Friday, July 10, 2009

Menyaksikan kerja-kerja "Jabatan Cuaca" Kerajaan Allah

Sabtu, 11 Julai 2009. (antara 6.55 pagi - 7.10 pagi)

1. Pagi ini, aku tak tidur semula selepas solat Subuh sebab nak basuh pakaian.

2. Masa tengah mengisi baju-baju kemeja dalam mesin basuh, aku perasan ada awan mendung kat sebahagian besar langit (area kiri langit), kecuali kat bahagian matahari terbit (area kanan langit) sahaja nampak sedikit cahaya kemerahan. Sambil berfikir, 'nak hujan agaknya'...aku teruskan kerja-kerja isi baju dalam mesin, tekan butang start, air pun masuk, taruk sabun dan tutup penutup mesin.
Habis kat situ dulu cerita nampak awan mendung.

3. (mesin basuh terletak kat luar rumah, bahagian belakang dapur) Aku masuk semula dalam rumah, ON laptop sebab nak baca berita, taruk makanan ikan dalam 2 akuarium. Teringat pula ikan kat luar (ada fountain/pool/kolam kecik aku bela ikan kat depan rumah aku) belum makan, aku cari kunci rumah dan buka pintu, buka mangga kat grill dan buka kunci grill.

Masa pintu dibuka, aku rasa sejuk kat muka sebab angin kencang bertiup dari arah kiri (kiri area yg ada byk awan mendung) ke arah kanan (kanan pula bahagian matahari terbit) sampai bergerak-gerak sakan pokok buluh aku. (aku tanam pokok buluh hiasan kat area peti surat).

4. Terseronok sekejap dengan fenomena angin kuat tu, aku pun sedut nafas dalam-dalam dan terkedu sambil senyum sendirian, aku keluar sikit dari area pintu dan terus tengok sekeliling (dongak tgk langit) untuk menyaksikan kesan awan ditiup angin. Nampak awan seperti dihancur-hancurkan dek tiupan angin tu. (best)
Teringat semula agenda sebenar nak bagi ikan makan. aku pun pergi kat fountain ikan.
Notice air ikan dah kurang sikit, (sebab burung gembala kerbau suka mai mandi dalam kolam ikan tu sambil kelepiaq-kelepiaq sayap menyebabkan air kolam terpercik keluar, hasilnya air berkurangan) aku pun tarik paip air, buka pili, on da way nak ke kolam ikan, aku siram pokok-pokok dalam pasu sekitar laman rumah, dan akhirnya, start tambah air dalam pool ikan tu. (ikan guppy je)

5. Air pool pun dah penuh, dan aku perasan dah tak rasa sejuk, dah takde angin rupanya, langit pun dah cerah. "aik, mana pegi awan mendung yg sebahagian besar memenuhi ruang langit tadi? kejap ja dah cerah ni..."
aku pun teringat angin kencang yg tiup dari arah kiri ke kanan tadi.
maka automatik kepala aku toleh kanan dan dongak ke langit.

Subhanallah...awan medung yg tadinya penuh di langit bahagian kiri langit, kini dah berkumpul di sebelah kanan langit dan nampak kelihatan seperti terus bergerak laju dan seperti tersebar dipecah-pecahkan oleh angin.

Teringat terjemahan kata-kata Allah (yg banyak) dalam Quran berkenaan awan/angin/hujan:
"...demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. "
(Surah Al-Baqarah, sebahagian ayat 164)

Alhamdulillah (terima kasih Allah), dengan keluasan rahmat-Mu, aku boleh sidai kain sbb langit dah tak mendung lagi. Terima kasih kerana mengizinkan aku menyaksikan tanda-tanda keEsaan-Mu.

hmm...
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(Surah Ar-Rahman)

No comments:

Post a Comment