Friday, July 10, 2009

1. Sebelum Wujudnya Negara Islam

570M
1. Kekalahan Abrahah di dalam usahanya untuk memusnahkan Ka'bah.
2. Kelahiran Muhammad SAW. Ayah baginda, Abdullah meninggal dunia sebelum baginda lahir.

576M
Ibu Muhammad SAW, Aminah meninggal dunia ketika baginda berumur 6 tahun.

594M
Muhammad SAW berkahwin dengan Khadijah.

610M
Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul (Utusan) Allah semasa baginda berada di Gua Hira'.
Bermulanya dakwah Rasulullah SAW.
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan"
(TMQ. al-Mudatsir [74]: 1-2)


Mulanya Fasa Dakwah Pertama:
Tahapan Pembinaan dan Pengkaderan
(marhalah Tatsqif wat Taqwin):

3 langkah utama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
1. Pemantapan Aqidah.
Sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang memeluk Islam dibina oleh Rasulullah SAW di rumah Arqam bin Abi Arqam.

2. Pembentukan Syaksiyyah Islamiyyah.
Rasulullah SAW membentuk syaksiyyah Islamiyyah (aqliyah dan nafisyah Islamiyyah) kepada para sahabat.

3. Pembentukan kutlah (kelompok) dakwah.
Rasulullah SAW membentuk sebuah kutlah (kelompok) yang dianggotai oleh para sahabat yang telah memeluk Islam.

613-620M
"Maka sampaikanlah secara terang-terangan apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik"
(TMQ. al-Hijr [15]:94)

Rasulullah SAW menzahirkan kewujudan kutlah dengan keluar dalam dua kelompok mengelilingi Ka'bah. Masing-masing dipimpin oleh Hamzah bin Abd al-Mutalib dan Umar bin al-Khattab.


Fasa Dakwah Kedua:
Tahapan Interaksi dan Perjuangan
(marhalah Tafa'ul wal Kiffah):

3 langkah utama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW:
1. Syira'ul Fikri (Pertarungan pemikiran)
Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW menyerang orang-orang kafir dan segala bentuk kekufuran.
"Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah bahan bakar neraka jahannam"
(TMQ. al-Anbiya' [21]:98)

2. Kifahus siyasi (Perjuangan Politik):
Al-Quran dengan tegas menyerang para pembesar dan para pemimpin masyarakat kerana kesombongan mereka dalam menerima kebenaran dan sikap buruk mereka dalam mempertahankan kekufuran. Al-Quran juga menentang cara hidup mereka yang sesat, serta tindakan mereka yang menghalangi manusia dari jalan Allah (Islam). Al-Quran juga membongkar tipu daya mereka serta mengungkap persekongkolan mereka. Kesan daripada perjuangan politik ini, berlakunya penindasan, penganiayaan, penyeksaan, pembunuhan dan pemulauan ke atas umat Islam. Bilal bin Rabah diseksa manakala keluarga Yasir dibunuh.

3. Tholabun nusrah (mendapatkan pertolongan daripada ahlul quwwah [orang-orang yang memiliki kekuasaan] bagi tujuan perlindungan politik untuk mendirikan Negara Islam):
Rasulullah SAW mendatangi beberapa kabilah bagi mendapatkan nusrah tanpa bersyarat seperti Bani Hanifah, Bani Amir bin Sha'sha'ah, Bani Thaqif, Bani Kindah, Bani Kilab dan lain-lain namun tidak berjaya.

621M
1. Bai'at Aqabah Pertama:
12 orang penduduk Yatsrib (Aus dan Khazraj) membai'at (janji setia) kepada Nabi SAW.

2. Rasulullah SAW mengutus Mush'ab bin 'Umair bersama mereka (rombongan Yatsrib) untuk menyeru dan mengajarkan Islam kepada mereka di Yatsrib.

3. Sebahagian besar penduduk Yatsrib (Madinah) memeluk Islam.

622M
1. Suku Aus dan Khazraj datang ke Mekah dan memberikan nusrah kepada Rasulullah SAW tanpa bersyarat.

2. Bai'at Aqabah kedua: 75 orang dari suku Aus dan Khazraj termasuk 2 wanita membai'at Rasulullah SAW untuk taat setia kepada baginda dan menyerahkan kepimpinan Yatsrib (Madinah) kepada Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment