Pagi tadi masa aku tgh sidai kain kat ampaian belakang rumah, nampak dua anak jiran tgh duk main badminton. Sambil depa duk pulun pukui shuttlecock tu, aku dengaq depa bersembang...ni ceritanya:
Budak 1: Ko pegi kenduri tadi?
Budak 2: takpun..
Budak 1: aku nampak mak ko tadi...eh,mak ko pakai tudung ke tak?
Budak 2: a'ah...mak aku pegi kenduri tadi..mak aku tak pakai, tapi kalau dia pegi baca yasin, dia pakai tudung, kalau keluar jalan2, dia tak pakai...
-inilah environment ku...adehhh
Sunday, June 7, 2009
4 - Mengukur Nilai Solat Subuh
"Dua rakat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya"
(HR Muslim)
Lalu...apa yang menghalangi kita solat Subuh? Bukankah ia menjadi bagian yang begitu besar dibanding dunia?
Membaca Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW, anda akan mengetahui dengan mudah dan jelas bahawa solat Subuh sangat mahal nilainya.
Solat yang agung ini benar-benar memiliki daya penarik, kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak sekali hadis yang mendorong untuk melaksanakan solat Subuh, dan menyanjung mereka yang menjaganya.
Rasulullah SAW -seorang pendidik yang menyedari serta memahami tabiat manusia dan dorongan jiwa- mengetahui bahawa waktu Subuh adalah waktu yang sulit. Seorang muslim bila dibiarkan begitu saja, akan memilih mengistirehatkan dirinya dan meninggalkan solat wajib.
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Yusuf, 12:53)
Oleh kerana itu Rasulullah telah mengkhususkan solat mulia ini dengan keistimewaan tunggal dan sifat-sifat tertentu yang tidak terulang pada solat lainnya. Beberapa karakteristik ini akan mendorong seorang mukmin yang jujur untuk konsekuen melaksanakan solat ini secara berjemaah dengan sekuat tenaga. Seorang mukmin akan memberikan semangat tinggi untuk berkorban segala sesuatu yang dia miliki, agar tidak hilang darinya walau hanya satu kewajiban, walau bagaimanapun kondisinya atau apapun rintangannya.

....
Saya telah mengumpulkan keistimewaan-keistimewaan tersebut sebanyak sepuluh keistimewaan. Semoga Allah memberikan manfaat pada kita semua terhadap keistimewaan ini.
(bersambung...4.1 - Pahala Tanpa Batas.)
-Alhamdulillah-

Saturday, June 6, 2009
3.1 - Suatu Pagi Di Sebuah Seminar
(...sambungan post 3-Solat Subuh, Mustahilkah?)
Saya pernah menghadiri sebuah seminar kedoktoran di salah sebuah kota di Amerika. Saya terkejut mengetahui bahawa sesi pertama seminar tersebut bermula jam 6:00 pagi. Benar, jam 6:00 pagi!
Saat itu waktu solat Subuh agak lewat, dan saya selesai mengerjakan solat Subuh lebih kurang jam 6:15 pagi. Kemudian saya bergegas menuju ke tampat seminar saat itu juga. Dalam perjalanan saya membayangkan -dengan yakin- akan mendapati dewan kosong. Siapa yang mahu datang pagi-pagi buta seperti ini untuk menghadiri seminar?
Setiba di dewan seminar, saya terkejut. Apa yang saya temui jauh dari bayangan sebelumnya. Ternyata dewan sudah penuh sesak. Mungkin ada sekitar 3000 orang. Hampir-hampir saya duduk di paling belakang.
Sambil mendengar isi seminar, saya tidak habis-habis berfikir, bagaimana mereka bisa mengatur hidupnya sehingga bisa mendatangi pertemuan ilmiah -yang 'hukum'nya sekadar bersifat pilihan, bukan kewajiban- pada jam 6:00 pagi? Di saat yang sama, mengapa sebahagian umat Islam tidak bisa mengatur hidupnya untuk melaksanakan solat, yang mana hukumnya merupakan kewajiban, bukannya pilihan?
Saya yakin, jika umat Islam mampu memenuhi panggilan solat Subuh ini, nescaya Allah akan mengukuhkan agamanya di muka bumi ini.
Ketiga: Kita tinggalkan orang-orang Amerika, mari kita lihat diri kita.
Ketika anda pergi ke Iskandariah, atau ke Aswan atau barangkali ke London atau ke Paris dengan waktu keberangkatan keretapi atau pesawat jam 6:00 pagi, bisakah dengan potensi fizikal anda tiba di pesawat atau keretapi tepat pada waktunya? ataukah anda tidak mampu menjangkaunya?
Apakah ada kelonggaran bagi anda untuk datang terlambat ke stesen atau terminal? Atau, kelonggaran tidak berlaku pada masalah ini, sehingga anda pun mampu datang tepat waktu agar tidak tertinggal?!
Ketika anda bekerja di tempat yang jauh dan pekerjaan dimulai jam 7:00 pagi, apakah anda bisa bangun di waktu fajar atau sebelumnya untuk pergi ke tempat anda bekerja? atau anda akan selalu meminta izin daripada boss anda setiap hari kerana kondisi anda tidak memungkinkan untuk pergi pagi-pagi? Atau kerana kondisi fizikal anda merasa sangat penat/lemah?
Mengapa kita tidak bisa minta izin daripada boss kita, padahal dia cuma seorang manusia biasa. Namun di sisi lain, kita dengan begitu mudah setiap hari "meminta izin" daripada Allah SWT -yang telah menciptakan kita dan juga menciptakan boss kita- untuk terlambat mendirikan solat subuh?
Cuba renungkan. Kalau seandainya ada seorang kaya raya berjanji akan memberi anda wang setiap hari pada pukul 5:00 pagi sebanyak RM1 ribu jika anda datang tepat pada waktunya, apakah anda akan mendatanginya? Apakah anda akan beralasan bahawa anda tidur terlambat, atau kerana anda terikat dengan janji pada sebelah petang, sehingga anda tidak bisa datang?
Cuba bayangkan. Sekiranya anda benar-benar datang kepadanya dan mendapat RM10 ribu setiap hari, nescaya anda akan melakukan ini terus menerus satu tahun penuh, maka anda akan mendapat RM365 ribu, bukan?
