zuhur sebelum azan Asar, solat Asar sebelum azan Magrib, dan seterusnya- sementara solat Subuhnya hampir-hampir menjadi kewajiban yang dilupakan begitu saja. La haula wala quwwata illa billah!

-Alhamdulillah-

12 comments:

  1. MashaALLAH. Terima kasih kerana berkongsi dan memperingati saya. Harap tuan dapat membenarkan saya kongsi artikel ini di dalam ruangan facebook saya? Website ni amat memberi manfaat..AlhamduliLLAH.

    Hamba Allah

    ReplyDelete
  2. sya pun mau kongsi ruangan ni di facebook saya..izinkan ya..semoga ianya dapat memberi sedikit kesedaran di kalangan umat ISLAM...

    ReplyDelete
  3. Sy juga mahu berkongsi ilmu ini kpd semua.mohon share

    ReplyDelete
  4. مَاشَآءَاللّهُ
    Terimaksih diatas ilmu yg di kongsikn dlm ruangan ini, mohon saya share dlm facebook untuk sama2 dimanfaatkn sesama muslimin, اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

    ReplyDelete
  5. Dulu saya bingung tentang waktu shubuh. setelah baca tulisan ini dan menggunakan akal yg diberikan oleh Allah. sepertinya terjawab sudah

    poin poinnya : batas akhir shalat shubuh sebelum matahari terbit, karena Allah ingin membedakan dengan menyembah matahari (matahari analisa saya adalah di dalamnya Neraka ) " dan kami tunjukan kepada mereka neraka itu setiap pagi dan petang, supaya mereka ingat dan kembali ke jalan benar " cari aja di Al-quran ayatnya ada. :)

    jika terlupa atau bangun kesiangan yg benar2 tidak disengaja dan diiringi dengan penyesalan (tidak dijadikan kebiasaan), maka Allah tidak memberatkan untuk shalat ketika terbangun. dengan perkiraan akal ditempat saya jam 07.00 lebih max jam 08.00 WIB lebih dari jam itu mending ganti shalat Sunnah aja buat nutupin hutang shalat. jgn di labelin Shubuh , aneh aja jam 09.00 Pagi dibilang Shubuh.
    makanya tidur lebih awal supaya ngk kesiangan.

    Allah SWT tidak membutuhkan shalat kita. akan tetapi Tubuh kita lah membutuhkan ritme olahraga, disiplin, dan penyegaran jiwa, kebersihan tubuh, yg terkandung dalam setiap shalat yg kita lakukan.

    Silahkan tinggalkan shalat , Insya Allah banyak penyakit mengunjungimu, baik penyakit di dunia terlebih pasti penyakit yg akan menyiksa tubuh rohanimu nanti di Akhirat.
    walaupun saya sendiri masih sering bolong2 juga shalat, namun terus berusaha untuk memperbaiki shalat saya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas ilmunya..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.,satu lagi ilmu yang saya dapat..terima kasih

    ReplyDelete
  8. Bila ke boleh mengqadha solat subuh jika tak segaja melakukan solat subuh.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih akan ilmu nya ��

    ReplyDelete
  10. Solat subuh tamat selepas terbit matahari. Bagaimana jika hari tersebut hujan? Adakah waktu subuh tamat ketika bermulanya syuruk? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  11. Trimakasih.. Saya baru tahu setelH baca artikel ini.
    Insya allah sya akan berubah

    ReplyDelete
  12. soal agama banyak sejarah dan banyak benda yang berlaku yang kita tak tau pada masa itu. kita cuma percaya pada sejarah yang dahulu di mana rassululah membuat banyak benda untuk negara. soal agama juga mempercayai semua makhluk ghaib tanpa diketahui walaupun bukan di
    depan mata atau sebaliknya kecuali yang memang boleh nampak dengan mata kasar melalui teknologi dan mesin yang ada di zaman sekarang.

    ReplyDelete