Friday, July 10, 2009

2. Rasulullah Muhammad SAW (1-11H/622-632M)

Hijrah

1H/622M

1. Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat berhijrah ke Madinah.

2. Pihak Quraisy merancang untuk membunuh Rasulullah SAW namun gagal atas pertolongan Allah SWT dan baginda pun berhijrah ke Madinah ditemani oleh sahabat baginda, Saidina Abu Bakar as-Sidiq.

1H/622M

Fasa Dakwah Ketiga

Tahapan Penerapan Syariat Islam
(marhalah Tahtbiq Ahkamul Islam):
4 langkah utama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam tahapan ini:

1. Mendirikan Masjid sebagai tempat solat, berkumpul, bermusyawarah dan mengatur pelbagai urusan kaum Muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka.

2. Membina Ukhuwwah Islamiyyah -
Rasulullah SAW menjalin persaudaraan di antara kaum Muhajirin dan Ansar.

3. Membuat piagam (perlembagaan) Madinah yang mengatur hubungan di antara kaum Muslimin dan juga kaumYahudi.

4. Menyusun strategu politik dan ketenteraan

2H/624M

Perang Badar: Pihak kaum Muslimin menang. 313 tentera Muslimin berhadapan dengan 1000 orang Musyrikin Mekah. Ini merupakan peperangan pertama dan penting dalam sejarah Islam.

3H/625M
Perang Uhud: Pihak kaum Muslimin terpukul. Beberapa orang dari pasukan Muslimin mengabaikan perintah Nabi Muhammad SAW dengan meninggalkan posisi penting di medan perang. Nasbi SAW sendiri terluka.

5H/627M
1. Perang Khandaq (Ahzab): Islam dan kaum Muslimin menang. Selepas peperangan ini pihak Quraisy tidak mampu lagi untuk melancarkan serangan terhadap kaum Muslimin.

2. Perang Bani Quraizah: Islam menang.

3. Perjanjian Hudaybiyah: Perjanjian damai dengan jangka waktu maksimum 10 tahun antara kaum Muslimin dengan kaum Quraisy. Langkah politik Nabi SAW yang bijak ini antara lain untuk menghancurkan kesepakatan antara pihak Quraisy dan Yahudi Khaibar sehingga kekuatan pihak Quraisy semakin melemah.

4. Masa damai ini digunakan sepenuhnya oleh Rasulullah dan para sahabat untuk berdakwah menyebarkan Islam ke seluruh Jazirah Arab.

5. Rasulullah SAW mengutus surat kepada para pemimpin dunia untuk mengajak mereka kepada Islam.

6. Perang Khaibar: Islam menang.

8H/629M
1. Perang Mu'tah: Perang antara pihak Islam dan pihak Rom. 3,000 orang Islam berhadapan dengan 200,000 tentera kuffar.

2. Pembukaan Mekah: Setelah pihak Quraisy melanggar Perjanjian Hudaybiyah, Mekah akhirnya dibebaskan oleh Nabi SAW.

3. Perang Hunayn: Islam menang.

9H/631M
1.Perang Taif: Islam menang.

2. Perang Tabuk: Pasukan Rom berundur.

3. Tahun Perutusan.

4. Suku-suku Arab yang lain di Semenanjung Arab memberikan bai'at mereka kepada Nabi SAW.

11H/632M
1. Haji Wada: 100,000 kaum Muslimin menghadirinya.

2. Nabi Muhammad SAW mempersiapkan bala tentera Usamah bin Zaid untuk menyerang kerajaan Rom.

3. Ayat terakhir turun
"Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan atas kamu nikmat-Ku dan telah Aku redha Islam sebagai agama kamu"
(TMQ. Al-Maidah [4]:3)
4. Rasulullah SAW wafat.

No comments:

Post a Comment