Kemudian bayangkan, setelah setahun, datang ajal anda. Bayangkan anda dibawa dengan keranda menuju liang lahat.
Cuba fikirkan bila anda berada pada posisi ini. Silakan anda jawab pertanyaan ini dengan jujur:
"Apakah anda senang masuk liang lahat dengan membawa RM365 ribu dan anda tidak melaksanakan solat subuh walau sekalipun?
Ataukah lebih utama bila anda masuk ke liang lahat dengan membawa 365 solat Subuh, dan andatidak membawa wang satu sen pun?"
Jawablah dengan sejujur-jujurnya! Manakah yang lebih kekal dan lebih bermanfaat?
Cuba anda bayangkan, betapa manusia begitu bersemangat bangun untuk mengumpulkan harta tetapi mereka tidak bangun untuk mengumpulkan kebaikan! Apakah anda ragu akan datangnya kematian? atau ragu akan hari kebangkitan di mahsyar? atau malah anda ragu akan wujudnya Allah SWT?
Cuba renungkan, kalau sekiranya isteri atau ibu anda membangunkan anda pada jam 4:00 pagi dan menjerit "Rumah jiran sebelah kita kebakaran!"
Jawablah dengan jujur: Apakah anda akan segera loncat dari tempat tidur dan mengenakan pakaian apa adanya -bahkan malah tidak sempat memakai baju- kemudian anda sekeluarga lari keluar rumah, ataukah anda akan berkata kepada isteri atau ibu anda, "Biarlah saya tidur, saya tengah penat, kerana saya tidur lambat, dan banyak kerja saya nak kena buat esok pagi. InsyaAllah, api tu akan mati dengan sendirinya."
Apakah seperti itu?
Jawablah kembali dengan jujur:
Mana yang lebih menakutkan: kebakaran di rumah tetangga atau api jahannam pada hari kiamat nanti?
Mana yang lebih menyakitkan: api dunia atau api akhirat?
Lantas mengapa kita selalu menganggap remeh/santai akan api neraka, sementara kita tahu bahawa api neraka benar-benar ada dan tidak akan padam? Justeru mengapa takut terhadap api dunia yang sebenarnya sangat lekeh sekali dibanding dengan api akhirat?
Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Api kalian yang dinyalakan anak-anak Adam merupakan satu per tujuh puluh berbanding panasnya neraka jahannam"
Mereka (para sahabat) pun berkata, "Demi Allah, sungguh yang demikian (api dunia) sudah terasa panas wahai Rasulullah (SAW)"
Baginda bersabda, "Sesungguhnya bakinya masih ada enam puluh sembilan bahagian yang panasnya masing-masing serupa dengannya (api dunia)"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Pada hari itu, di neraka jahannam terdapat tujuh puluh ribu pengikat, yang pada setiap pengikat dikendalikan seribu malaikat yang mengekangnya"
(HR Muslim dan At-Tirmizi)
Dalam riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Api neraka dinyalakan selama 1000 tahun sampai berwarna merah. Kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga berwarna putih. Kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga berwarna hitam dan menjadi hitam pekat."
Dan dalam riwayat Ibnu Majah dikatakan "Dia bagaikan malam yang gelap gelita".
Orang yang menjaga solat Subuhnya, nescaya Allah akan memberikan jaminan padanya terbebas daripada seksa neraka jahannam.
Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah R.A., beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari"
(HR Muslim)
Maksudnya solat Subuh dan Asar.
Setelah membahas beberapa potensi manusia, kelonggarannya serta kemampuan yang dimiliki manusia, saya yakin, adalah mustahil bila ada orang yang mengatakan "Mustahil bagi saya untuk bangun solat subuh". Sesungguhnya permasalahannya kembali pada kemahuan.
Anda mahu atau tidak?
Berhati-hatilah, hari, bulan dan juga tahun, akan melewati anda begitu saja. Kemudian akan dipaparkan kepada anda hari-hari yang mahal tersebut sudah berlalu. Bahkan walau Allah memberikan umur kepada anda hingga anda bertaubat dan kembali. Lalu bagaimana anda akan mengembalikan hari-hari yang telah berlalu tersebut?
Waspadalah akan hari di mana anda menyukai pergi ke masjid, namun anda tidak mampu untuk pergi. Baik kerana sudah lemah, kerana sakit atau kerana sudah mati.
Ingatlah selalu hadis Rasul kita yang mulia SAW yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah SAW bersabda:
"Gunakan yang lima sebelum datang yang lima:
Masa mudamu sebelum datang masa tuamu,
Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu,
Masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu dan
Masa hidupmu sebelum datang kematianmu"
(HR Al-Hakim; sanadnya sahih)
(Next chapter : Mengukur Nilai Solat Subuh)

3 - Solat Subuh, Mustahilkah?
"Adalah mustahil bila ada orang yang mengatakan 'Mustahil bagi saya untuk bangun solat Subuh'. Sesungguhnya permasalahannya kembali pada kemahuan. Anda mahu atau tidak?"
Seorang teman berkata kepada saya "Sebenarnya saya sudah tahu bila harus solat Subuh. Sayangnya, mustahil bagi saya untuk bangun pada saat itu. Anda tidak tahu bagaimana kondisi saya. Kondisi fizikal saya tidak mengizinkan. Tuntutan pekerjaan juga tidak memungkinkan. Situasi rumah dan minimumnya penghasilan tidak bisa membantu. Bukankah Allah - seperti yang anda ketahui - Maha Pengampun lagi Maha Penyayang? Tentunya akan mentoleransikan keadaan saya ini dan mengampuni dosa saya".
Saya pun menanggapi kata-katanya tersebut "Perkataan bahwa Allah Maha Penagmpun lagi Maha Penyayang adalah perkataan yang benar. Namun dalam hal ini anda gunakan untuk maksud yang keliru. Itu sama saja dengan membuka pintu masuk selebar-lebarnya bagi syaitan. Bila Allah mengampuni setiap manusia jujur dan manusia pendusta, orang taat dan orang bermaksiat, orang yang cinta akan syariat-Nya dan orang yang tidak suka, lantas apa gunanya amal?! Dan, untuk apa orang yang taat kepada Allah menekan atau memaksa hawa nafsunya, sehingga dia harus bangun di tengah malam yang begitu dingin untuk pergi ke masjid?"
"Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!"
(Al-Mulk, 67:14)
Dengan demikian, semua hukum syariat berada pada batas yang mampu dikerjakan oleh hamba Allah, Kita tidak meragukan hal itu.
Selanjut, marilah kita bertanya pada diri kita masing-masing:
- Apakah solat Subuh merupakan sebuah kewajiban, ataukah tidak?
- Apakah solat Subuh kewajiban bagi setiap muslim, atau ada yang dikecualikan?
Jawabnya tentu sangat jelas: Solat Subuh wajib bagi setiap muslim! Tidaklah pantas disebut muslim dan mukmin -seseorang yang meyakini keadilan Allah, kebijaksanaan, dan pengetahuan-Nya- masih merasa bahawa kewajiban melaksanakan solat Subuh adalah sesuatu yang mustahil.
Kedua: Fenomena orang-orang Amerika
Pada keseharian mereka terdapat pelajaran berharga yang bisa kita ambil hikmahnya.
Waktu itu saya sering berkunjung ke Amerika. Pada saat saya pulang dari Masjid Raya setelah melaksanakan solat Subuh, sekitar jam enam pagi saya menjumpai di jalan-jalan utama dan jalan-jalan tol sangat ramai. Jalanan dipenuhi kereta-kereta. Kesan pertama saya: Hairan! Namun akhirnya saya terbiasa menyaksikan pemandangan ini. Mereka bangun pagi untuk pergi ke tempat kerja. Sebahagian besar mereka bekerja di tempat yang jauh dari rumah, sehingga terpaksa bangun jam 5:00 pagi -waktu solat Subuh- supaya bisa berangkat ke tempat kerja tepat pada waktu.
Mereka itu orang-orang Kristian, Yahudi dan Atheis. Jumlahnya pun tidak sedikit. Mereka bangun pagi untuk kehidupan dunia, pada saat yang bersamaan dengan waktu solat Subuh. Hajat kemanusiaan mampu mendorong mereka untuk bagun pagi-pagi. Namun mengapa seorang mukmin tidak mahu mengerahkan segenap potensinya untuk menyamai mereka bangun pagi?
Saya banyak menjumpai orang-orang Amerika di jalan-jalan ketika saya pergi ke masjid untuk solat Subuh. Saya ulangi sekali lagi, "Saya pergi" bukan "Saya pulang". Maknanya mereka mahu bangun pagi-pagi sebelum Subuh tentunya untuk keperluan yang sangat penting.
Saya pun berfikir, kira-kira apa ya tujuan penting mereka ini, sehingga mereka mahu bangun pagi-pagi sebelum jam 5:00 pagi dan memakai baju sejuk? Untuk apa mereka keluar dalam keadaan cuaca yang sangat dingin menuju jalan-jalan raya?
Tahukah anda?!
Ternyata mereka melakukan itu hanya untuk berjalan-jalan bersama anjingnya guna menghirup udara segar!
Orang-orang Amerika, laki-laki dan perempuan bangun jam 5:30 pagi, kerana hatinya terpaut dengan anjingnya yang terkurung di dalam rumah sepanjang hari. Mereka bangun pagi-pagi sekali supaya anjing-anjing biasa menghirup udara sefar di jalanan.
saya berharap daripada anda, wahai saudarku yang mulia. Mari bersama-sama memecahkan amsalah penting ini. Orang-orang Amerika-Kristian atau Yahudi atau kafir lainnya, bangun pagi-pagi demi anjingnya. Sedangkan sebahagian orang Islam, atau kalau anda ingin mengatakan: "Sebahagian besar" orang Islam, enggan bangun pagi demi Allah SWT!
Lalu, apa solusi anda dalam masalah ini?
Bayangkan kerana cinta anjing mendorong pemiliknya untuk bangun, sedangkan cinta Allah tidak mendorong seorang hamba untuk bangun..?!
Izinkan saya untuk membandingkan dua hal ini.
Kemampuan fizikal manusia mempunya potensi untuk bangun pagi, namun potensi kekuatan hati tidak mampu mendorongnya untuk bangun pagi dengan alasan yang begitu menyedihkan. Semoga Allah menyelamatkan kita!
(akan bersambung...Suatu Pagi Di Sebuah Seminar)

......
Ini merupakan salah satu kaedah paling dasar daripada kaedah -syariat Islam. Ketentuan dan syariat agama, bukanlah buatan manusia, yang menagndung kemungkinan cocok dan tidak cocok. Namun ketentuan dan syariat tersebut murni dari Allah, Rabb semesta alam. Dia mengetahui usaha dan kemampuan ciptaan-Nya dengan pengetahuan yang pasti.Memang, Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, menagmpuni dosa siapa yang memohon ampunan kepada-Nya. Akan tetapi, kata-kata saja tidak cukup. Kesungguhan memohon ampun harus dibuktikan dengan amal. Cubalah anda renungi firman Allah di bawah ini:
"Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya."
(Toha, 20:82)
Tidak semua manusia mendapat ampunan dari Allah SWT. Syaratnya, dia harus bertaubat secara bersungguh-sungguh, keimanan yang benar, amal soleh, dan mengikuti petunjuk Allah SWT.
Penyebutan sifat Allah Maha Penagmpun lagi Maha Penyayang seringkali disertai pula dengan sifat lain yang mengandungi makna hukuman dan pahala, atau balasan bagi yang melanggar atau tidak mematuhi syariat-Nya.
"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). (49) Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya). (50)"
(Al-Hijr, 15:49-50)
Ungkapan "kemustahilan" pada kehidupan seseorang untuk melaksanakan solat Subuh pada waktunya, sebenarnya masih bisa kita diskusikan.
Maaf, bukan maksud saya untuk meragukan adanya "kemustahilan" yang menyebabkan anda tidak mampu untuk bangun di pagi hari untuk menunaikan solat Subuh. Saya hanya bermaksud mengajak anda -bsersama-sama saya- merenungkan beberapa hal di bawah ini.
Pertama: Allah SWT tidak membebani hamba kecuali sesuai dengan kadar kemampuannya.
Allah SWT berfirman:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. "
(Al-Baqarah, sebahagian ayat 286)
"Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya."
(Toha, 20:82)
Tidak semua manusia mendapat ampunan dari Allah SWT. Syaratnya, dia harus bertaubat secara bersungguh-sungguh, keimanan yang benar, amal soleh, dan mengikuti petunjuk Allah SWT.
Penyebutan sifat Allah Maha Penagmpun lagi Maha Penyayang seringkali disertai pula dengan sifat lain yang mengandungi makna hukuman dan pahala, atau balasan bagi yang melanggar atau tidak mematuhi syariat-Nya.
"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). (49) Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya). (50)"
(Al-Hijr, 15:49-50)
Ungkapan "kemustahilan" pada kehidupan seseorang untuk melaksanakan solat Subuh pada waktunya, sebenarnya masih bisa kita diskusikan.
Maaf, bukan maksud saya untuk meragukan adanya "kemustahilan" yang menyebabkan anda tidak mampu untuk bangun di pagi hari untuk menunaikan solat Subuh. Saya hanya bermaksud mengajak anda -bsersama-sama saya- merenungkan beberapa hal di bawah ini.
Pertama: Allah SWT tidak membebani hamba kecuali sesuai dengan kadar kemampuannya.
Allah SWT berfirman:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. "
(Al-Baqarah, sebahagian ayat 286)
"Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!"
(Al-Mulk, 67:14)
Dengan demikian, semua hukum syariat berada pada batas yang mampu dikerjakan oleh hamba Allah, Kita tidak meragukan hal itu.
Selanjut, marilah kita bertanya pada diri kita masing-masing:
- Apakah solat Subuh merupakan sebuah kewajiban, ataukah tidak?
- Apakah solat Subuh kewajiban bagi setiap muslim, atau ada yang dikecualikan?
Jawabnya tentu sangat jelas: Solat Subuh wajib bagi setiap muslim! Tidaklah pantas disebut muslim dan mukmin -seseorang yang meyakini keadilan Allah, kebijaksanaan, dan pengetahuan-Nya- masih merasa bahawa kewajiban melaksanakan solat Subuh adalah sesuatu yang mustahil.
Kedua: Fenomena orang-orang Amerika
Pada keseharian mereka terdapat pelajaran berharga yang bisa kita ambil hikmahnya.
Waktu itu saya sering berkunjung ke Amerika. Pada saat saya pulang dari Masjid Raya setelah melaksanakan solat Subuh, sekitar jam enam pagi saya menjumpai di jalan-jalan utama dan jalan-jalan tol sangat ramai. Jalanan dipenuhi kereta-kereta. Kesan pertama saya: Hairan! Namun akhirnya saya terbiasa menyaksikan pemandangan ini. Mereka bangun pagi untuk pergi ke tempat kerja. Sebahagian besar mereka bekerja di tempat yang jauh dari rumah, sehingga terpaksa bangun jam 5:00 pagi -waktu solat Subuh- supaya bisa berangkat ke tempat kerja tepat pada waktu.
Mereka itu orang-orang Kristian, Yahudi dan Atheis. Jumlahnya pun tidak sedikit. Mereka bangun pagi untuk kehidupan dunia, pada saat yang bersamaan dengan waktu solat Subuh. Hajat kemanusiaan mampu mendorong mereka untuk bagun pagi-pagi. Namun mengapa seorang mukmin tidak mahu mengerahkan segenap potensinya untuk menyamai mereka bangun pagi?
Saya banyak menjumpai orang-orang Amerika di jalan-jalan ketika saya pergi ke masjid untuk solat Subuh. Saya ulangi sekali lagi, "Saya pergi" bukan "Saya pulang". Maknanya mereka mahu bangun pagi-pagi sebelum Subuh tentunya untuk keperluan yang sangat penting.
Saya pun berfikir, kira-kira apa ya tujuan penting mereka ini, sehingga mereka mahu bangun pagi-pagi sebelum jam 5:00 pagi dan memakai baju sejuk? Untuk apa mereka keluar dalam keadaan cuaca yang sangat dingin menuju jalan-jalan raya?
Tahukah anda?!
Ternyata mereka melakukan itu hanya untuk berjalan-jalan bersama anjingnya guna menghirup udara segar!
Orang-orang Amerika, laki-laki dan perempuan bangun jam 5:30 pagi, kerana hatinya terpaut dengan anjingnya yang terkurung di dalam rumah sepanjang hari. Mereka bangun pagi-pagi sekali supaya anjing-anjing biasa menghirup udara sefar di jalanan.
saya berharap daripada anda, wahai saudarku yang mulia. Mari bersama-sama memecahkan amsalah penting ini. Orang-orang Amerika-Kristian atau Yahudi atau kafir lainnya, bangun pagi-pagi demi anjingnya. Sedangkan sebahagian orang Islam, atau kalau anda ingin mengatakan: "Sebahagian besar" orang Islam, enggan bangun pagi demi Allah SWT!
Lalu, apa solusi anda dalam masalah ini?
Bayangkan kerana cinta anjing mendorong pemiliknya untuk bangun, sedangkan cinta Allah tidak mendorong seorang hamba untuk bangun..?!
Izinkan saya untuk membandingkan dua hal ini.
Kemampuan fizikal manusia mempunya potensi untuk bangun pagi, namun potensi kekuatan hati tidak mampu mendorongnya untuk bangun pagi dengan alasan yang begitu menyedihkan. Semoga Allah menyelamatkan kita!
(akan bersambung...Suatu Pagi Di Sebuah Seminar)
-Alhamdulillah-
Friday, June 5, 2009
2 - Batas Waktu Solat Subuh
"Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya; hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit."
Saya pernah berbincang tentang masalah solat Subuh dengan teman-teman. Salah seorang di antara mereka berkata, "Alhamdulillah, saya selalu keluar rumah pada pagi hari setelah solat Subuh".
Dengan santai saya bertanya "Pukul berapa anda bangun tidur?"
"Kira-kira jam 7:30 pagi, pertama sekali yang saya lakukan adalah berwudhu dan solat Subuh"
Saya respon "SubhanAllah, itu sudah habis waktu Subuh"
Dia berkata "Apa maksud anda? bukankah waktu setiap solat itu dari awal waktu datangnya solat sehingga sampai datang waktu solat berikutnya? Jadi, waktu solat subuh itu ya sejak terbit fajar sampai datangnya waktu solat Zuhur"
Saya menjawab "Apa yang anda katakan memang berlaku untuk waktu semua solat, kecuali solat Subuh. Kerana solat Subuh itu dari terbit fajar sampai matahari terbit saja. Waktunya sangat terbatas, sempit dan sulit. Oleh sebab itu, solat Subuh merupakan ujian. Sekiranya waktunya panjang sampai Zuhur, di mana letak ujiannya?
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya; hanya sekadar dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran kerana waktunya sangat sempit."
Betapa menghairankan teman saya tadi. Dia tidak mengetahui sesuatu yang semestinya diketahui. Alangkah sedihnya saya dengan kenyataan betapa minimumnya pengetahuan orang-orang tentang Islam - sehinggakan ada orang Islam yang tidak mengetahui batas waktu-waktu solat wajib!
Dalam perbahasan ini, kita tidak berbicara tentang waktu solat Dhuha atau solat Tahajjud (solat malam), namun kita berbicara waktu solat subuh.
Saya teringat dengan satu kejadian yang melucukan -sekaligus menginsafkan- iaitu tentang sebuah acara perkhemahan bagi sebuah parti politik. Dalam jadual acara perkhemahan yang tertampal pada sejumlah dinding -lebih dari satu tempat- tertera pada baris pertama: "Bagun dan solat Subuh jam 8:00 pagi!"
Saya tergumam dalam hati "Demi Allah, ini adalah kejahatan yang terencana!" Ada tujuan tersembunyi, dengan target berusaha merendahkan dan menempelak kewajiban yang telah ditetapkan Allah SWT.
Waktu solat Subuh adalah bersifat tauqifiyyah (baku). Ertinya, ketentuan mengenai bila waktu solat bukanlah ijtihad manusia, tetapi telah ditentukan dengan jelas dan detail dalam hadis Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash R.A. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Waktu solat Subuh dari terbit fajar sampai terbit matahari"
(HR Muslim)
Dengan demikian, tidak ada lagi keraguan mengenai kapan batas waktu solat Subuh. Rasulullah SAW telah menegaskan pengertian ini dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah R.A., ketika baginda bersabda:
"Barangsiapa yang mendapatkan satu rakaat Subuh sebelum terbit matahari, maka ia telah melaksanakan solat Subuh"
(HR At-Tirmidzi)
Maknanya, barangsiapa telah melaksanakan satu rakaat solat Subuh secara sempurna sebelum terbit matahari, maka dia dianggap telah melaksanakan solat Subuh pada waktunya. Sedangkan orang yang belum melaksanakannya dengan batasan satu rakaat, maka wajib baginya untuk meng-qadha (mengganti/mengulang) solat Subuh. Hal ini -tidak diragukan lagi- merupakan permasalahan yang sangat penting.
Namun yang tak kurang pentingnya, ujian solat Subuh berfungsi untuk membezakan antara munafik dan orang beriman, antara orang yang jujur dengan orang yang dusta. Jadi, bukan sekadar mengerjakan solat sebelum terbit matahari. Mereka yang berjaya dalam ujian ini adalah mereka yang solat Subuh berjemaah di masjid, bagi lelaki.
Sedangkan bagi perempuan -walau solat di masjid diperbolehkan- solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya. Hal ini terdapat dalam hadis sahih dari Ibnu Umar R.A. Dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian solat di masjid. Sedangkan solat mereka di dalam rumah adalah lebih baik"
(HR Abu Daud)
Demikian juga dalam hadis Ummu Hamid As-Sa'idiyyah R.A.
Ummu Hamid R.A. mendatangi Rasulullah SAW dan berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya sangat menyukai solat bersama anda"
Rasulullah SAW pun bersabda "Engkau telah mengetahui. Solatmu di bilikmu lebih baik daripada solatmu di kamarmu. Solatmu di kamarmu lebih baik daripada solatmu di (ruang yang lebih luas) di rumahmu. Solatmu di rumahmu itu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu. Solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjid raya. Dan besarnya pahala solat seorang wanita di rumahnya merupakan rahmat Allah baginya dan bagi masyarakat"
(HR Ahmad-dengan sanad hasan- dan at-Tabrani)
Besarnya pahala solat di rumah merupakan rahmat Allah SWT bagi kaum wanita sekaligus bagi masyarakat. Tujuannya untuk menghindari fitnah (kerosakan), lebih menjaga wanita, dan lebih melindunginya. Selain itu, juga untuk menjaga anak-anak di rumah, para lanjut usia, serta manfaat lainnya. Maha Suci Allah yang telah menurunkan syariat yang penuh hikmah ini!
Berkaitan dengan persoalan yang tengah kita bicarakan, maka ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu. Wanita mukminah -yang lulus ujian- adalah mereka yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Sedangkan wanita yang belum kukuh keimanannya, dia baru mengerjakan solat Subuh sesaat menjelang terbit matahari. Atau, dia adalah susuk wanita yang -kerana kesibukkannya- baru sempat melaksanakan solat Subuh setelah terbit matahari! Na'uzubillah.
Saya sama sekali tidak bermaksud menambah berat beban hidup anda, atau membebani anda dengan sesuatu yang tidak mampu dikerjakan. Demi Allah, saya hanya berbicara tentang hakikat syariat Allah. Saya pun hanya menyampaikan kepada anda, hukum yang sudah pasti, yang tidak ada keraguannya lagi. Dan saya hanya menyampaikan persoalan yang sudah menjadi kesepakatan ulama, yang tidak ada lagi perbezaan dan perselisihan tentangnya.
Orang yang melaksanakan solat Subuh setelah terbit matahari dengan sengaja, bererti dia telah meninggalkan kewajiban yang telah ditetapkan Allah dengan sengaja. Ini sangat berbahaya!
Diriwayatkan dari Ummu Aiman R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kalian meninggalkan solat secara sengaja. Barangsiapa yang telah meninggalkan solat secara sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya telah lepas tanggungan darinya."
(HR Ahmad)
Begitulah, barangsiapa yang mengunci jam locengnya pada pukul 7:00 atau 7:30 pagi -atau setelah terbit matahari- sungguh dia telah meninggalkan solat dengan sengaja. Selanjutnya, dia harus memikul tanggungjawab yang sangat berat akibat perbuatannya itu.
Di sisi lain, amal-amal apakah yang paling dicintai Allah SWT?
Pertanyaan seperti ini pernah dilontarkan oleh Abdullah bin Mas'ud R.A. kepada Rasulullah SAW. Baginda pun menjawab sebagaimana disebutkan dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim :
"Amal yang paling dicintai Allah Ta'ala adalah solat (tepat) pada waktunya."
Abdullah bertanya "Kemudian apa lagi?"
Baginda menjawab "Berbuat baik kepada kedua orang tua"
Abdullah bertanya lagi "Lalu apa lagi?"
Baginda menjawab "Jihad fi sabilillah"
Selanjutnya,marilah bersama-sama kita renungi, bagaimana Rasulullah SAW mendahulukan solat pada waktunya daripada berbuat baik kepada orang tua yang begitu besar pahalanya. Dan, bagaimana baginda lebih mendahulukannya atas jihad fi sabilillah yang merupakan puncaknya Islam.
Subhanallah, saya tidak tahu, bagaimana bisa solat Subuh diperlekehkan oleh sebahagian besar kaum muslimin?! Banyak kita dapati orang-orang Islam yang memelihara solat-solat yang lain -mereka mengerjakan solat Zuhur sebelum azan Asar, solat Asar sebelum azan Magrib, dan seterusnya- sementara solat Subuhnya hampir-hampir menjadi kewajiban yang dilupakan begitu saja. La haula wala quwwata illa billah!

1 - Solat Subuh, Sebuah Ujian
- Sebuah Ujian
Memang betapa mudahnya lidah mengatakan kalimat "Islam", namun alangkah sulitnya menancapkan "iman" di dalam hati manusia.
"Orang-orang "A`raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Hujraat, 49:14)
Kebanyakan ungkapan lidah tidak sesuai dengan keyakinan hati. Begitu juga, beribu ungkapan lisan tidak sesuai dengan amal perbuatan. Mukmin yang benar dan jujur adalah yang sesuai antara perkataan dengan perbuatannya. Perkataannya seiring dengan apa yang ada di hatinya. Sedangkan orang munafik, secara lahiriah kelihatan bagus dan bersih, namun hatinya keras bagaikan batu - bahkan lebih keras lagi.
Allah SWT mengetahui apa-apa yang ada di dalam hati. Mengetahui mata yang tidak jujur dan segala yang tersembunyi dalam dada. Mengetahui yang munafik dari yang mukmin, serta mengetahui yang dusta dari yang jujur. Namun terserah pada kehendak-Nya untuk memberikan ujian-ujian tertentu, demi menunjukkan rahsia hati yang tersembunyi dalam jiwa; serta menunjukkan siapa yang hanya berbicara tanpa melaksanakan apa yang ia katakan; atau meyakini sesuatu, namun tidak merealisasikannya.
Tujuan ditampakkan rahsia hati itu kerana Allah SWT ingin menegakkan hujah (alasan) atas manusia, agar di hari kiamat nanti tidak ada seorang pun yang merasa terzalimi dan teraniaya. Mereka diberi ujian, akan tetapi sebagian besar gagal dalam ujian tersebut. Lebih daripada itu, melalui ujian, Allah ingin membersihkan barisan orang-orang mukmin dari orang-orang munafik. Kerana, bercampurnya orang-orang mukmin dengan orang-orang munafik akan melemahkan barisan, menyebabkan kegoncangan, dan mengakibatkan kekalahan serta kehancuran.
Allah SWT berfirman perihal orang-orang munafik :
"Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim."
(At-Tawbah, 9:47)
Jadi, rahmat Allah SWT - yang dikurniakan kepada orang mukmin - mengharuskan adanya ujian. Ujian ini untuk membezakan antara mukmin dan munafik, antara yang jujur dan yang dusta.
Ujian merupakan sunnah ilahiyah yang berlaku sejak zaman dahulu. Allah SWT menjadikan ujian sebagai standard bagi semua manusia tanpa kecuali, semenjak diciptakan Adam AS hingga hari kiamat kelak.
Allah berfirman dalam kitab-Nya:
"Alif, Laam, Miim. (1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)"
(Al-'Ankabuut 29:1-3)
- Karakteristik Ujian
Pertama, ujian haruslah sulit (sukar/payah). Sebab, kalau ujian tidak sulit, atau bahkan sangat mudah, maka semuanya akan lulus, baik mukmin mahupun munafik. Akhirnya ujian tidak bisa membezakan antara mukmin dan munafik.
Kedua, ujian tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil. Sebab, kalau ujian tersebut mustahil dilakukan, maka kedua-duanya akan gagal, baik mukmin mahupun munafik.
Ketiga, ujian ini harus seimbang. Ertinya, sulit bagi munafik untuk lulus dalam ujian itu. Namun bukan pula bererti mustahil dilakukan. Sehingga, terbuka kesempatan bagi mukmin untuk lulus dalam ujian tersebut.
Ujian Allah SWT untuk hamba-Nya tidak sedikit jumlahnya, dan berlaku terus-menerus sejak manusia mendapat beban syariat, sampai datangnya kematian.
Jihad di jalan Allah merupakan ujian. Bahkan jihad merupakan ujian yang sangat berat, namun bukan mustahil dilakukan. Sebab, orang-orang mukmin bisa lulus dalam ujian ini. Sedangkan orang-orang munafik, tidak akan lulus.
Infak di jalan Allah adalah ujian. Ujian ini sulit, tetapi bukan sesuatu yang mustahil. Orang mukmin mampu melaksanakannya. Sedangkan orang munafik, tidak akan mampu.
Begitu pula bersikap baik terhadap sesama manusia juga ujian; menahan amarah juga ujian; redha dengan ketentuan Allah SWT juga ujian; berbuat baik kepada orang tua juga ujian. Demikian seterusnya...hingga seluruh aspek kehidupan - menurut sudut pandang ini - adalah ujian.
Allah berfirman :
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"
(Al-Mulk, 67:2)
Ujian memiliki variasi tingkat kesulitan. Seorang mukmin harus lulus dalam semua ujian itu untuk membuktikan kebenaran imannya, dan untuk menyelaraskan antara lisan dan hatinya.
- Ujian yang Berat
Beragam sikap manusia dalam menunaikan solat wajib. Ada yang mengerjakan sebagian besar solatnya di masjid, namun meninggalkan sebagian yang lain. Ada pula yang melaksanakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan di rumah. Dan ada pula sebagian orang yang baru mengerjakan solat setelah luput batas waktunya.
Yang terbaik di antara mereka adalah yang mengerjakan solat wajib secara berjemaah di masjid pada awal waktu.
Rasulullah SAW telah membuat klasifikasi yang baginda jadikan sebagai tolok ukur untuk membezakan antara orang mukmin dan orang munafik. Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang-orang. Kemudian beberapa lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka."
(HR Bukhari dan Muslim)
Cuba anda bayangkan. Betapa agungnya permasalahan ini dan betapa besar kejahatan dalam persoalan ini, sehinggakan Rasulullah SAW - pemimpin yang terkenal dengan segenap kasih-sayang dan kelembutan terhadap umatnya - hendak membakar rumah-rumah mereka.
Namun, saya melihat pancaran kasih sayang dan kelembutan dalam kalimat tersebut. Dengan ungkapan lain, baginda sebenarnya ingin menyelamatkan umatnya dari api akhirat, dengan menakut-nakutkan mereka dengan api dunia. Meski antara api akhirat dan api dunia sungguh begitu jauh perbezaannya.
Apabila Rasulullah SAW meragukan keimanan seseorang, baginda akan menelitinya pada saat solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapati orang tadi solat Subuh, maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati.
Ubai bin Ka'ab R.A. berkata, "Suatu ketika saat Rasulullah SAW solat Subuh, baginda bertanya, 'Apakah kalian menyaksikan bahawa si Fulan solat?' Mereka menjawab, 'Tidak' Maka baginda pun bersabda:
"Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isya') adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isya', maka mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak"
Orang munafik tidak tahu kebaikan yang terkandung dalam soalat Subuh berjemaah di masjid. Sekiranya mereka mengetahui kebaikan yang ada di dalamnya, nescaya mereka akan pergi ke masjid, bagaimanapun kondisinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak"
Saya berharap anda membayangkan ketika ada seseorang laki-laki yang tidak mampu berjalan, tidak ada orang membantunya bergerak. Dalam kondisi yang sedemikian rupa, dia bersikap keras untuk mendatangi masjid. Dia merangkak dan merayap di atas tanah untuk mendapatkan kebaikan yang terkandung dalam solat Subuh berjemaah. Sekiranya kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat Subuh berjemaah di masjid, maka kita akan mengetahui betapa besar musibah yang telah menimpanya.
Tentu saja kata-kata saya ini bukan untuk menuduh orang-orang yang tidak menegakkan solat subuh di masjid pada masa sekarang dengan sebutan munafik. Saya bukanlah orang yang memiliki authority untuk menghukumi orang lain dengan sebutan ini. Allah Maha Tahu akan kondisi setiap muslim. Namun, saya mengungkapkan hal ini agar kita mahu memperbetulkan diri, orang-orang yang kita cintai, anak-anak, serta sahabat-sahabat kita.
Kalau seseorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan tersebut adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan. Barangsiapa ada pada dirinya sifat ini, hendaklah dia segera bermuhasabah diri. Sungguh, dikhuatirkan su'ul khatimah (akhir hayat yang buruk) akan menimpanya. Oleh sebab itu, mari kita memohon kepada Allah agar mengurniakan kita dan segenap kaum muslimin kesihatan, keselamatan dan husnul khatimah (kesudahan hidup yang baik).
-Alhamdulillah-
Thursday, June 4, 2009
4 - BERIBADAT BAGAIKAN MATI AKAN MENJELANG ESOK HARI
Seluruh manusia mengetahui bahawa kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak siapa pun yang dapat mengandaikan dirnya akan hidup lama. Orang muda tidak boleh optimis bahawa dia akan hidup lama, kerana semua orang tahu kematian itu tidak bertarikh, bayi dalam kandungan pun menemui ajal sebelum dilahirkan, dan kesihatan yang dikawal rapi tidak akan memanjangkan usia seseorang.
Manusia tidak diberi ilmu untuk membongkar rahsia roh dan mati. Orang sering mengaitkan mati dengan sakit atau sesuatu tragedi, tetapi orang yang sihat pun mati. Justeru itu persoalan mati adalah urusan Allah Taala, sebagaiman yang dijelaskan oleh firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh, katakanlah : Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Surah al-Isra ayat 85)
Justeru itu soal roh adalah di dalam agenda atau jadual Allah Taala secara mutlak, ketika manakah Allah Taala hendak meniupkan kepada manusia, atau bilakah dia hendak mencabut roh dari jasad manusia, maka kesemuanya hak mutlak Allah Taala.
Oleh kerana mati itu datang tanpa memberi tahu terlebih dahulu, ia sepatutnya memberi pengajaran kepada manusia agar menggunakan masa sepenuhnya tanpa membazirkan umur walau sedetik. Tidak menangguhkan sebarang kerja atau kewajiban yang difardukan, kerana tidak pasti adakah nafas yang dihembuskan sebentar tadi akan dapat ditarik kembali, dan adakah hari esok masih ada untuknya.
Seorang ulama bernama Yazid ar-Raqash, suatu ketika beliau telah mengadakan sesi ucapan khas untuk dirinya sendiri, menasihati diri yang bererti menghitung diri. Beliau melakukan itu kerana sudah banyak kuliah dan khutbah yang diucapakan untuk menasihati orang lain, dan kali ini beliau mengkhususkan kuliah nasihat untuk dirinya sendiri. Di dalam ucapannya beliau telah mengemukakan suatu pertanyaan : “Wahai Yazid ar-Raqash,” ujarnya “Siapakah yang akan mengerjakan solat fardu bagi dirimu selepas kamu mati?”
Beliau mengemukakan soalan tersebut kepada dirinya, kerana beliau sedar bahawa solat yang dilakukan selama ini ibarat seorang murid yang memasuki ujian peperiksaan, tetapi keputusan ujian itu dirahsiakan. Bolehkah dia yakin bahawa dia lulus ujian? Semuanya menjadi teka-teki dan keputusannya hanya akan diketahui apabila catatan amal seseorang itu telah dibentangkan oleh Allah Taala pada hari hisab di padang mahsyar kelak.
Sebelum datangnya hari pendedahan segala amal itu, sudah tentu tidak seorang pun yang merasa pasti bahawa solatnya itu telah diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah yang terbaik, dia hanya mengharap solatnya itu diterima. Tetapi dia tidak tahu bagaimana nasib solat itu, sama ada ia telah dibawa ke langit oleh para malaikat yang bertugas dengan jaya atau sebaliknya. Adakah dapat melepasi pintu-pintu langit sehingga akhirnya sampai ke pangkuan Allah SWT. Ataukah solat itu telah dilontarkan oleh malaikat penjaga pintu langit disebabkan kecacatan yang terdapat di dalamnya?
Selain itu, tiada siapa pun yang dapat menjangka dia akan sampai kepada waktu solat yang berikutnya. Justeru itu, apabila masuk waktu solat fardu maka dia akan melakukannya sebagai solat yang terbaik, yang dilengkapi dengan rukun dan syarat-syaratnya, serta dengan khuryuk dan hati yang tertumpu ingatan hanya kepada Allah Taala.
Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyebutkan : “Jadikan solat yang kamu dirikan itu sebagai solat yang terakhir dalam hidupmu.”
Mendirikan solat atau ibadah seolah-olah kematian akan datang menjelang esok hari, tentulah dilakukan sebaik-baiknya. Kerana apabila solat atau ibadah yang dilakukan itu cacat dan tidak memenuhi rukun serta syarat-syarat yang selayaknya, maka solat dan ibadah itu pasti ditolak oleh Allah Taala, dan tidak ada masa untuk memperbaikinya semula.
Apabila telah mati seseorang itu maka putuslah segala ikhtiar, solat yang cacat itu kekal dengan kecacatannya tanpa dapat diperbaiki lagi. Sebab itulah Yazid ar-Raqash bertanya pada dirinya sendiri : “Siapakah yang akan menggantikan solat yang cacat itu setelah kamu mati?” Jawabnya tentulah tidak ada siapa pun yang dapat melakukannya, melainkan dia bergantung harap kepada solat dan ibadah yang telah dilakukan sama ada cacat atau sempurna.
Oleh yang demikian apabila mati itu sentiasa berada di dalam ingatan, ia akan mendorong melakukan sesuatu ibadah dengan cermat dan khusyuk. Berusaha mencari punca-punca yang menghalang terjadinya khusyuk di dalam solat dan lain ibadah, mendalami ilmu yang berhubung dengan solat dan lain-lain ibadah, kerana melakukan ibadah tanpa ilmu akan sia-sia.
Antara perkara yang menghalang terjadinya khusyuk di dalam solat, antaranya ialah tidak memahami setiap perkataan atau kalimah yang diucapkan, sama ada lafaz yang wajib seperti bacaan fatihah dan lainnya. Mereka hanya menghafaz setiap kalimah yang terkandung di dalam solat, dan mengucapkannya setiap kali ibadah solat itu dilakukan.
Solat seperti itu tidak akan mencapai tingkatan khusyuk, kerana hati mereka tidak dapat menghayati maksud-maksud yang terkandung di dalam kalimah-kalimah yang diucapkan. Kalimah itu dibacanya sekadar memenuhi syarat atau rukun yang ditetapkan oleh ilmu fiqh, sedangkan segala pengertian yang terkandung di dalam setiap bacaan di dalam solat itulah yang akan menambat hati serta ingatan seseorang yang sedang mendirikan solat.
Solat yang dilakukan dalam keadaan tidak memahami bacaan yang diucapkan, adalah ibadah hanya pada zahirnya sahaja, sedang pada batinnya tidak mencapai khusyuk.
Walau bagaimanapun solat yang khusyuk tidak bergantung kepada memahami makna bacaan semata-mata, hanya bangsa Arab sajalah yang boleh mencapai khusyuk, kerana bahasa di dalam solat itu adalah bahasa mereka. Jika begitu adakah orang Arab sahaja yang masuk syurga? Tetapi kita yakin bahawa ada orang Arab yang masuk syurga dan tidak sedikit pula yang masuk neraka.
Oleh yang demikian semua orang Islam tidak kira Arab atau ‘Ajam mesti memahami setiap perkataan yang diucapkan di dalam solat mereka, supaya hati mereka terikat dengan maksud perkataan yang dituturkan oleh lidah mereka. Apabila hati terikat dengan makna bacaan, maka tidak ada peluang untuk hati lalai merayau merata-rata sehingga tidak lagi mengingati Allah SWT, sedangkan di antara tujuan solat itu ialah untuk mengingati Allah Taala.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”
(Surah Tohaa ayat 14)
Bagi orang yang berharap agar solat mereka diterima oleh Allah SWT, maka sewajarnya sentiasa meningkatkan ilmu sehingga dapat memahami dan menghayati semua makna ayat serta kalimah yang diucapkan di dalam solat, bagi membantu mencapai khusyuk itu. Lebih-lebih lagi bangsa ‘Ajam yang begitu asing dengan bahasa Arab.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya.”
(Surah al-Mukminun ayat 1-2)
Justeru itu solat yang khusyuk itu adalah suatu urusan yang besar bagi orang beriman, mereka tidak mungkin mendakwa boleh mencapai khusyuk tanpa mengetahui makna bacaan dalam solat.
Suatu ketika Rasulullah SAW memberitahu para sahabat, sekiranya di antara mereka ada yang boleh melakukan solat dengan khusyuk dan megingati Allah dari awal hingga akhir, maka Rasulullah akan memberi mereka sehelai baju. Tiba-tiba Sayidina Ali mengaku dapat melakukannya, sayangnya apabila Sayidina Ali mendirikan solat, lalu hatinya berkata : “Alangkah baiknya jika Rasulullah boleh memberinya dua helai baju.”
Jika Sayidina Ali sebagai sepupu Nabi dan juga pembantunya yang pernah dikhabarkan bahawa beliau adalah pintu ilmu dan Nabi sebagai gedungnya, namun masih terdapat gangguan di dalam solatnya, maka apakah yang boleh menjamin bagi bangsa ‘Ajam yang tidak menguasai bahasa Arab dan kurang berilmu itu akan mencapai khusyuk dengan mudah di dalam solat mereka?

Subscribe to:
Posts (Atom)